• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Betul Ke Kos Servis Hyundai Mahal?

Betul Ke Kos Servis Hyundai Mahal?

June 23, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI MALAYSIA, kalangan pengguna agak skeptikal dengan jenama kenderaan selain Jepun yang kerap dikaitkan dengan kos penyenggaraan dan alat ganti mahal. Itu belum bersembang lagi tentang nilai jual semula yang jatuh teruk di pasaran kereta terpakai.

Isu kos servis kenderaan dari Korea atau Eropah (konti) kerap dibandingkan dengan model tempatan dan Jepun. Peliknya, persepsi itu muncul dalam kalangan mereka yang tidak pernah pun memiliki kenderaan jenama itu melainkan dengar cakap-cakap orang begitu begini. Cerita yang didengar itupun bukan daripada pemilik asal juga. Hmmm...

Faktanya kos penyenggaraan, baik pulih dan alat ganti adalah berbeza bagi setiap jenama. Mari kira ulas tentang jenama dari Korea ini - Hyundai.

Mungkin ramai tidak tahu, Hyundai sebenarnya memposisikan jenamanya lebih premium berbanding model bukan nasional lain di Malaysia. Jika dibandingkan jenama Jepun, Mazda adalah lawan atau saingan sebenar Hyundai.

Anda silap jika meletakkan Hyundai sebaris Honda, Toyota atau Nissan. Jadi sudah semestinya kos penyenggaraan, baik pulih dan alat ganti Hyundai sedikit tinggi. Namun, semua itu adalah subjektif.

Jarang kita dengar pemilik Mazda mengeluh pasal kos servis Mazda yang mahal. Rasanya, pemilik Hyundai pun sama. Lucunya, mereka yang selalu mengeluh itu tidak pernah bawa kereta Hyundai pun. Mungkin ada, tapi model yang dulu-dulu. Zaman pengeluar tempatan popular dengan isu power window!

Soalannya, seberapa mahal kos servis Hyundai?

Kami cuba cari dan kumpulkan maklumat mengenai kos servis model-model popular dan terkini Hyundai di pasaran Malaysia sepanjang lima tahun awal pemilikan. Senarai ini mungkin membantu anda yang bercadang hendak melaram dengan kereta Hyundai. Jika anda pemilik jenama bukan nasional lain, terutama model kontinental, atau Jepun lain, anda boleh buat perbandingan juga.

Betul-betul mahal atau kena dengan status Hyundai sebagai jenama Korea paling premium?

1. HYUNDAI ELANTRA 1.6 SMARTSTREAM (2020-SEKARANG)

Kos buruh bagi sedan segmen-C untuk varian paling premium Elantra 1.6 SmartStream (2016-sekarang) ialah RM80.00 per jam. Bayaran servis pertama untuk 1,000km (juga sama untuk 10,000km, 20,000km, 50,000km dan 70,000km) dikenakan caj RM335.90, terdiri daripada:

  • Minyak enjin Shell HELIX 0W20 (4L) - RM199.00
  • Penapis minyak - RM55.00
  • Gasket palam minyak - RM1.90

Sekarang mari kita bandingkan kos servis Elantra baharu ini dengan Volkswagen Jetta 1.4 TSI yang berada dalam kelas sama sebagai sedan segmen-C.

Kalau diperincikan lagi, servis pertama Jetta bernilai RM537.07 untuk 15,000km, manakala Elantra RM335.90 untuk tiga kali servis awal (1,000km, 10,000km dan 30,000km). Walaupun pemilik Jetta cuma perlu menghantar servis setiap selang masa 15,000km, tetapi jumlah keseluruhan kos servis ditanggung pemilik Elantra masih rendah. Malah harga barangan asas servis seperti minyak enjin, dan penapis minyak, termasuk bayaran upah juga lebih murah berbanding Jetta.

Pemilik Elantra menanggung kos RM5,739.40 sepanjang pemanduan 100,000km, atau RM1,147.90 setahun untuk anggaran pemilikan lima tahun.

Pemilik Jetta pula perlu membayar RM6,314.24 sepanjang pemanduan 105,000km, atau anggaran  RM1,262.85 setahun selama lima tahun.

Tidak dilupakan servis PERCUMA yang ditawarkan Hyundai untuk 5 tahun atau 50,000km.

