• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Baru 6 Bulan, Perodua Jual 121,800 Kereta - Myvi & Axia Paling Laris!

Baru 6 Bulan, Perodua Jual 121,800 Kereta - Myvi & Axia Paling Laris!

July 17, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERODUA meningkatkan sasaran jualan bagi 2019 kepada 235,000 unit, naik sebanyak 4,000 berbanding sasaran awal iaitu 231,000 kenderaan yang diumumkan Januari lalu. 

Pada 2018, Perodua sudah menjual 227,243 kenderaan yang juga merupakan pencapaian terbaik dalam sejarahnya. 

Peningkatan sasaran itu berikutan permintaan memberansangkan buat Perodua selepas menjual sebanyak 121,800 kenderaan bagi enam bulan pertama 2019. Angka itu juga menunjukkan peningkatan empat peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Daripada jumlah berkenaan, Perodua Myvi masih lagi menjadi model paling laris dan diikuti dengan Axia, Bezza, Aruz dan Alza. Berikut ialah pecahan bagi jualan enam bulan pertama;

  • Perodua Myvi - 43,000 unit
  • Perodua Axia - 32,000 unit
  • Perodua Bezza - 22,000 unit
  • Perodua Aruz - 15,000 unit
  • Perodua Alza - 8,000 unit

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Myvi GT Memang Ada Stail!!!

CUBA KURANG TEMPOH MENUNGGU

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya menerima 190,765 tempahan bagi enam bulan pertama 2019 iaitu naik tiga peratus daripada 189,949 kenderaan dalam tempoh sama tahun lalu. 

Menurut Zainal, pihaknya akan terus bekerja keras bagi memendekkan tempoh menunggu dengan meningkatkan produksi pengeluaran di kilang.

" Pada masa sama, pihaknya akan terus memberi fokus dan berusaha keras bagi membina jenama Perodua di luar negara secara berperingkat serta memerlukan masa lebih panjang.

“ Perodua juga bekerjasama dengan Daihatsu Motor Company Jepun untuk membangunkan lagi pembekal komponen tempatan dan meneroka pasaran di luar Malaysia.

“ Sepanjang enam bulan pertama, kami sudah menjual 1,601 unit Perodua Myvi di luar Malaysia berbanding 923  kenderaan bagi tempoh sama tahun lalu di mana Indonesia dan Sri Lanka merupakan negara yang mencatatkan jualan tertinggi," katanya lagi.

Syabas Perodua!

BACA >>> Inilah Perodua Myvi Paling Mahal di Dunia, Harga Bermula RM197k!

Related

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: jualan perodua 2019, perodua myvi laku keras, waktu menunggu perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev