Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Periksa 6 Bahagian Kereta Ini 3 Bulan Sekali
Autotainment

#ApaNakBuat: Periksa 6 Bahagian Kereta Ini 3 Bulan Sekali

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/05/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENYELENGGARAAN adalah tugas penting sebaik saja anda memegang kunci kereta. Disiplin menjaga servis secara berjadual mampu membantu memanjangkan hayat selain menjamin prestasi kereta anda untuk sentiasa berkhidmat dengan baik.

Tugas menyelenggara kenderaan boleh saja diserahkan kepada mekanik di bengkel atau pusat servis bertauliah, dan boleh juga dilakukan sendiri. Misalnya, hal penyelenggaraan asas di bawah ini yang tidak memerlukan kepakaran khas. Anda boleh buat sendiri di rumah seperti mencuci kereta, memeriksa bateri, minyak enjin dan lain-lain.

Di bawah ini enam bahagian asas yang perlu anda periksa sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali.

1. MINYAK HITAM DAN PENAPIS MINYAK

minyak-enjin-hitam-pandulajudotcomdotmy

Minyak enjin adalah salah satu bahagian penting yang bertanggungjawab memastikan kenderaan dapat berfungsi sempurna. Minyak enjin perlu diganti setiap tiga bulan sekali dan perlu memilih minyak hitam yang sesuai dengan enjin. Namun, kualiti minyak enjin yang ada pada kereta moden hari ini membolehkan ia bertahan lebih lama sebelum ditukar. Ada yang sampai enam bulan sekali. Apapun, ikutlah apa yang disarankan pengeluar kereta anda.

Menukar minyak enjin patut disekalikan bersama penapis minyak. Jika penapis tersumbat, itu bermakna komponen itu sudah kotor dan saluran minyak tidak lancar.

2. PERIKSA AIR WIPER

Tangki Air Wiper

Hati-hati mencari cecair cuci cermin kerana sesetengahnya mengandungi bahan kimia metanol yang berbahaya. Ada alternatif lain yang boleh dilakukan, iaitu menggunakan cecair cuci pinggan. Ini kerana bahan kimia dalam cecair cuci pinggan adalah lebih lembut dan selamat.

Jangan lupa campurkan bersama air supaya buih tidak terlalu banyak. Gunakan nisbah 80:20 untuk air dan cecair.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Guna Sabun Cuci Pinggan untuk Air Wiper?

3. MINYAK STERENG (POWER STEERING FLUID)

Bukan saja stereng kuasa hidraulik (power steering), stereng kuasa elektrik (EPS) juga memerlukan bendalir khas (biasa dipanggil minyak power steering). Jika stereng terasa berat ketika memandu, ada kemungkinan berlaku kebocoran. Kekurangan bendalir boleh menyebabkan stereng rasa berdengung dan bergetar. Jika berlaku masalah ini, segera buat pemeriksaan.

4. MINYAK GEAR

Minyak gear atau transmisi berfungsi sebagai sistem hidraulik. Menukar minyak gear boleh buat secara manual. Namun, jika mahu lebih mudah, bawa saja ke bengkel.

Jika berlaku kebocoran, minyak gear akan berada pada takah di bawah tulisan ‘add’ atau ‘cold’. Jika jumpa masalah seperti itu, cepat bawa kereta anda ke bengkel. Jangan lupa buat pemeriksaan minyak gear setiap tiga bulan sekali.

BACA >>> Benarkah Silap Guna Pedal Syif Punca Kotak Gear Kereta Rosak?

5. KABEL TERMINAL DAN BATERI

Bateri juga antara komponen yang ada cecair, atau bendalir. Jika menggunakan bateri jenis sel basah, anda perlu kerap memeriksa paras air bateri. Jika cepat kurang atau kering, itu mungkin berlaku kerosakan pada sel bateri.

Cara membersihkan luaran bateri adalah gunakan air dan sabun, atau penyembur khas seperti WD40. Ada juga tip lebih jimat, iaitu sental guna Coca-Cola, tapi pastikan dibilas dengan betul. Jangan lupa tanggalkan semua kabel dari terminal bateri.

Selepas bateri dan terminal dibersihkan, pasangkan semula kabel dan pastikan tidak longgar. Kemudian sapukan gris pada terminal untuk mengelak karbon atau serdak putih berkumpul.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Coca-Cola dan Kereta Bersahabat Baik?

6. SEMUA LAMPU KERETA

Tempoh tiga bulan sekali mungkin terlalu lama. Sepatutnya lampu kereta perlu diperiksa secara rutin melibatkan lampu depan, lampu belakang dan lampu signal, termasuk lampu lain seperti lampu kabus dan lampu undur. Kegagalan lampu berfungsi baik mampu mengundang bahaya ke atas diri sendiri, dan juga pengguna jalan raya lain.

Jadi, periksalah lampu kereta anda, terutama jika perlu memandu malam.

Mendisiplin diri memeriksa enam bahagian asas kereta di atas mampu mengelak risiko perlu kerap berkunjung ke bengkel dan terpaksa meleburkan sejumlah wang belanja yang besar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?

SUMBER:ย Carmudi

apa nak buat apanakbuat autoterkini Bateri Basah kotak gear Lampu Sistem Stereng
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan โ€“ Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026

    1 Comment

    1. Josh on 13/05/2020 11:14

      Give truck price second hand and brand-new

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.