Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bidaan Nombor Pendaftaran ‘ALL’ Dibuka Esok
Auto Terkini

Bidaan Nombor Pendaftaran ‘ALL’ Dibuka Esok

Han OthmanBy Han Othman18/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak semalam membuka bidaan tempahan bagi nombor pendaftaran kenderaan siri ‘ALL’ kepada orang awam bermula esok hingga Isnin depan.

Pengarah JPJ Perak, Severinus Tukah berkata, pihaknya mensasarkan jumlah bidaan lebih RM1 juta untuk keseluruhan nombor pendaftaran siri ‘ALL’ yang akan dibuat menerusi Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) buat kali pertama di Perak.

“Sasaran itu dijangka mampu dicapai berdasarkan sambutan pada siri nombor pendaftaran lalu yang dibida secara manual iaitu AKU dengan mengutip RM3.1 juta dan juga kutipan tertinggi JPJ Perak setakat ini.

“Selain itu, nilai bidaan dan jualan siri ALA pula merekodkan RM1.6 juta, diikuti ALE sebanyak RM1.1 juta,” katanya dipetik Bernama dalam sidang media di Ipoh, semalam. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ, Mohd Hafiz Shamsani Othman.

KREDIT FOTO: Bernama

Severinus berkata, ada empat kategori harga tempahan yang ditawarkan kepada orang ramai, iaitu nombor utama berharga minimum RM20,000, dan nombor menarik berharga minimum RM3,000.

“Selain itu, harga minimum RM800 dikenakan kepada mereka yang mahu menempah nombor pendaftaran siri kategori nombor popular dan harga minimum RM300 untuk nombor biasa,” katanya.

Severinus berkata lagi, bidaan selama lima hari itu dibuka bermula jam 12 malam Khamis ini (tengah malam esok) hingga 11.59 malam pada hari terakhir. Kaedah pembayaran JPJebid adalah menggunakan kad kredit dan kad debit tempatan sahaja.

Sementara itu, orang ramai yang berminat membida nombor diminati dengan bayaran Fi Perkhidmatan RM10 boleh mengakses sistem secara dalam talian menggunakan aplikasi JPJebid atau melalui portal jpjebid.jpj gov.my.

LELONGAN KERETA SITA – 25 SEPTEMBER 2019

Menurut Severinus, JPJ Perak juga akan melakukan lelongan kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan pada 25 September ini.

Katanya, sebanyak 81 kereta, tiga van, sebuah lori dan 20 motosikal akan dilelong, termasuk kenderaan jenis BMW 5 Series, Toyota Wish, Toyota Alphard, Toyota Estima dan Honda Odyssey.

“Semua kenderaan yang akan dilelong mula dipamerkan di JPJ Ipoh pada hari ini (semalam) hingga Selasa depan dan sesiapa berminat boleh mendapatkan dokumen jualan lelongan pada harga RM70,” katanya.

ALL Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ JPJeBid Nombor Plat ALL Nombor Plat Perak Severinus Tukah Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.