Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aprilia RSV4 RF Limited Edition – Superbike Pertama Ada Winglet, Cuma 125 Unit
Roda2

Aprilia RSV4 RF Limited Edition – Superbike Pertama Ada Winglet, Cuma 125 Unit

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK dapat dinafikan, Aprilia RSV4 RF Limited Edition mampu membuatkan ramai peminat dua roda jatuh cinta. Kemampuan jentera ini cukup mengujakan dengan enjin condong 65° V4 bersesaran 999.6cc yang mampu menghamburkan kuasa 201hp dan tork 114.9Nm.

Bukan saja kerana angka prestasi tinggi semata-mata, nadi jentera V4 menjanjikan lonjakan kuasa di mana-mana. Selain itu, suspensi Ohlins yang dipadankan dengan rekabentuk runcing membuatkan sesiapa saja penunggang amatur nampak seakan pelumba profesional atas trek.

Aprilia berhasrat mengangkat fiil lumba kepada tahap lebih tinggi menerusi model pengeluaran baharu ini – RSV4 RF Limited Edition. Motosikal ini memang terhad dalam erti kata sebenar kerana cuma 125 unit dihasilkan dan eksklusif untuk pasaran Amerika Utara sahaja.

LANCAR SEMASA GP AMERIKA

Aprilia melancarkan RSV4 RF Limited Edition ini dalam pusingan ketiga MotoGP 2018 di GP Amerika, minggu lalu. Turut memperkenalkan jentera ini ialah pelumba Aleix Espargaro dan Scott Redding daripada pasukan factory Aprilia Racing Team Gresini.

Pengeluar dari Noale itu menampilkan sesuatu yang ringkas tetapi berkesan kepada peminat tegar Aprilia. Dengan mengambil konsep RSV4 RF, model baharu edisi terhad itu mengambil ilham warna tema jentera prototaip MotoGP RS-GP selain menambah sedikit winglet, berupa sayap kecil di tepi fairing sisi.

Model baharu itu ialah superbike perngeluaran pertama yang menawarkan ciri winglet, dan tambahan fairing yang memberi kestabilan motosikal ketika memecut lebih 280kmj dalam trek lurus seperti Circuit of The Americas (COTA).

JENTERA IKONIK ITALI

Menurut kenyataan rasmi Aprilia AS melalui siaran media:

Sejarah Aprilia RSV4 jelas menunjukkan betapa jentera itu ialah superbike paling berupaya dan berjaya bagi model tunggal dalam kategori factory. Dari 2009 hingga kini, jentera ikonik V4 buatan Itali itu sudah menggondol 7 kejuaraan dunia dalam Kejuaraan Superbike Dunia Championship (WSBK) dan perlumbaan FIM CUP Superstock 1000 bagi musim 2015 dalam kategori Individu dan Pengeluar.

BACA >>> Aprilia Tuono V4 1100 Factory Kini di Malaysia – RM104,251!

Karier luar biasa dalam perlumbaan itu diraih daripada kekuatan teknikal yang dibuktikan secara konsisten melalui pelbagai kemenangan dalam ujian perbandingan anjuran badan motosikal antarabangsa berkelayakan secara berkala.

Kebetulan dengan GP Amerika, Aprilia meraikan kejayaan luar biasa jenama itu dalam dunia trek dengan mempersembahkan versi istimewa RSV4 RF dalam edisi bernombor, yang dikhaskan buat pasaran Amerika Utara sahaja.

CIRI WINGLET BERI PENAMPILAN TERSENDIRI

Dikuasai enjin V4 65° 1000cc berkuasa 201hp, Aprilia RSV4 RF edisi terhad ini dipadankan grafik baharu yang mengambil ilham warna bendera Itali dan seragam Aprilia AF1 250 yang ditunggang Loris Reggiani pada 1987 ketika Aprilia memenangi kejuaraan dunia yang ke-294 dalam perlumbaan GP.

Grafik ditampilkan itu kini sudah menjadi ikon dalam sejarah permotoran Aprilia, dengan huruf ‘A’ besar pada fairing sisi, yang digunakan untuk membezakan antara model lumba sebenar dan replika lumba. Malah, kini digunakan sebagai ‘trademark’ dalam pembuatan model Aprilia.

BACA >>> #AutoExpo2018: Debut Aprilia RS150 dan Tuono 150 Buat Hati Berdebar

Projek unik ini terhasil dalam usaha menghasilkan teknologi Divisyen Perlumbaan di Noale yang kemudian akan digunakan sesiapa sahaja yang mahu berlumba di peringkat tinggi dalam kejuaraan factory atau kepada mereka yang mahukan RSV4 dengan prestasi optimum untuk kegunaan trek.

Turut membezakan RSV4 RF Limited Edition ialah pengenalan ciri winglet, iaitu spoiler aerodinamik daripada gentian karbon. Teknologi ini asalnya dibangunkan khas Aprilia Racing untuk prototaip RS-GP yang berentap dalam MotoGP. Kini, buat kali pertama, ciri winglet itu turut dipasang pada Aprilia RSV4 RF Limited Edition

Indikasi terakhir model eksklusif ini ialah logo ‘Limited Edition’ dan nombor unit cetakan laser pada plat hendal. Jentera ini akan dipasarkan di Amerika Syarikat (AS), penghujung Mei nanti pada harga AS$24,499 (RM96,058) di AS dan AS$25,495 (RM99,963) di Kanada.

Sebarnag maklumat lanjut boleh layari Aprilia USA.

SUMBER: UltimateMotorcycling

Aleix Espargaro Aprilia Aprilia RSV4 RF Limited Edition Circuit of The Americas (COTA) Grand Prix Itali Loris Reggiani MotoGP RS-GP roda2 Scott Redding sportbike superbike winglet
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Roda2

    HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026

    30/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Roda2

    Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

    27/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.