Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»#ApaNakBuat: Tip Pilih Helmet yang Padan Ikut Saiz Kepala
Aksesori

#ApaNakBuat: Tip Pilih Helmet yang Padan Ikut Saiz Kepala

Azizi HBy Azizi H07/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI penunggang tidak tahu cara memilih helmet yang betul dan ramai juga tidak tahu setiap orang mempunyai jenis dan bentuk kepala berbeza. Disebabkan saiz spesifik, helmet ialah barangan peribadi milik si penunggang yang tidak boleh dipinjam pakai sesuka hati.

Pemilihan saiz helmet yang tidak tepat bukan saja menyebabkan penunggang rasa tidak selesa, tetapi juga berbahaya walaupun sudah diikat ketat. Helmet itu boleh jadi sangat longgar atau ketat, sekali gus gagal memberikan perlindungan efisien seandainya berlaku kemalangan.

Berikut kami kongsikan berberapa tip memilih helmet yang tepat mengikut saiz kepala, dan cara memakainya.

1. SAIZ HELMET VS UKURAN KEPALA

Kita boleh ukur sendiri saiz kepala menggunakan pita ukur yang diletakkan kira-kira 1.5sm atas kening. Bagi mendapatkan ukuran tepat, ukurlah beberapa kali dan ambillah saiz terbesar sebagai rujukan untuk memilih saiz helmet. Rujuk jadual di atas sebagai padanan saiz helmet dengan ukuran lilitan kepala.

2. TIP PILIH HELMET

Berikut beberapa tip ringkas mengenai cara memilih helmet:

  • Pemilihan hendaklah dibuat berasaskan ukur lilit kepala sendiri kerana setiap helmet mempunyai saiz standard berbeza.
  • Helmet juga berbeza bentuk. Ada yang perlu dipakai dari arah depan dan ada dari arah belakang dulu. Jadi, jangan terlalu kerap bertukar jenama lain yang belum biasa digunakan kerana anda mungkin rasa tidak selesa.
Nota
  • Walaupun kali pertama beli helmet, jangan pilih saiz besar semata-mata kononnya lebih mudah dipakai. Ingat, kepala kita tidak membesar atau mengembang macam kaki!
  • Helmet yang dipakai tidak mengikut saiz tepat boleh menyebabkan kita cepat kepenatan, stres dengan bunyi bising yang menyelinap masuk dalam helmet, kurang selesa kerana longgar dan bergoyang-goyang ditiup angin ketika menunggang, atau sakit telinga dan kepala kerana terlalu ketat.

3. TIP PAKAI HELMET

Apabila mencuba helmet, ada beberapa langkah perlu dilakukan sebelum buat keputusan membeli. Cuba baca satu-persatu:

  1. Pakai helmet dengan cara betul.
  2. Pastikan dua jari boleh diselitkan antara tali strap dan dagu.
  3. Periksa kesesuaian sisi dan belakang kepala. Jika ada ruang di bahagian atas, helmet itu terlalu kecil. Helmet patut menutup atau muat masuk seluruh kepala, dan pastikan tiada titik tekanan yang boleh menyebabkan kepala sakit.
  4. Pakai beberapa minit untuk menguji keselesaan.
  5. Cuba gerakkan helmet ke kiri dan kanan. Jika pakai helmet muka penuh (full face), pipi sepatutnya akan ikut pergerakan helmet dan menyentuh pad pipi dengan kuat dan selesa. Jika ukuran salah, helmet akan longgar atau mudah tergelincir.
  6. Cuba miringkan helmet ke depan dan belakang. Sekali lagi pastikan helmet tidak bergerak atau tergelincir, dan tidak terkeluar dari kepala.
  7. Condongkan kepala ke depan. Jika helmet tercabut keluar, itu bukan saiz sesuai buat anda.

SUMBER: KedaiHelmetOnline | VideoBiker

aksesori apa nak buat autotainment helmet Saiz Helmet tip Tip Beli Helmet tip pilih helmet Ukur Kepala Sebelum Beli Helmet
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    08/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.