Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Baru 6 Bulan, Perodua Jual 121,800 Kereta – Myvi & Axia Paling Laris!
Auto Terkini

Baru 6 Bulan, Perodua Jual 121,800 Kereta – Myvi & Axia Paling Laris!

Abang GYLBy Abang GYL17/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERODUA meningkatkan sasaran jualan bagi 2019 kepada 235,000 unit, naik sebanyak 4,000 berbanding sasaran awal iaitu 231,000 kenderaan yang diumumkan Januari lalu. 

Pada 2018, Perodua sudah menjual 227,243 kenderaan yang juga merupakan pencapaian terbaik dalam sejarahnya. 

Peningkatan sasaran itu berikutan permintaan memberansangkan buat Perodua selepas menjual sebanyak 121,800 kenderaan bagi enam bulan pertama 2019. Angka itu juga menunjukkan peningkatan empat peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Daripada jumlah berkenaan, Perodua Myvi masih lagi menjadi model paling laris dan diikuti dengan Axia, Bezza, Aruz dan Alza. Berikut ialah pecahan bagi jualan enam bulan pertama;

  • Perodua Myvi – 43,000 unit
  • Perodua Axia – 32,000 unit
  • Perodua Bezza – 22,000 unit
  • Perodua Aruz – 15,000 unit
  • Perodua Alza – 8,000 unit

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Myvi GT Memang Ada Stail!!!

CUBA KURANG TEMPOH MENUNGGU

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya menerima 190,765 tempahan bagi enam bulan pertama 2019 iaitu naik tiga peratus daripada 189,949 kenderaan dalam tempoh sama tahun lalu. 

Menurut Zainal, pihaknya akan terus bekerja keras bagi memendekkan tempoh menunggu dengan meningkatkan produksi pengeluaran di kilang.

” Pada masa sama, pihaknya akan terus memberi fokus dan berusaha keras bagi membina jenama Perodua di luar negara secara berperingkat serta memerlukan masa lebih panjang.

“ Perodua juga bekerjasama dengan Daihatsu Motor Company Jepun untuk membangunkan lagi pembekal komponen tempatan dan meneroka pasaran di luar Malaysia.

“ Sepanjang enam bulan pertama, kami sudah menjual 1,601 unit Perodua Myvi di luar Malaysia berbanding 923  kenderaan bagi tempoh sama tahun lalu di mana Indonesia dan Sri Lanka merupakan negara yang mencatatkan jualan tertinggi,” katanya lagi.

Syabas Perodua!

BACA >>> Inilah Perodua Myvi Paling Mahal di Dunia, Harga Bermula RM197k!

jualan perodua 2019 perodua myvi laku keras waktu menunggu perodua
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.