• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Astro Radio, Tealive dan Unifi Tawar Hadiah Kereta Honda Sempena Kempen Jualan ke-900k

Astro Radio, Tealive dan Unifi Tawar Hadiah Kereta Honda Sempena Kempen Jualan ke-900k

August 21, 2019 By AI 1 Comment

FacebookTwitter


HONDA Malaysia mengumumkan kerjasama dengan tiga jenama utama: Astro Radio, Tealive dan Unifi bagi memeriahkan kempen '900,000th Unit Milestone Campaign'.

Kempen dengan slogan 'Terima Kasih 900K' itu dilancarkan bulan lalu yang menawarkan sembilan model Honda untuk dimenangi sempena meraikan pencapaian jualan 900,000 unit kenderaan Honda di Malaysia menjelang suku ketiga tahun ini. Astro Radio, Tealive dan Unifi akan menyerahkan tiga model Honda kepada pemenang peraduan anjuran masing-masing.

BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?

astro radio
unifi
tealive-png

Bagi merebut hadiah anjuran Astro Radio, anda perlu memuat turun aplikasi mobil SYOK yang menawarkan siaran langsung radio, video, fail media digital aka Podcast eksklusif dan artikel.

Sementara itu, sempena meraikan pembukaan cawangan Tealive ke-300, anda hanya perlu mengambil gambar bersama minuman Tealive dan hantarkan pemohonan menerusi WhatsApp.

Akhir sekali, sempena pelancaran aplikasi mobil MyUnifi, pelanggan bertuah yang memuat turun aplikasi mobil dan mengemas kini profil mereka sepanjang tempoh kempen akan berpeluang membawa pulang  hadiah berupa sebuah kereta Honda.

Honda Malaysia buat masa ini baru saja mengumumkan pemenang pertama '900,000th Unit Milestone Campaign', iaitu Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi yang membawa pulang model Civic 1.5L Turbo. Jangan lepaskan peluang memenangi lapan lagi kereta Honda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin dapat kereta Honda!

BACA >>> Honda Malaysia Tawar 9 Model Percuma Sempena Kempen Jualan ke 900k Unit


Semua rakyat Malaysia dijemput turut serta mendaftarkan butir peribadi menerusi kod QR atau kunjungi laman web rasmi Honda Malaysia. Ataupun kunjungi Pusat Jualan terdekat dan mengambil bahagian dalam aktiviti dianjurkan Honda Malaysia untuk mendapatkan tiket bagi menyertai cabutan bertuah.

Lebih banyak tiket dikumpul, lagi tinggi peluang memenangi hadiah kereta Honda ditawarkan. Bagi mendapatkan satu tiket penyertaan, anda perlu:

  • Cari dan ambil gambar lencana nama kereta Honda tersembunyi
  • Pandu uji model Honda di Pusat Jualan
  • Servis kenderaan anda di Pusat Jualan sah Honda
  • Tempah kereta Honda

BACA >>> Demi Pelanggan, Honda Malaysia Perkenal HR-V RS dengan Kemasan Kabin Serba Hitam

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 9000th Unit Milestone Honda, auto terkini, Honda, Honda Malaysia, Kempen, Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi, Terima Kasih 900K

Comments

  1. Sandave says

    September 24, 2019 at 8:41 PM

    Nak tahu bila pemenang unifi akan diumumkan ? Macam confident boleh menang :p

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu
  • Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
    Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my