Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Mahu Servis Kereta di Bengkel Luar atau Pusat Servis?
Autotainment

#ApaNakBuat: Mahu Servis Kereta di Bengkel Luar atau Pusat Servis?

Han OthmanBy Han Othman27/11/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pemilik lebih gemar memilih untuk servis kereta di bengkel luar, terutama selepas tamat tempoh waranti, kononnya harga lebih murah.

Namun, tahukah anda keburukan memilih servis di bengkel bukan rasmi atau tidak diiktiraf?

KEBURUKAN SERVIS BUKAN DI PUSAT SERVIS SAH

  • Kualiti alat ganti tidak dijamin tulen: Kalau sudah tidak original, alat ganti digunakan itu sudah tentu bergred rendah kerana tidak diuji sebaik produk asli.
  • Alat ganti tidak berkualiti: Maknanya, jangka hayat dan ketahanan alat ganti dari bengkel luar tidak sebaik produk asli yang lebih lasak dan tahan lama.
  • Mekanik bengkel luar tidak terlatih dengan semua model kereta: Mungkin mekanik itu cuma biasa dengan sesetengah model saja, dan bukan setiap model dikeluarkan sesebuah jenama. Silap diagnosis, atau silap pasang, memang haru-biru jadinya!
  • Tiada waranti alat ganti dan servis: Bengkel luar biasanya berikan waranti jika alat ganti dibeli dari bengkelnya saja. Tetapi, jika beli sendiri dari kedai alat ganti luar, dan dipasang pula di bengkel luar, waranti tanggung sendiri. Katakanlah rosak sebelum sampai tempoh, anda kena bawa alat ganti tersebut ke kedai alat ganti sama. Masalahnya, alat ganti itu perlu dibuka di bengkel dan dibawa pula ke kedai alat ganti tersebut. Lecehnyaaa…
  • Harga tidak standard: Kalau pergi servis bengkel A harga lain. Cuba pula bengkel B, harga lain pula. Belum lagi pergi bengkel C. Semuanya tak ada harga standard!
  • Bengkel tak mantap: Tak semua bengkel luar menawarkan fasiliti yang lengkap dari segi kelengkapan servis dan baik pulih, serta keselesaan pelanggan. Ada bengkel tip top dengan segala macam kelengkapan servis, tapi ruang pelanggan pula, alahaiii… Terpaksa lepak mamak nak tunggu kereta siap. 😤

SIAPA CAKAP PUSAT SERVIS MAHAL SANGAT?

Dalam usaha menjamin kepuasan pelanggan, UMW Toyota (UMWT) memberi jaminan semua Pusat Servis Toyota mampu memenuhi kehendak, keperluan servis dan bajet pemilik Toyota semalaysia.

Siapa cakap Pusat Servis Toyota mahal sangat? Apa spesial servis di sini?

KELEBIHAN SERVIS DI PUSAT SERVIS TOYOTA

  • Ada di seluruh negara: Ya, Pusat Servis Toyota memang ada di seluruh negara tidak kira Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak.
  • Mekanik pro: Sudah namanya pusat servis sah, sudah tentu semua mekanik di sini cukup terlatih dengan model-model keluaran Toyota. Setiap servis dan baik pulih dibuat dengan penuh profesional, bukan main agak-agak atau cuba-cuba saja.
  • Ada waranti alat ganti: Semua alat ganti di Pusat Servis Toyota ada waranti Toyota Genuine Parts. Sudah tentu asli dan tulen serta tanpa was-was.
  • Naikkan nilai jual semula (resale value): Kalau ada rekod servis di pusat servis sah, sudah tentu nilai jual semula kereta lebih baik daripada pemilik yang hantar ke bengkel luar. Malah banyak bengkel luar tidak menyediakan buku servis, dan manual sebagai panduan kepada pemilik mengenai rekod kerosakan, alat ganti ditukar dan seumpamanya.
  • Harga kompetitif: Harga mungkin mahal sedikit tapi masih kompetetif, dan bukanlah tahap melampau. Itupun jika pemilik benar-benar buat tinjauan menyeluruh bengkel ke bengkel.
  • Pemeriksaan menyeluruh: Bengkel luar cuma periksa atau buat apa disuruh. Tapi di Pusat Servis Toyota, setiap kali servis, kereta anda wajib menjalani pemeriksaan dan penilaian menyeluruh.
  • Boleh servis kereta import: Kalau beli kereta Toyota daripada pengedar import, anda masih boleh servis di Pusat Servis Toyota di Malaysia.
  • Pusat servis selesa, dan mudah: Sudah namanya pusat servis, kalau tak selesa baik hantar servis luarkan? 🤗😆 Lagi satu, Pusat Servis Toyota ada tawaran menarik yang jarang ada di pusat servis lain seperti:
    • Perkhidmatan ambil kereta untuk servis, dan hantar semula ke rumah selepas siap. Wow!
    • Boleh tinggalkan kereta awal pagi sebelum pusat servis dibuka, atau malam sebelum kereta diservis keesokan hari.
    • Boleh bayar ansuran! Ya, bukan beli kereta saja bayar ansuran, servis kereta pun boleh bayar bulan-bulan! 😱😱😱
apa nak buat autotainment Pusat Servis Toyota UMW Toyota Motor (UMWT) UMWT
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

05/04/2026

1 Comment

  1. pye on 19/03/2024 16:25

    hello nak tnya mcmna jika kereta jenis toyota avanza tahun 2004,booeh tak hantar kat pusat servis toyota untuk di nilai keseluruhan kereta?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.