Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Audi SQ8 e-tron, SQ8 Sportback e-tron 2024 Kini di Malaysia, Harga Mula RM519k
Roda4

Audi SQ8 e-tron, SQ8 Sportback e-tron 2024 Kini di Malaysia, Harga Mula RM519k

FikriBy Fikri17/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini mengumumkan penambahan dua model baharu dalam barisan kenderaan elektrik (EV) penuh Audi e-tron, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi SQ8 e-tron dan Audi SQ8 Sportback e-tron.

Dua model itu ditawarkan pada harga RM519,990 untuk SQ8 e-tron dan RM529,990 bagi varian SQ8 Sportback e-tron.

Berikut spesifikasi Audi SQ8 e-tron quattro 2024:

Trenkuasa

  • Kapasiti bateri 114kWh memberikan output kuasa 370kW (503ps) dan tork 973Nm dengan transmisi planetari nisbah 2-tahap dengan gear tunggal.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat.
  • Jarak pemanduan 416-458km (Sportback SQ8 e-tron: 427-471km) mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) elektrik dengan suspensi udara adaptif.

Luaran

  • Antara ciri luaran menyerlah ialah kaliper brek merah, cermin sisi kompak gentian karbon, rel bumbung hitam dan kemasan hitam lain untuk pakej Plus.
  • Cermin sisi virtual.
  • Rekabentuk belakang diserlahkan dengan difuser udara aerodinamik dan lampu LED unit gaya tersendiri.
  • Lampu utama Digital Matrix LED dengan suluhan projektor Singleframe di depan dan lampu kombi LED di belakang.
  • Rim Audi Sport 5-jejari gaya Inteferenz rekaan diamond-turned  bersaiz 22 inci dalam warna Titanium Gray.
  • Audi SQ8 e-tron didatangkan dalam tujuh warna pilihan: Magnet Gray (kelabu), Ultra Blue (biru), Chronos Gray (kelabu), Mythos Black (hitam), Plasma Blue (biru), Daytona Gray (kelabu) dan Glacier White (putih).

Dalaman

  • Kombinasi material kulit pada papan pemuka berserta kemasan karbon dan aluminium.
  • Material kerusi kulit Valcona dengan logo ‘S’.
  • Kapasiti but 569 liter (Sportback SQ8 e-tron: 528 liter).
  • Sistem audio premium Bang & Olufsen dengan bunyi tiga dimensi (3D).

Ciri Keselamatan

  • Ciri keselamatan standard terdiri daripada:
    • 6 beg udara SRS sisi dan belakang
    • Kerusi kanak-kanak ISOFIX dengan pautan atas (top tether)
    • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).
    • Amaran Tukar Lorong (LDW).
    • Kawalan Jelajah Adapatif (ACC) dengan pengehad halaju.

Waranti

  • Kedua-dua varian SUV EV itu boleh dibeli bersama pilihan pakej Audi Assurance Package (AAP) yang menawarkan waranti lanjutan hingga lima tahun berserta servis berjadual percuma untuk tiga tahun pertama dan bantuan jalanan percuma lima tahun pertama.
  • Sistem bateri pula dilindungi berasingan menerusi waranti lapan tahun atau perbatuan 160,000km. Semua waranti tertakluk terma dan syarat.

Maklumat lanjut mengenai SQ8 e-tron dan model Audi lain dalam barisan e-tron boleh kunjungi bilik pameran terdekat Audi Malaysia, atau layari laman web www.audi.com.my.

Audi Sportback SQ8 e-tron
Audi SQ8 e-tron
Detail
Audi E-tron SQ8 Audi Malaysia Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 SUV SUV EV
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.