MELIHAT Ariel Atom di jalan raya adalah satu perkara mengujakan kerana bentuk badan terbuka tanpa bumbung. Atom ibarat kereta lumba formula yang halal di atas jalan raya.
Selain Atom, Ariel mempunyai sebuah lagi kereta dan lebih radikal iaitu bugi Nomad yang diperkenal pada 2015.
Kini tiba masa untuk model pengganti dan nama yang beri juga mudah iaitu Nomad 2.
Sebelum angka menjadi trend kereta hari ini, Atom (dan beberapa lagi pengeluar) telah menggunakan nombor turutan sejak 2003 dan bersambung pada Atom 4 yang diperkenal pada 2018.
Walaupun kekal berangka, Nomad 2 direka baharu sepenuhnya dan hanya menggunakan tiga perkakasan dari generasi pertama.
Casis, suspensi, stereng, elektronik dan pelbagai lagi dibuat baharu dan menariknya mempunyai tiga tahap pemetaan enjin mengikut keperluan dan keupayaan pemandu.
Lagi ciri menarik seperti kawalan mula pandu dan kawalan cengkaman boleh laras (pemandu) dan sistem Pembrekan Anti Kunci (ABS) yang juga boleh laras. Kesemua larasan boleh dibuat semasa kereta bergerak.
Bukan seperti kereta pengeluaran besar-besaran tidak bermakna pengujian dibuat secara mudah. Nomad 2 diuji di litar lumba, rali, panas terik, hujan monsun, berselut dan bersalji.
Nomad 2 telah melalui protokol ujian Ariel paling lasak setakat ini. Berbeza dengan Atom 4 yang menggunakan enjin 2.0 liter VTEC Turbo (K20C1) Type R, Nomad 2 dibekalkan enjin Ford 2.3 liter turbo, sama seperti Focus ST.
Ciri-ciri Ariel Nomad 2:
Rangkaian kuasa
- Ford 2.3 liter turbo (Focus ST).
- ECU boleh ganti dengan tiga tahap kuasa.
- 260 bhp/385Nm, 302 bhp/451Nm, 305 bhp/518Nm.
- Kotak gear enam kelajuan dengan diferensial gelinciran terhad (LSD).
- Pilihan kotak gear turutan enam kelajuan Quaife dengan pedal (disesuaikan dari Atom 4 dan Atom 4R).
- Brek hidraulik tangan.
- Radiator lebih besar (dua setengah kali ganda berbanding Nomad).
Prestasi
- 0 - 97 kmj: 3.4 saat
- Kelajuan tertinggi: 216 kmj.
Casis
- Jenis berongga (tubular).
- Ketegaran torsi ditingkatkan lebih daripada 60 peratus berbanding Nomad).
- Melebihi piawaian pelanggaran depan 50 kmj, tegangan tali pinggang keledar dan ujian impak belakang.
- Bukaan masuk dan keluar lebih besar dan jarak roda lebih panjang.
Badan
- Muncung depan, madgad, panel kemasukan dan dalaman dari polietelina yang dikeraskan.
- Perkakasan lain seperti penutup muatan dari komposit dengan pilihan gentian karbon.
- Pilihan penutup bumbung.
- Sayap pada palang atas mengalirkan udara kepada saluran kemasukan.
- Panel palang atas turut berfungsi untuk peletakan lampu LED dan pelindung matahari.
- Sistem rak belakang untuk membawa muatan seperti kotak bagasi, dua basikal, tayar ganti dan sebagainya.
- Pilihan Winc depan Warn Axon.
Ukuran, sudut pelepasan, berat
- 3,400 (p) x 1,860 (l) x 1,475 (t) mm.
- Trek depan dan belakang: 1,635 mm (+50 mm).
- Jarak roda: 2,396 mm (+48 mm).
- Pelepasan depan 48 darjah, tengah 25 darjah, belakang 64 darjah.
- 715 kg.
Dalaman
- Direka untuk boleh basuh dengan lubang pada lantai.
- Skrin TFT berwarna penuh dari AIM Technologies.
- Penunjuk tukaran gear.
- Kamera dan paparan undur.
- Menggunakan Sistem Pengurusan Kuasa (PDM) - tidak memerlukan pelbagai fius, kotak fius dan geganti (relay).
- PDM sentiasa mengawasi sistem elektrikal kereta dan mematikan atau menghidupkan semula litar individu jika perlu.
Suspensi
- Double wishbone berkembar tak sama panjang (depan dan belakang).
- Geomteri anti kembang (squad) dan anti junam (dive).
- Damper aluminium K-Tech dibuat khas untuk Nomad 2.
- Pegas gegelung Eibach.
- Pilihan penyerap hentak dan pegas Ohlins TTX dan Bilstein dua tahap.
Pembrekan
- Silinder induk berkembar.
- Cakera depan dan belakang 288 mm.
- Larasan bias brek depan atau belakang dari dalam kereta.
- Pilihan kaliper AP Racing 4 piston dan cakera 290 mm dari Atom 4.
- Kotak pedal perlumbaan aluminium Tilton.
- Pilihan sistem ABS boleh laras.
Roda dan tayar
- Rim aloi 8J x 16 depan dan belakang.
- Tayar Yokohama Geolandar A/T 235/70.
- Pilihan rim 16 inci Beadlock dan 18 inci tempa ringan.
Sama seperti Ariel lain, setiap Nomad 2 akan dipasang oleh seorang juruteknik yang bertanggungjawab dari awal sehingga ke akhir termasuk meletakkan nama mereka sendiri.
Ariel menawarkan lebih 100 pilihan untuk pelanggan yang mahukan sebuah kereta unik atau tidak sama dengan pemilik lain.
Harga bermula daripada GBP£67,992 (RM410,332) dan Nomad 2 dikeluarkan di Somerset, England.
Leave a Reply