Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#AutoExpo2018: Debut Aprilia RS150 dan Tuono 150 Buat Hati Berdebar
Roda2

#AutoExpo2018: Debut Aprilia RS150 dan Tuono 150 Buat Hati Berdebar

ZYBy ZY07/02/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat peminat sportbike bajet! Aprilia bakal memenuhi permintaan anda menerusi debut sportbike entry-level terbaharu, RS150 dan versi semi-naked, Tuono 150 sempena Auto Expo 2018 yang bakal berlangsung di Delhi, India pada 9 Februari ini (esok).

Jika rekabentuk dua model itu nampak seperti biasa dilihat sebelum ini, anda memang tidak tersilap kerana Aprilia memutuskan untuk mengekalkan profil rekaan ‘abang-abang’ terdahulu, Aprilia RSV4 dan Tuono V4 dengan diberikan sedikit perubahan perincian supaya secocok dengan kapasiti enjin dan dimensi badan yang lebih kecil.

Aprilia RS150
Aprilia Tuono 150

Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan pasaran motosikal Eropah, seperti yang anda jangka, RS150 dan Tuono 150 ialah versi naik taraf enjin daripada RS125 my2017 dan Tuono 125 yang dilancarkan tahun lalu.

BACA >>> Aprilia Tuono V4 1100 Factory Kini di Malaysia – RM104,251!

Berbalik kepada RS150 dan Tuono 150, kedua-dua jentera itu dijana enjin 4-lejang DOHC silinder tunggal penyejukan cecair dengan keupayaan hamburan kuasa setinggi 18hp pada 10,000rpm dan tork setinggi 14Nm (7,500rpm), angka yang cukup baik dalam kelas 150cc 4-lejang.

Ciri pengendalian juga agak mewah dengan fork terbalik (USD) 40mm untuk suspensi depan, dan monoshock berserta lengan ayun ‘pisang’ atau ‘banana-style’ yang memegang roda belakang. Tugasan henti diserahkan kepada brek cakera tunggal 300mm dengan kaliper brek 4-piston di depan, dan brek cakera tunggal 218mm dan kaliper brek 1-piston di belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch sebagai ciri keselamatan standard.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu ‘Quick Shifter’ untuk Motosikal?

Selain pilihan Quick Shifter sebagai aksesori opsyen, tidak banyak perincian spesifikasi didedahkan. Tetapi, jika jangkaan kami tepat, dua jentera ini akan berkongsi banyak komponen RS125 dan Tuono 125 yang sudah pun dilancarkan di Eropah.

Bagaimanapun, Piaggio India, selaku pengedar jenama Aprilia di negara itu belum mengesahkan sama ada RS150 dan Tuono 150 bakal dilancarkan dalam masa terdekat atau dieksport ke luar negara. Malaysia? Hmm…

SUMBER: AutoCar India

Aprilia aprilia rs125 aprilia rs150 aprilia tuono 125 aprilia tuono 150 Auto Expo 2018 auto expo india 2018 Piaggio Piaggio India Roda4
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026

1 Comment

  1. Rafi rap on 09/02/2018 15:44

    Masuk Malaysia ke admin

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.