Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Astro Radio, Tealive dan Unifi Tawar Hadiah Kereta Honda Sempena Kempen Jualan ke-900k
Auto Terkini

Astro Radio, Tealive dan Unifi Tawar Hadiah Kereta Honda Sempena Kempen Jualan ke-900k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/08/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia mengumumkan kerjasama dengan tiga jenama utama: Astro Radio, Tealive dan Unifi bagi memeriahkan kempen ‘900,000th Unit Milestone Campaign’.

Kempen dengan slogan ‘Terima Kasih 900K’ itu dilancarkan bulan lalu yang menawarkan sembilan model Honda untuk dimenangi sempena meraikan pencapaian jualan 900,000 unit kenderaan Honda di Malaysia menjelang suku ketiga tahun ini. Astro Radio, Tealive dan Unifi akan menyerahkan tiga model Honda kepada pemenang peraduan anjuran masing-masing.

BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?

Bagi merebut hadiah anjuran Astro Radio, anda perlu memuat turun aplikasi mobil SYOK yang menawarkan siaran langsung radio, video, fail media digital aka Podcast eksklusif dan artikel.

Sementara itu, sempena meraikan pembukaan cawangan Tealive ke-300, anda hanya perlu mengambil gambar bersama minuman Tealive dan hantarkan pemohonan menerusi WhatsApp.

Akhir sekali, sempena pelancaran aplikasi mobil MyUnifi, pelanggan bertuah yang memuat turun aplikasi mobil dan mengemas kini profil mereka sepanjang tempoh kempen akan berpeluang membawa pulang  hadiah berupa sebuah kereta Honda.

Honda Malaysia buat masa ini baru saja mengumumkan pemenang pertama ‘900,000th Unit Milestone Campaign’, iaitu Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi yang membawa pulang model Civic 1.5L Turbo. Jangan lepaskan peluang memenangi lapan lagi kereta Honda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin dapat kereta Honda!

BACA >>> Honda Malaysia Tawar 9 Model Percuma Sempena Kempen Jualan ke 900k Unit


Semua rakyat Malaysia dijemput turut serta mendaftarkan butir peribadi menerusi kod QR atau kunjungi laman web rasmi Honda Malaysia. Ataupun kunjungi Pusat Jualan terdekat dan mengambil bahagian dalam aktiviti dianjurkan Honda Malaysia untuk mendapatkan tiket bagi menyertai cabutan bertuah.

Lebih banyak tiket dikumpul, lagi tinggi peluang memenangi hadiah kereta Honda ditawarkan. Bagi mendapatkan satu tiket penyertaan, anda perlu:

  • Cari dan ambil gambar lencana nama kereta Honda tersembunyi
  • Pandu uji model Honda di Pusat Jualan
  • Servis kenderaan anda di Pusat Jualan sah Honda
  • Tempah kereta Honda

BACA >>> Demi Pelanggan, Honda Malaysia Perkenal HR-V RS dengan Kemasan Kabin Serba Hitam

9000th Unit Milestone Honda Auto Terkini Honda Honda Malaysia Kempen Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi Terima Kasih 900K
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026

    1 Comment

    1. Sandave on 24/09/2019 20:41

      Nak tahu bila pemenang unifi akan diumumkan ? Macam confident boleh menang :p

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.