Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Trak dan Lori»#BikinAuto: Ubah Suai Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 2025 Hampir RM330k!
Trak dan Lori

#BikinAuto: Ubah Suai Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 2025 Hampir RM330k!

Abang HirataBy Abang Hirata04/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU saja memperkenalkan D-Max Arctic Trucks AT35 Basecamp Mac lalu, Isuzu UK kembali dengan versi terbaru D-Max Arctic Trucks AT35. Model itu sudah menjadi tradisi dan sememangnya menarik jika dapat dibawa ke luar pasaran UK.

Seperti biasa, model tersebut dibangunkan bersama pakar modifikasi kenderaan ekstrem, Arctic Trucks, untuk pemandu yang perlukan keupayaan off-road sebenar tanpa menjejaskan praktikaliti sebagai kenderaan kerja harian.

Dibina berasaskan platform D-Max yang diperkenalkan di UK awal tahun ini, AT35 bukan sekadar gaya agresif, tetapi dilengkapi teknologi, suspensi dan ciri keselamatan yang menjadikan model itu antara trak pikap paling versatil pernah ditawarkan di pasaran UK.

Walaupun baharu, Isuzu D-Max tersebut masih menggunakan enjin RZ4E 1.9L turbodiesel berbanding enjin baharu 2.2L seperti di Thailand.

  • Kerjasama eksklusif dengan Arctic Trucks: Ini syarikat tersohor dalam binaan kenderaan ekspedisi ekstrem selama lebih 30 tahun.
  • Masih diklasifikasikan sebagai kenderaan komersial penuh: Ini membolehkan trak pikap itu membawa muatan lebih 1 tan dan tunda hingga 3.5 tan.
  • Guna enjin 1.9L turbodiesel dengan output kuasa 164ps, dan tork 360Nm, serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan.
  • Ciri standard mod Rough Terrain (Rupa Bumi Kasar) yang meningkatkan cengkaman atas permukaan sukar seperti salji, lumpur dan rumput basah.
  • Sistem pacuan empat roda elektronik (4WD) shift-on-the-fly dan kunci diferensial belakang  memaksimumkan kawalan dalam semua keadaan.
  • Suspensi Bilstein Arctic Trucks khas: Direka untuk kekuatan dan keselesaan dalam semua kondisi jalan.
  • Sudut kelegaan ekstrem: 35° (pelepasan depan), 34° (pertengahan), 22° (belakang): Sesuai untuk off-road sejati.
  • Tayar BF Goodrich All-Terrain 35 inci: Dipadankan dengan fender flare lebih lebar, pemijak sisi dan getah pelindung dan rel bumbung kukuh.
  • Kabin Double Cab selesa dengan kerusi kulit, pemanas, kawalan suhu dwi-zon dan unit infotainmen 9 inci yang menyokong konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Kluster instrumen 7 inci dan sistem bunyi premium lapan pembesar suara disediakan sebagai standard.
  • Dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) seperti:
    • Kawalan Adaptif Pintar (ICC)
    • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
    • Brek Lintas Belakang (RCB)
    • Pengecam Tanda Jalan (TSR)
    • Bantuan Belok dan Perhatian Pemandu
    • 8 beg udara dan sistem E-Call
  • Layak membuat tuntutan semula cukai VAT kerana masih memenuhi syarat kenderaan komersial walaupun dibina semula sepenuhnya.

Spesifikasi Ringkas

  • Varian: Double Cab AT
  • Harga (CVOTR, tanpa VAT): £57,005 (RM329,080)
  • Pilihan warna: Splash White (putih solid), Mercury Silver (perak metalik), Obsidian Grey (kelabu), Onyx Black (hitam), Spinel Red (merah), Biarritz Blue (biru metallik), Sienna Orange (jingga), Dolomite White (putih)

Ciri Utama Standard

  • Lencana AT35
  • Tayar semua rupa bumi (A/T) 35 inci
  • Unit infotainmen skrin sentuh 9 inci
  • Kerusi kulit dengan fungsi pemanas
  • Sistem audio premium denan lapan pembesar suara
  • Kluster instrumen 7 inci
  • Lampu utama Bi-LED
  • Sensor parkir depan dan belakang
  • Rel bumbung
  • Pemijak sisi lebar
  • Mod Rough Terrain
  • Kunci diferensial belakang (RDL)
  • Suspensi Bilstein khas Arctic Trucks

Spesifikasi Penuh

Enjin dan Prestasi

  • Enjin 4-silinder sebaris RZ4E 1.9L turbodiesel (untuk kedua-dua varian Manual dan Auto)
  • Output kuasa 164ps @ 3,600rpm, dan tork 360Nm @ 2,000-2,500 rpm
  • Kelajuan maksimum 180kmj
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 12.7 saat (manual), dan 13.0 saat (auto)
  • Kapasiti tangki bahan api 76 liter

Dimensi

  • Dimesi panjang 5,265mm, lebar 2,040mm, dan tinggi 1,875mm, manakala jarak roda 3,125mm
  • Jarak trek depan dan belakang 1,696mm
  • Jarak tinggi bumi 266mm (depan) dan 290mm (belakang)

Sudut Off-Road

  • Sudut lepas depan (approach): 35°, 44°
  • Sudut lepas belakang  (departure): 29°
  • Sudut lepas tengah (breakover): 34°
  • Sudut tanjakan: 22°

Ruang Kargo (Load Bed)

  • Panjang 1,495mm, lebar 1,530mm, dan dalam 490mm

Berat da Kapasiti

  • Berat kosong: Manual: 2,175kg, Auto: 2,205kg
  • Berat kasar kenderaan (GVW): 3,250kg
  • Kapasiti muatan: Lebih 1 tan
  • Kapasiti tunda: 3,500kg (dengan brek), 750kg (tanpa brek)

Roda dan Tayar

  • Saiz tayar: 315/70 R17
  • Saiz rim: 17 x 10 inci (Arctic Trucks, rekaan khas)
Arctic Trucks Bikin Auto Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max Arctic Trucks Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Trak Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo V 2026
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tiggo V Diperkenal, SUV ‘Transformer’ yang Gabungkan MPV, Trak Pikap dan RV dalam Satu Badan

    11/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Kit BULLDOG STYLE Untuk Honda Super-ONE

    15/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.