Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bersediakah Warga KL untuk Caj Kesesakan 10 Tahun Lagi?
Auto Terkini

Bersediakah Warga KL untuk Caj Kesesakan 10 Tahun Lagi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CAJ kesesakan dilihat sebagai antara cara terbaik membantu kesesakan di kawasan bandar besar. Kaedah itu sebenarnya sudah diparktikkan di beberapa bandar besar luar negara seperti Singapura, London (Britain), Stockholm (Sweeden) dan Milan (Itali).

Antara tujuan mengenakan bayaran ke atas pengguna kenderaan adalah mengurangkan perjalanan waktu puncak, kesesakan jalan raya dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

BACA >>> Nak Buang Air Besar, Tapi Lebuh Raya Sesak Teruk, Pemuda Ini Nekad Jalan Kaki 5km!
BACA >>> Polis Tahan Pemandu Civic Masuk Lorong Motosikal Elak Sesak

Persoalan sekarang, adakah pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bersedia jika pendekatan itu dikuat kuasa dalam tempoh 10 tahun lagi selepas sistem jaringan pengangkutan awam menyeluruh siap sepenuhnya?

APA PANDANGAN PAKAR?

Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Madya Marlina Suzana Jaafar berkata, masyarakat perlu sedar kenderaan pensendirian adalah punca utama kesesakan.

Katanya lagi, tindakan penambahan atau melebarkan jalan raya bukan penyelesaian kepada pengurangan kesesakan tetapi menambahkan lagi bilangan kereta persendirian yang akan memburukkan situasi.

Langkah itu termasuk menyiapkan infrustruktur sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan untuk membolehkan penggunaan pelbagai mobiliti lain seperti basikal, skuter dan berjalan kaki selain memperkenal zon rendah karbon.

BACA >>> Jalan Sesak Akibat Kemalangan, Graduan USM Nekad Tahan Motor ke Majlis Konvo
BACA >>> Laluan Pintas Gopeng ke Kuala Kangsar Akan Dibina Elak Sesak, Nahas Terowong Menora

Marlina Suzana berkata;

Penambahbaikan harus menuju ke arah ‘modal split’ atau ‘modalshare’, iaitu penggunaan semua mod pengangkutan seperti tren dan berbasikal secara seimbang.

“Walaupun ramai berpandangan ia tidak sesuai dilakukan di negara kita yang panas, tetapi dengan adanya kreativiti kita mampu mewujudkan infrustuktur selesa bagi menarik pengguna menggunakan mobiliti tersebut.”

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menyatakan Kerajaan dijangka menimbang untuk melihat semula struktur bayaran meletak kenderaan dalam bandar selepas projek Transit Aliran Massa (MRT) 3 siap kelak.

BACA >>> Peta Laluan MRT3 Didedahkan, Bakal Atasi Masalah Pengangkutan Awam Lembah Klang

Ini termasuk melihat keperluan mengenakan fi alam sekitar dan bayaran kesesakan kenderaan apabila sistem jaringan pengangkutan awam lengkap diwujudkan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Safizahanin Mokhtar pula menyarankan kajian menyeluruh dan projek perintis caj kesesakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Mengambil contoh pelaksanaan caj kesesakan di kota London, ia mengambil tempoh 10 tahun kajian terperinci termasuk mengkaji pergerakan pengguna dari lokasi tertentu dan diikuti beberapa kawasan dipilih untuk dilaksanakan percubaan projek itu.

“Pada awalnya, ada bantahan, namun perlaksanaan itu dilakukan secara perlahan hingga pengguna sendiri merasai impak, iaitu pengangkutan awam bas secara tiba-tiba lebih efektif mengikut jadual perjalanan kesan tiada kesesakan trafik, sekali gus memupuk pengguna memilih mod pengangkutan alternatif.”

BACA >>> Pengangkutan Awam, Basikal dan Jalan Kaki Cara Elak 50 Juta Kematian Jalan Raya Setahun

Beliau berkata, kualiti jalan raya utama di ibu kota berada antara tahap D (sederhana) dan tahap F (gagal) untuk menampung bilangan kenderaan disebabkan pertambahan tinggi hingga berlaku kesesakan teruk.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan hasil laporan Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) 2018 dikeluarkan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Tambahnya lagi, laporan itu turut disokong laporan The Asean Secretariat 2017 yang menyatakan rakyat Malaysia memiliki kenderaan persendirian kedua tertinggi, sebanyak 896.7 kenderaan bagi 1,000 penduduk selepas Brunei berbanding Thailand, Indoensia dan Vietnam.

BACA >>> #SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Kita Tidak Perlu Lagi Kereta Nasional Baharu!
BACA >>> Jangan Terkejut, Malaysia Sudah Ada Prototaip Kereta Terbang!
BACA >>> Motosikal 150cc ke Atas Akan Wajib Ada ABS!

SUMBER: Bernama

autoterkini Datuk Seri Wee Ka Siong Dr. Safizahanin Mokhtar Isu Keselamatan Jalan Raya Profesor Madya Marlina Suzana Jaafar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Auto Terkini

    Malaysia Terima ATR 72-600 Kelas Perniagaan Pertama Dunia Milik Berjaya Air

    22/05/2026
    Puspakom lancar insurans dalam talian
    Auto Terkini

    Bukan Setakat Periksa Kereta, Puspakom Kini Jual Insurans Motor dalam Talian

    21/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.