Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Benarkah Honda Lebih Baik daripada Toyota?
Autotainment

Benarkah Honda Lebih Baik daripada Toyota?

TalibBy Talib14/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMILIHAN sesebuah jenama kenderaan dan keinginan memainkan peranan penting bagi mereka yang berkemampuan.

Jenama dari Jepun sangat terkenal dengan kereta yang menawarkan keselesaan, prestasi dan reliabiliti baik. Honda dan Toyota ialah dua jenama gergasi yang sudah lama bertapak di Malaysia. Kedua-dua jenama itu pernah mengatasi kedudukan Proton sebagai pengeluar utama kenderaan di Malaysia ketika pengeluar nasional itu sedang bergelut dengan masalah.

Sesetengah kita pasti sukar membuat pilihan jika diberikan pilihan memilih antara dua jenama itu. Ini kerana kedua-duanya ada kelebihan tersendiri. Mari kita bincangkan kelebihan Honda berbanding Toyota berdasarkan model jenama itu yang ditawarkan di pasaran tempatan dan luar negara.

BACA >>> Kajian: Pemandu Berusia Lebih Pandai Selenggara Kereta, Pilih Baca Peta Manual

1. Prestasi
Honda Civic Si dan Handa Accord

Apabila bercerita mengenai presatasi, pasti kita akan merujuk kepada kelajuan, kuasa kuda dan keseluruhan pengalaman pemanduan. Adakah prestasi model Honda lebih baik berbanding model paling prestasi terbaik Toyota seperti Supra?

Bagi golongan mampu milik, pasti mudah mendapatkan model tersebut, tetapi apabila bercakap mengenai prestasi untuk keseluruhan model, Honda tidak hanya menumpukan kepada aspek prestasi. Faktanya, keseluruhan model setiap jenama memiliki prestasi baik mengikut keperluan pasaran sesebuah negara.

Misalnya, Honda Civic Si (2020) adalah salah satu model berpretasti baik dengan enjin 1.5L Turbo. Enjin tersebut menghasilkan kuasa 205hp yang nyata cukup mengagumkan. Di Malaysia pula, Honda Accord 1.5L VTEC Turbo mampu memberikan kuasa 203hp @5500rpm, lebih berkuasa daripada Toyota Camry 2.5L VVT-i dengan sistem ACUS (182hp @ 6,000 rpm).

BACA >>> Honda Thailand Catat Tempahan Lebih 3,500 Unit Civic 2021 Dalam Masa Sebulan
BACA >>> Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition – 90 Unit untuk Eropah Sahaja, RM313k!

Selain itu, jika dibandingkan pengalaman pemanduan, Honda memberikan lebih banyak kawalan stereng kerana memiliki sistem suspensi lebih tegar atau keras dengan sistem kawalan pemanduan lebih baik. Toyota pula memberikan sistem suspensi lebih lembut yang meningkatkan keselesaan ketika memandu, tetapi mengurangkan kawalan pemandu kepada sistem pemanduan.

Pecutan awal model Toyota juga agak lambat jika mengambil contoh Toyota Corolla Hybrid yang memerlukan 10.7 saat untuk pecutan 0-100kmj berbanding Honda Insight di bawah 8 saat.

BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi i-MMD Honda Gabungkan Manfaat Enjin Petrol, Hibrid dan EV

2. Tahap Kecekapan Enjin (Engine Efficiency)
Teknologi Enjin

Tahap kecekapan enjin menunjukkan Honda sudah lama mendahului menerusi pengenalan enjin dengan sistem injap variabel dinamakan VTEC.

Itu adalah sistem yang menjadi titik permulaan kepada sistem kecekapan enjin kereta. Teknologi tersebut membantu Honda menghasilkan enjin yang memiliki kecekapan tinggi pada rev (rpm) lebih tinggi. Jika mengikut buku enjin kejuruteraan, kebanyakan enjin memiliki kecekapan maksimum pada 3,000rpm, tetapi enjin Honda mampu menawarkan kecekapan pada rev lebih tinggi.


Malah, Honda tidak sekadar bergantung kepada sistem VTEC, tetapi terus membangunkan sistem enjin baharu, dinamakan ‘Earth Dream Technology (I-DTEC)’ pada 2013.

