Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»AutoFlight Perkenal Kereta Terbang Terbesar Dunia
Auto Terkini

AutoFlight Perkenal Kereta Terbang Terbesar Dunia

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam24/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SYARIKAT pemula (startup) penerbangan, AutoFlight mencuri perhatian dunia apabila memperkenalkan pesawat elektrik berlepas dan mendarat menegak (eVTOL) kelas lima tan yang didakwa terbesar dalam kategori.

Model dinamakan Matrix itu ditayangkan kepada umum selepas berjaya melengkapkan demonstrasi penerbangan di fasiliti ujian di Kunshan, China.

Berpangkalan di Shanghai, syarikat berkenaan mendapat sokongan kukuh daripada gergasi bateri kenderaan elektrik (EV), Contemporary Amperex Technology (CATL) yang memegang pegangan signifikan dalam syarikat tersebut.

Kerjasama itu menjadi asas penting dalam pembangunan teknologi bateri ketumpatan tinggi bagi menyokong kapasiti dan jarak operasi pesawat generasi baharu itu.

Saiz Lebih Besar, Muatan Hingga 10 Penumpang

Matrix menampilkan bentangan sayap sekitar 20,000mm, panjang 17,100mm dan tinggi 3,300mm, yang jauh lebih besar berbanding kebanyakan eVTOL sedia ada dalam julat 1.5 tan hingga 3 tan.

Dengan kapasiti sehingga 10 penumpang, itu menandakan lonjakan besar untuk industri yang sebelum ini lebih menumpukan kepada konfigurasi 4- hingga 6-kerusi.

Matrix turut ditawarkan dalam versi logistik berat. Strategi dwifungsi itu memperlihatkan hala tuju AutoFlight yang tidak hanya mengejar pasaran mobiliti udara bandar, tetapi juga segmen penghantaran kargo bernilai tinggi dan sensitif pada masa.

Persaingan Sengit Industri eVTOL China

AutoFlight kini berada dalam kelompok pemain utama eVTOL di China bersama Ehang, unit kereta terbang Xpeng dan Geely menerusi subsidiari Aerofugia.

China kini agresif membangunkan apa yang digelar sebagai ekonomi altitud rendah, termasuk penyediaan rangka kerja peraturan dan piawaian industri menjelang 2030.

Pada masa sama, pensijilan kekal cabaran utama kerana bagi operasi\ komersial, setiap model perlu memperoleh Sijil Jenis (Type Certificate), Sijil Pengeluaran dan Sijil Kelayakan Udara.

AutoFlight menyasarkan kelulusan penuh bagi varian penumpang dalam tempoh satu hingga dua tahun, walaupun tempahan awal sudah mula diterima.

Rekod Penerbangan Kargo, Sasaran Global

Sebelum Matrix, model kargo dua tan dikenali sebagai CarryAll terlebih dulu mencatat sejarah apabila melaksanakan penerbangan kargo rentas bandar pertama dunia bagi eVTOL kelas 1 tan.

Penerbangan sejauh 160km dari Anqing ke Hefei di wilayah Anhui itu disempurnakan dalam masa kira-kira sejam, dengan membawa muatan minuman dan bungkusan komersial.

Firma penyelidikan, CCID Consulting berkata, beberapa pengeluar dijangka memulakan penghantaran eVTOL komersial seawal 2026. AutoFlight pula meletakkan sasaran jangka panjang untuk menurunkan kos perjalanan udara ke tahap setanding perkhidmatan e-hailing premium, selain merancang peluasan ke Asia Timur Laut, Asia Tenggara dan Timur Tengah, terutama kawasan berinfrastruktur darat terhad seperti negara kepulauan dan wilayah pergunungan.

Jika momentum pembangunan itu berterusan, tidak mustahil kereta terbang yang selama ini dianggap futuristik bakal menjadi realiti mobiliti harian dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

SUMBER: BangkokPost

Auto Terkini AutoFlight eVTOL eVTOL China Kereta Terbang
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.