Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Audi RS3 Saloon – Kompak Terpantas di Nürburgring! Lebih Laju daripada A45 S 4Matic+
Auto Terkini

Audi RS3 Saloon – Kompak Terpantas di Nürburgring! Lebih Laju daripada A45 S 4Matic+

Abang HirataBy Abang Hirata11/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA sisi utama dunia automotif adalah kelajuan. Angka seperti pecutan 0-100 kmj, kelajuan maksimum, kuasa kuda dan tork pasti ditonjolkan kepada pengguna.

Kenapa semua itu penting? Penulis tidak pasti kerana semua itu sudah sebati dalam industri sejak sekian lama. Selain itu pernahkah anda tertanya kenapa spidometer kereta dicetak hingga 220kmj atau paling kurang 180kmj?

Walhal, sesebuah kereta tidak semestinya, atau mustahil mencapai kelajuan itu, tetapi tetap dipaparkan pada spidometer. Pasti ada sebab dan mungkin ada kaitan dengan psikologi manusia yang sukakan kelajuan.

Litar Nürburgring versi Formula Satu (F1).

Bercakap mengenai prestasi, ada satu litar di dunia yang menjadi penanda aras pengeluar kereta. Paling laju di sini bermakna anda ialah king. Litar yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan, Nürburgring Nordschleife di Jerman.

BACA >>> #TahukahAnda: Apa yang Hebat Sangat Pasal Litar Nürburgring?
BACA >>> ‘Pasukan Hidung Audi’ – Unit Khas untuk Hidu Bau Material Kereta

Audi RS3 Saloon ini dipandu Frank Stippler.

Rekod di Nürburgring sekian lama dihebahkan pengeluar, tetapi mula menjadi fenomena selepas Honda mencatatkan kelajuan terpantas untuk kereta pengeluaran pacuan roda depan (FWD) atau dua roda (2WD) menerusi Civic Type R dengan kelajuan 7 minit 43.8 saat pada 2017.

Rekod tersebut kemudian dipadamkan Renault Megane R.S Trophy-R dengan masa 7 minit 40.1 saat pada 2019.

Jika kedua-dua model itu mencatatkan masa terpantas untuk kereta pengeluaran 2WD, Audi RS3 Saloon pula kini ialah king untuk model kompak di Nürburgring.

Definisi kompak di sini boleh didebatkan, tetapi setiap negara dan pasaran ada definisi berbeza. Apa yang jelas, RS 3 Saloon dengan pemandu Frank Stippler mencatatkan masa 7 minit 40.748 saat.

Sebagai perbandingan, Mercedes-AMG A45 S 4Matic+ mencatatkan masa 7 minit 48.8 saat.

BACA >>> Renault Megane RS Trophy-R (2019) Pecah Rekod Type-R di Nürburgring, 7:40.1 minit!
BACA >>> Honda Civic Type-R Catat Rekod Baru FWD di Nürburgring

Seperkara menarik tentang catatan masa Audi RS3 ialah:

  • Audi hanya melaras tekanan tayar semi-slik Pirelli P Zero ‘Trofeo R’ mengikut kondisi litar.
  • Pemisah tork (torque splitter) membantu dan kali pertama diguna untuk model Audi.
  • RS 3 ialah model pertama Audi yang menggunakan teknologi torque splitter.
  • Tugas torque splitter adalah membahagikan daya tork roda belakang yang dikawal klac cakera ganda (multiple disc clutch) pada setiap syaf pacu (drive shaft).
  • Secara spesifik, ketika pemanduan berprestasi,sistem torque splitter akan meningkatkan pacuan tork pada roda sebelah luar. Ini bermakna apabila kereta membelok ke kanan, roda belakang sebelah kiri akan mempunyai tork lebih tinggi dan begitu sebaliknya jika membelok ke kiri.
  • Sistem torque splitter membolehkan RS 3 menerkam masuk selekoh lebih baik dan patuh pada sudut posisi stereng lebih tepat.

TAYAR SEMI SLIK PIRELLI P ZERO ‘TROFEO R’

Padanan kepada tetapan sistem torque splitter ialah tayar Pirelli P Zero ‘Trofeo R’ yang menjadi opsyen pembelian, dan dua lagi komponen, iaitu brek seramik 19 inci di depan, suspensi sport RS dengan kawalan damper adaptif (adaptive damper control).

Sistem itu beroperasi secara independen (setiap satu) yang berterusan melaraskan setiap absorber mengikut kondisi jalan, situasi pemanduan dan mod pandu yang dipilih menerusi Audi Drive Select. Mod RS Performance menawarkan dua tetapan untuk trek berbeza.

Tetapan pertama untuk keselesaan di trek tidak sekata dan ada bahagian yang condong ke bawah seperti Nürburgring dengan cabaran tersendiri. Tetapan kedua, sporty untuk trek seperti Hockenheimring di Jerman yang mempunyai perbezaan ketinggian (elevation).

BERAPAKAH KELAJUAN RS 3?

Kereta Jerman ini dijana enjin 5-silinder 2.5L TFSI berkuasa 400ps (398hp) dan tork 500Nm, manakala kelajuan maksimum 290 kmj yang juga tertinggi dalam segmennya.  Pecutan 0-100kmj juga tertinggi dalam segmen model itu, iaitu sepantas 3.8 saat!

HARGA?

Di Britain, RS 3 ditawarkan dalam dua gaya badan iaitu Sportback dan Saloon yang masing-masing berharga £50,900 (RM298,750) dan £51,900 (RM304,620).

Berminat? Audi sebenarnya ada peminat tersendiri dan ada saja model RS yang sentiasa dibawa masuk ke Malaysia menerusi pengimport bebas.

BACA >>> Audi RS Q3 Sportback – SUV 5-Silinder Berkuasa 400hp, 480Nm
BACA >>> Audi RS6 Avant – Definisi Sebenar Wagon Prestasi Tinggi (598hp, 800Nm)!

Audi Audi RS 3 Audi RS 3 Saloon Auto Terkini Frank Stippler Nürburgring Nordschleife Pemisah Tork Roda4 torque splitter
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    By Abang Hirata13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.