Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Beg Udara Takata Meletup dalam Kemalangan 27 Mei – Honda Malaysia
Auto Terkini

Beg Udara Takata Meletup dalam Kemalangan 27 Mei – Honda Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/06/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia mengesahkan inflator beg udara Takata bahagian pemandu tahap satu (SDI) meletup dalam satu insiden kemalangan pada 27 Mei lalu. Tragedi itu menyebabkan mangsa yang juga pemandu Honda City (2004), maut di tempat kejadian, tetapi masih tiada lagi laporan rasmi mengenai punca kematian tersebut.

Honda mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa. Menurut Honda, ketika pemeriksaan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), inflator beg udara bahagian pemandu kereta itu gagal berfungsi dengan betul.

BACA >>> Beg Udara Takata: Honda Malaysia Panggil Balik 28,399 Unit Model 2013

Menurut Honda lagi, kereta tersebut turut tersenarai dalam Kempen Panggil Balik yang diumumkan pada 21 Mei 2015. Malah, surat makluman sudah dihantar kepada pemilik tersebut selepas merujuk maklumat pangkalan data. Bagaimanapun, Honda Malaysia mendapati tiada penukaran dibuat, malah kenderaan tersebut tidak diservis di pusat jualan sah.


Setakat 29 Mei 2018, Honda Malaysia sudah melakukan pemasangan inflator beg udara pemandu depan lebih 224,000 unit (85 peratus). Kini, jumlah inflator beg udara pemandu dan penumpang depan Takata yang sudah diganti sudah melebihi 445,000 unit (75 peratus).

Bagi model City (2003-2008), Honda Malaysia melengkapkan lebih 47,500 unit (79 peratus) unit inflator beg udara pemandu depan, dan 47,200 unit (78 peratus) untuk penumpang depan. Susulan beberapa insiden kemalangan sebelum ini, Honda Malaysia berterusan menasihati dan menggesa pemilik City (2003-2008) melakukan pemeriksaan dan menukar inflator beg udara dengan segera di pusat jualan Honda sah.

Pemilik kenderaan boleh melakukan pemeriksaan status panggil semula DI SINI atau layari laman web rasmi Honda Malaysia atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.

Auto Terkini Beg udara takata Honda Honda Malaysia inflator inflator beg udara Takata Kempen Panggil Balik kempen panggil balik Honda Takata
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.