Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bakal Capai Sasaran, 79 Pengedar Proton Sudah Naik Taraf Pusat Servis kepada 3S, 4S
Auto Terkini

Bakal Capai Sasaran, 79 Pengedar Proton Sudah Naik Taraf Pusat Servis kepada 3S, 4S

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/05/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON mengadakan satu lagi majlis menandatangani perjanjian bersama pengedar. Kali ini seramai 12 pengedar sedia ada dan tiga pengedar baharu menyertai transformasi menaik taraf pusat servis kepada 3S (jualan, servis, alat ganti) dan 4S (jualan, servis, alat ganti, semburan cat).

Dalam masa kurang lima bulan, Proton sudah mencapai sasaran tahun ini dengan 72 peratus wakil pengedar menukar status cawangan masing-masing kepada 3S dan 4S. Jadi, Proton kini berjaya mencapai sasaran 109 cawangan 3S dan 4S pada akhir Oktober 2018, lebih awal daripada dijangka.

79 PERATUS SASARAN TERCAPAI

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Li Chunrong berkata, dalam masa kurang lima bulan, dari Januari hingga 18 Mei tahun ini, kami menukar 79 status cawangan jualan Proton, iaitu pencapaian kira-kira 72 peratus daripada jumlah sasaran tahun ini.

“Ini berita baik dan dengan naik taraf dilakukan, kami yakin berada atas landasan betul dalam menyediakan perkhidmatan kelas dunia dari segi pengalaman jualan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Dr Li turut berterima kasih kepada pelabur baharu yang sudi menjadi pengedar Proton. Pengeluar nasional itu kini  sedang giat melakukan perancangan terbaik untuk masa depan Proton.

“Hanya satu sebab yang mendorong kepada perkara ini, iaitu jenama kami masih ada pengaruh kuat di pasaran dan kerana ini ramai pelabur tidak ragu-ragu untuk jadi pengedar. Terima kasih kerana kepercayaan diberikan,” kata Dr Li lagi.

GALERI

 

Auto Terkini Dr. Li Chunrong naik taraf Proton Pusat 3S Pusat 4s pusat jualan Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026

    2 Comments

    1. Amran on 27/05/2018 19:48

      Tak guna naiktaraf 3s 4s 5s 6s 10s kalau masih jual enjin campro & transmisi cvt Punch..

      Reply
    2. Nazrim on 29/05/2018 07:57

      Dah berapa lama kecoh dgn naik taraf. Syarikat lain, dah memecut ke hadapan. KIA dah berapa model dah keluar. Proton? Habuk. Ketinggalan zaman..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.