2. HYUNDAI GRAND STAREX (2008-2020)

Hyundai Grand Starex (2018)

Kos buruh untuk Starex (2008-2020) ialah RM100.00 per jam dan caj 1,000km pertama cuma dikenakan caj RM315.30 (minyak enjin semi-sintetik) atau RM542.90 (minyak enjin sintetik penuh). Berikut komponen ditukar:

  • Minyak enjin Hyundai-Shell HELIX HX7E AH 5W30 (4L) - RM134.70
  • Minyak pelincir Hyundai-Shell HELIX AH 5W40 (4L) - RM248.50
  • Penapis minyak - RM44.00
  • Gasket palam minyak - RM1.90

Dalam tempoh 100,000km pemilikan, pemilik hanya perlu bayar kos servis RM11,042.30 (untuk minyak enjin sintetik penuh), atau anggaran RM2,208.46 setahun untuk lima tahun. Jangan lupa, Hyundai sudah sedia menawarkan servis PERCUMA untuk 5 tahun atau 50,000km.

3. HYUNDAI SONATA DN8 2.5 (2020-SEKARANG)

Ini ialah model Sonata terbaharu yang baru saja dilancarkan tahun lalu. Berapakah pula kos yang perlu ditanggung untuk sedan segmen-D ini?

Kos buruh ialah RM100.00 per jam, caj servis untuk 1,000km pertama ialah RM515.60, membabitkan penukaran komponen berikut:

  • Minyak enjin Shell HELIX 0W20 (4L) - RM199.00
  • Minyak pelincir Shell HELIX 0W20 (1L) - RM53.90
  • Penapis minyak - RM53.00
  • Gasket palam minyak - RM1.90

Kos servis berjadual hingga 100,000km melibatkan caj hingga RM7,543.00, atau anggaran tahunan untuk tempoh lima tahun pemilikan ialah RM1,508.60. Hyundai turut sedia menawarkan servis PERCUMA untuk 5 tahun atau 50,000km.

4. HYUNDAI SANTA FE 2.4 (2019-2020)

Santa Fe juga model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang baru dilancarkan Hyundai, iaitu pada 2019 hingga kini. Kos buruh untuk varian paling premium Santa Fe (2019-2020) ialah RM110.00 per jam dengan kos servis 1,000km pertama penyelenggaran bulan pertama ialah RM311.30 (semi-sintetik) atau RM457.30 (sintetik penuh).

Antara komponen perlu ditukar untuk servis pertama itu ialah:

  • Minyak enjin Hyundai-Shell HELIX HX7E AH 5W30 (4L) - RM134.70
  • Minyak enjin Hyundai-Shell HELIX HX7E AH 5W30 (4L) - RM37.70
  • Minyak enjin Hyundai-Shell HELIX Ultra AH 5W40 (4L) - RM248.50 (opsyen)
  • Minyak enjin Hyundai-Shell HELIX Ultra AH 5W40 (1L) - RM69.90 (opsyen)
  • Penapis minyak - RM27.00
  • Gasket palam minyak - RM1.90

Dalam tempoh 100,00km pemilikan, kos servis keseluruhan yang perlu ditanggung ialah RM5,349.10, atau anggaran RM1,069.82 setahun untuk lima tahun pemilikan dengan servis minyak enjin semi-sintetik, atau RM6,955.10 atau anggaran RM1,391.02 setahun untuk lima tahun dengan servis minyak enjin sintetik penuh.

Ingat, Hyundai juga sudah sedia menawarkan servis PERCUMA untuk 5 tahun atau 50,000km.

BACA >>> Hyundai Sonata (2020) Kini di Malaysia! Inilah 5 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga RM189k!
BACA >>> #Spyshot: SUV Moden Pertama Perodua Dah Nampak di Putrajaya!

KESIMPULAN

Dengan senarai empat model popular Hyundai di atas, diharapkan anda sudah mendapat gambaran kasar tentang anggaran kos servis sebenar yang perlu ditanggung jika berminat memiliki kenderaan jenama Korea itu. Dengan waranti dan status premium ditawarkan, kos dibelanjakan sudah tentu berbaloi dengan nilai pemilikan.

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, hyundai, Kos Servis Hyundai, Kos Servis Hyundai Mahal?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev