Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Bagaimanakah Cara Kaburkan Rumah Anda dalam Google Maps Street View?
Autotainment

Bagaimanakah Cara Kaburkan Rumah Anda dalam Google Maps Street View?

Han OthmanBy Han Othman29/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRIVASI tetap menjadi perkara paling penting dalam kehidupan hari ini walaupun ramai juga menganggap ia sebagai benda remeh dan tidak kisah berkongsi hal-hal peribadi sebagai tontonan umum. Google Maps, misalnya, menyediakan bantuan navigasi bergambar bagi carian alamat, rumah dan perniagaan bagi menjadikan pengalaman sistem pemetaan lebih interaktif dan realistik.

Bagaimanapun, ramai juga pengguna mengadu tentang pencerobohan privasi yang dilakukan Google dan mahukan firma carian Internet terbesar dunia itu melakukan sesuatu untuk melindungi ruang persendirian mereka. Keputusannya, Google menyediakan tetapan khas dalam Google Maps yang membolehkan anda mengaburkan rumah (atau premis peribadi) sebagai cara melindungi privasi.

google-maps
Cara pertama ialah menaip alamat rumah dalam Google Maps dan lihat apakah kediaman anda itu termasuk dalam arkib gambar dirakamkan Google. Apabila peta muncul, anda boleh lihat ikon orang – warna oren – dalam peta kecil di penjuru kiri.

Kemudian, anda cuma melintaskan imej tetikus (roll over) atas peta kecil itu untuk melihat jalan-jalan yang difotokan Google. (lihat gambar di bawah).

google-maps-2
Anda boleh terus saja menggerakkan ikon orang untuk pergi ke mana-mana laluan atau jalan dalam peta kecil itu – berwarna biru – bagi mencari rumah anda. Jika jalan ke rumah anda tidak berwarna biru, itu bermaksud gambar rumah anda terselamat daripada difotokan Google.

Sekarang, bagaimana pula mahu mengaburkan rumah anda?

  • Pergi ke Google Maps dan taip alamat rumah anda.
  • Tukar aplikasi Google Maps kepada versi paparan jalanan (street view).
  • Lihat di penjuru bawah kanan skrin, anda boleh lihat label Report a problem atau Laporkan masalah (foto atas kiri). Klik.
  • Anda akan dibawa ke laman Report Inappropriate Street View atau ‘Laporkan Street View Yang Tidak Sesuai‘ (foto atas kanan) yang dipaparkan bersama previu imej rumah anda itu.
  • Di dalam previu imej, ada grafik kotak yang boleh digerakkan untuk melaraskan ketepatan lokasi rumah anda. Gunakan + atau – untuk paparan zum.
  • Jika mahu rumah dikaburkan, klik saja pada My house atau Rumah saya. Kemudian nyatakan alasan kenapa anda mahu mengaburkan rumah itu. Contohnya; “My cat hate photography. He will feel honoured if you make it blurred.”
  • Beritahu Google bahagian mana pada foto tersebut yang mahu kaburkan.
  • Taipkan e-mel dan kod pengesahan seperti yang diminta. Klik Submit atau Serah.
  • Periksa semula beberapa hari selepas serahan dibuat.

Anda juga boleh melakukan cara sama untuk mengaburkan nombor plat kereta dan muka anda (jika terakam). Malah, jika anda masih mahu gambar premis perniagaan anda dalam Google Maps, tetapi tidak mahu nombor plat kenderaan syarikat ditunjukkan, anda juga boleh melakukan langkah sama.

Selamat mencuba!

cara kaburkan rumah dalam Google Maps Google Google Maps Google Street View navigasi privasi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.