• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #AutoExpo2018: Debut Aprilia RS150 dan Tuono 150 Buat Hati Berdebar

#AutoExpo2018: Debut Aprilia RS150 dan Tuono 150 Buat Hati Berdebar

February 7, 2018 By ZY 2 Comments

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat peminat sportbike bajet! Aprilia bakal memenuhi permintaan anda menerusi debut sportbike entry-level terbaharu, RS150 dan versi semi-naked, Tuono 150 sempena Auto Expo 2018 yang bakal berlangsung di Delhi, India pada 9 Februari ini (esok).

Jika rekabentuk dua model itu nampak seperti biasa dilihat sebelum ini, anda memang tidak tersilap kerana Aprilia memutuskan untuk mengekalkan profil rekaan 'abang-abang' terdahulu, Aprilia RSV4 dan Tuono V4 dengan diberikan sedikit perubahan perincian supaya secocok dengan kapasiti enjin dan dimensi badan yang lebih kecil.

Aprilia RS150
Aprilia Tuono 150

Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan pasaran motosikal Eropah, seperti yang anda jangka, RS150 dan Tuono 150 ialah versi naik taraf enjin daripada RS125 my2017 dan Tuono 125 yang dilancarkan tahun lalu.

BACA >>> Aprilia Tuono V4 1100 Factory Kini di Malaysia - RM104,251!

Berbalik kepada RS150 dan Tuono 150, kedua-dua jentera itu dijana enjin 4-lejang DOHC silinder tunggal penyejukan cecair dengan keupayaan hamburan kuasa setinggi 18hp pada 10,000rpm dan tork setinggi 14Nm (7,500rpm), angka yang cukup baik dalam kelas 150cc 4-lejang.

Pandulaju-Aprilia-RS150-4
Pandulaju-Aprilia-RS150-3
Pandulaju-Aprilia-RS150-5

Ciri pengendalian juga agak mewah dengan fork terbalik (USD) 40mm untuk suspensi depan, dan monoshock berserta lengan ayun 'pisang' atau 'banana-style' yang memegang roda belakang. Tugasan henti diserahkan kepada brek cakera tunggal 300mm dengan kaliper brek 4-piston di depan, dan brek cakera tunggal 218mm dan kaliper brek 1-piston di belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch sebagai ciri keselamatan standard.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Quick Shifter' untuk Motosikal?

Selain pilihan Quick Shifter sebagai aksesori opsyen, tidak banyak perincian spesifikasi didedahkan. Tetapi, jika jangkaan kami tepat, dua jentera ini akan berkongsi banyak komponen RS125 dan Tuono 125 yang sudah pun dilancarkan di Eropah.

Bagaimanapun, Piaggio India, selaku pengedar jenama Aprilia di negara itu belum mengesahkan sama ada RS150 dan Tuono 150 bakal dilancarkan dalam masa terdekat atau dieksport ke luar negara. Malaysia? Hmm...

SUMBER: AutoCar India

Artikel Berkaitan

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia, aprilia rs125, aprilia rs150, aprilia tuono 125, aprilia tuono 150, Auto Expo 2018, auto expo india 2018, Piaggio, Piaggio India, Roda4

Comments

  1. Rafi rap says

    February 9, 2018 at 3:44 PM

    Masuk Malaysia ke admin

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • CFMOTO Tunggu Masa Lancar 2 Varian Motosikal Mini Papio di AS?
    CFMOTO Tunggu Masa Lancar 2 Varian Motosikal Mini Papio di AS?
  • Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!
    Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!
  • Grab Bakal Ambil Alih Bisnes FoodPanda di Malaysia, 6 Pasaran Lain?
    Grab Bakal Ambil Alih Bisnes FoodPanda di Malaysia, 6 Pasaran Lain?
  • Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) yang Sarat Aksesori untuk Peminat Kembara
    Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) yang Sarat Aksesori untuk Peminat Kembara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my