Sistem tersebut sangat cekap dan mesra alam serta memiliki gabungan sistem pengecas turbo dan sistem suntikan terus (DI). Ini membolehkan Honda menghadilkan enjin lebih kompak dan pada masa sama menghasilkan tork lebih tinggi dengan penggunaan bahan api minimum.

Toyota pula masih jauh di belakang dan masih cuba menghasilkan sistem enjin yang mampu menyaingi sistem enjin Honda itu.

3. Sistem Keselamatan


Honda membina sistem keselamatan sendiri yang dinamakan Honda Sensing. Teknologi dalam sistem itu memiliki ciri keselamatan yang masih tidak digunakan pengeluar lain.

Bagaimanapun, ciri-ciri keselamatan yang ada pada setiap model Honda masih bergantung kepada keperluan dan sasaran pelanggan mereka. Ini strategi biasa dipraktikkan pengeluar kenderaan masa kini.

Antara ciri keselamatan yang ada ialah sistem pengecaman tanda jalan yang akan memaklumkan pemandu mengenai perubahan had kelajuan jalan raya. Sistem mitigasi brek pelanggaran pula berfungsi mengenakan tekanan brek untuk membantu pemandu mengelak atau mengurangkan impak perlanggaran.

Ciri-ciri dalam sistem Honda Sensing

Ciri kawalan mitigasi tukar lorong pula memaklumkan pemandu jika kereta dipandu terpesong laluan atau tiada kawalan stereng. Kemudian, tekanan brek dan sedikit input stereng dapat membantu pemandu mengekalkan lorong pemanduan mereka.

Satu lagi ciri istimewa Honda Sensing ialah kamera kawalan titik buta (blind spot) yang membantu pemandu memerhatikan kawasan titik buta ketika mahu memotong, menukar lorong dan masuk simpang. Selain Toyota, pengeluar lain turut sama meningkatkan sistem keselamatan masing-masing mereka bagi membantu dan mengelak kemalangan.

Bagaimanapun, Toyota turun membangunkan teknologi keselamatan sendiri, dinamana Toyota Safety Sense (TSS). Walaupun TSS diperkenal pada tahun sama dengan Honda Sensing, iaitu pada 2015, tetapi Honda nampaknya lebih agresif memperkenalkan sistem tersebut untuk banyak pasaran dunia, antaranya Malaysia.

BACA >>> Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan
BACA >>> Apakah Itu ‘Honda Sensing’ pada Honda CR-V (2017) – Power Sangat Ke?

4. Teknologi Sendiri
Toyota Supra

Honda sentiasa menghasilkan enjin dan model tersendiri, serta sangat menitikberatkan falsafah pembangunan kenderaan dengan tidak menggunakan enjin pengeluar lain bagi meningkatkan prestasi produk mereka.

Toyota pula, walaupun dianggap sebagai antara model moden terbaik pengeluar itu, tetapi asas enjin adalah menggunakan trenkuasa BMW Turbocharged, sekali gus menghilangkan ketulenan dan keaslian model Toyota tersebut. Bagaimanapun, itu bukan isu besar, tetapi sekiranya aspek ‘ketulenan’ itu dijadikan penentu kelebihan sesebuah model, maka Honda lebih dominanberbanding Toyota.

Sebagai contoh, Honda Acura NSX kekal dikuasakan enjin  Honda V6 dan termasuk dalam senarai model terbaik pernah dihasilkan Honda sepenuhnya.

KESIMPULAN

Artikel ini hanya membincangkan beberapa aspek yang mungkin memberikan pilihan kepada bakal pemilik kenderaan yang berkemampuan.

Kedua-dua jenama itu sebenarnya memiliki kelebihan masing-masing berdasarkan pengalaman pemilik sedia ada. Kawalan dan keseronokan memandu Honda boleh digambarkan lebih baik berbanding Toyota. Apa yang pasti, kedua-dua jenama mampu memberikan keselesaan dan keyakinan kepada setiap pemandu dan pemiliknya.

Auto Terkini autotainment Honda Honda vs Toyota Roda4 Toyota
Talib

    Artikel Berkaitan

    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimana Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah-Ubah?

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.