Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam12/12/20251 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Naik motosikal dari KL ke London

IMPIAN menunggang motosikal dari Kuala Lumpur (KL) ke London kedengaran gila-gila, tetapi sebenarnya realistik. Ramai pengembara rentas benua (overlander) Asia sudah berjaya melakukannya menggunakan motosikal advencer atau touring, termasuk kapcai.

Namun, perjalanan itu bukan sekadar penuh pengalaman, tetapi menuntut persediaan rapi, terutama dari segi laluan, rentas sempadan dan keselamatan.

Berapa Lama Masa Diperlukan?

Peta KL - London

Bagi perjalanan yang tidak terburu-buru dan ada masa untuk urusan imigresen serta penyelenggaran:

Anggaran: 60 – 90 hari, bergantung kepada;

  • Jarak perjalanan harian (200 – 400km sehari)
  • Cuaca dan musim
  • Pemeriksaan imigresen di sempadan
  • Kondisi jalan, terutama di Asia Tengah
  • Penunggang berpengalaman boleh melakukannya dalam 45 – 50 hari, tetapi kebanyakan memilih tempoh lebih panjang

Laluan Paling Selamat?

Motosikal dari KL ke London | Mohd Alfishahrin

Laluan paling selamat ialah laluan moden yang paling banyak digunakan dan dianggap paling stabil:

  • Laluan 1: Malaysia → Thailand → Laos → China → Kyrgyzstan → Uzbekistan → Kazakhstan → Russia → Latvia → Eropah → Britain (UK)

Kelebihan laluan itu kerana paling popular sejak bertahun-tahun, infrastruktur jalan baik kecuali beberapa sektor Asia Tengah. China ialah negara transit yang selamat dan antara laluan mudah untuk merentas masuk ke Eropah selepas Latvia. Cuma kekurangannya, China memerlukan permit dan escort berdaftar yang selalunya mengenakan caj tinggi kepada pengembara.

  • Laluan 2 (lebih murah tanpa masuk China): Malaysia → Thailand → Myanmar → India → Pakistan → Iran → Turkiye → Eropah → UK

Motosikal dari KL ke London | Mohd Alfishahrin

Bagi Laluan 2, semestinya untuk mengelak masuk ke China yang dapat mengurangkan ribuan ringgit kos perjalanan. Tambahan lagi, laluan itu adalah antara laluan biasa digunakan pengembara dari Asia Tenggara.

Namun, perjalanan tersebut ada cabaran tersendiri, seperti permit perjalanan di Pakistan, India dan Iran yang memerlukan persediaan rapi sebelum melintas. Malah, beberapa kawasan Pakistan perlu ditemani polis tempatan.

Dokumen Wajib Perjalanan KL – London

Motosikal dari KL ke London | Mohd Alfishahrin

    1. Pasport Malaysia – Mesti sah minimum enam bulan
    2. Carnet de Passages (CPD) – ‘Pasport’ untuk motosikal diperlukan di negara seperti India, Pakistan, Iran dan Turkiye Sijil hanya dikeluarkan Persatuan Automobil Malaysia (AAM)
    3. Visa Negara Transit – Keperluan visa berbeza mengikut laluan. Contohnya:
      • Iran – Visa diperlukan
      • Pakistan – e-visa tersedia
      • India – Memerlukan e-visa
      • Turkiye – Biasanya bebas visa untuk rakyat Malaysia
      • China – visa, permit dan panduan

    Motosikal dari KL ke London | Bikeguydave49

    4. Dokumen motosikal seperti geran asal, salinan insurans antarabangsa dan juga permit memandu antarabangsa (IDP) sangat disarankan kerana sesetengah penguat kuasa akan minta dokumen sedemikian ketika kita sedang melalui sesetengah kawasan

  1. 5. Insurans perjalanan, dan insurans kesihatan antarabangsa juga antara perkara wajib disediakan kerana risiko kecederaan dan rawatan luar negara sangat mahal

Bila Waktu Sesuai Mula Perjalanan?

Jika segala dokumen sudah lengkap, kini masa memilih waktu dan musim terbaik untuk memulakan jelajah KL – London. Mungkin ada terfikir menunggang musim sejuk menyeronokkan, tetapi seeloknya cuba elakkan kerana kawasan Asia Tengah seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan boleh mencecah suhu -10°C hingga -25°C.

Cadangan paling realistik berdasarkan cuaca dan musim adalah pada April hingga Oktober kerana sudah mula musim bunga, disusuli musim panas dan musim luruh. Ini bagi memastikan kita dapat mengelak situasi salji, jalan tutup dan suhu ekstrem.

Motosikal dari KL ke London | Mohd Alfishahrin

Kos Anggaran?

Bergantung laluan, cara perbelanjaan dan kadar tukaran matawang asing, secara kasar perjalanan KL – London boleh mencecah RM15,000 hingga RM35,000.

Ini melibatkan kos petrol, insurans, visa, Carnet De Passages (CPD), hotel, makan dan penyelenggaran motosikal. Bagi laluan transit di China boleh melonjakkan kos antara RM40,000 dan RM60,000.

Perjalanan motosikal KL – London bukan mustahil, cuma menuntut perancangan laluan yang betul, dokumen lengkap, dan pemilihan musim yang tepat. Laluan melalui India – Pakistan – Iran – Turkiye kini antara pilihan paling popular dan praktikal untuk penunggang Malaysia.

KREDIT FOTO: Mohd Alfishahrin

apa nak buat asia tengah Auto Terkini Carnet de Passages dokumen motosikal Geran motosikal insurans kesihatan Insurans perjalanan Jelajah Kuala Lumpur ke London kos perjalanan overland motosikal touring Overland passport malaysia Ride KL - London tahukah anda visa travel
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026

    1 Comment

    1. Wak on 15/12/2025 07:40

      Ini mmg di luar kotak fikiran ku.. sesuatu yg menarik untuk di bincangkan

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.