Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: Bilakah Paling Selamat Hendak Memotong Kenderaan Lain?
Auto Terkini

#ApaNakBuat: Bilakah Paling Selamat Hendak Memotong Kenderaan Lain?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAP kita terdengar atau membaca berita mengenai nahas jalan raya membabitkan kenderaan bertembung secara berdepab dari arah bertentangan. Insiden ngeri seperti itu kerap berlaku di jalan raya jenis dua lorong sama ada dalam atau luar bandar.

Kemalangan tersebut boleh dielakkan jika setiap pemandu dan penunggang dapat berfikir rasional ketika hendak memotong kenderaan depan tanpa merisikonya diri bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

Tidak perlu gopoh dan ingatkan pepatah yang selalu dinasihatkan, biar lambat asal selamat!Berikut panduan yang anda boleh ikut:

BACA >>> #ApaNakBuat: Kena Langgar Belakang di Lorong Kecemasan, Adakah Boleh Tuntut Ganti Rugi, Saman?

1. PASTIKAN DAPAT LIHAT JELAS DI DEPAN?

Ada dua situasi yang menghalang kita memandang jalan raya di depan dengan jelas ketika memandu, iaitu:

  • Kawasan Zon Buta

Senario kawasan zon buta terletak di lokasi jalan raya yang menghalang kita melihat kenderaan datang dari arah depan. Misalnya di jalan berselekoh dengan pokok atau cerun bukit di kiri dan kanan laluan, jambatan bengkok atau jalan berbukit yang perlu banyak mendaki dan turun.

Jika pandangan depan terbatas atau terhalang, anda perlu terus memandu di lorong sendiri dan jangan cuba memotong kenderaan depan.

  • Faktor Cuaca

Faktor cuaca boleh menyebabkan berlaku kemalangan dari arah bertentangan jika kita berdegil hendak memotong kenderaan depan sedangkan pandangan terbatas. Ingat, jangan sesekali memberanikan diri memotong kenderaan lain dalam cuaca buruk seperti berkabus atau ketika matahari memancar di depan yang menjejaskan penglihatan anda.

Jika ada kenderaan berat memandu perlahan di depan, bersabarlah dan tunggu hingga keadaan benar-benar selamat untuk memotong. Lakukan di laluan yang dibenarkan memotong, yang biasanya ditandakan dengan garis putih putus-putus di tengah jalan.

Jangan memotong ketika mendaki atau menuruni bukit, di selekoh atau kawasan dengan garis jalan kembar (double-line).

JANGAN POTONG KENDERAAN LAIN JIKA ADA…

  • Papan tanda dilarang memotong.
  • Laluan khas untuk bas, teksi dan basikal ketika waktu operasi dibenarkan.
  • Garisan kembar atau garis putih lurus di sebelah.
  • Laluan kontra atau jalan susur keluar sementara bagi mengurangkan kesesakan trafik.
  • Kenderaan lain sedang memotong sama ada dari belakang atau bertentangan.
  • Kenderaan lebar di depan menggunakan ruang jalan hingga laluan jadi sempit untuk memotong.
  • Lorong kecil dengan aliran trafik tinggi.

  • Sekolah, lintasan pejalan kaki, masjid dan rumah ibadat,  atau aliran trafik tinggi di persimpangan.
  • Kawasan projek pembinaan atau kerja baik pulih jalan sedang dilakukan.
  • Pengayuh basikal memasuki kawasan bulatan.
  • Kenderaan polis menyalakan lampu atau mengiringi golongan kenamaan.
  • Dua lorong jadi satu, terutama di laluan memotong dan perlahan yang bercantum semula.
  • Laluan khas untuk kuda (seperti di Setiu, Terengganu).
  • Laluan kiri jalan atau angin lintang.

BACA >>> MIROS: Motosikal Memang Tak Boleh Guna Lorong Kecemasan, Tapi….

JADILAH PEMANDU BIJAK

Jangan lupa berikan isyarat kepada pengguna lain apabila hendak memotong. Pada masa sama, berilah laluan kepada mereka yang hendak memotong kita.

Kata kunci di sini adalah bersabar dan bertolak ansur. Berikut beberapa praktis yang boleh dilakukan setiap kali hendak memotong supaya segalanya berjalan lancar.

Jika Memandu Siang
  • Apabila memandu dan mahu memaklumkan pengguna lain anda mahu memotong kenderaan depan, kelipkan lampu suluh tinggi (high-beam) 1-2 kali.
  • Senyum dan angkatlah tangan sebagai tanda terima kasih, tetapi lakukannya ketika masuk semula lorong memandu.
  • Jika memandu perlahan, sila bergerak ke kiri jalan dan kekalkan pemanduan. Jika berada di jalan satu lorong dan ada kenderaan hendak memotong, berilah laluan dengan mengekalkan halaju sedia ada. Jangan pula sengaja melajukan kenderaan sebab tidak mahu dipotong.
  • Jangan memandu agresif dengan sengaja mengekori rapat (cucuk) belakang kenderaan depan. Tindakan itu boleh mencetuskan marah pemandu depan.
  • Jangan tunjuk sebarang isyarat lucah atau memaki hamun jika tidak diberikan laluan memotong serta-merta.
Jika Memandu Malam
  • Jangan kekal dalam lorong memotong terlalu lama. Masuk semula ke lorong memandu biasa.
  • Jangan pasangan lampu suluh tinggi dalam jangka masa lama hanya kerana mahu melihat lebih jelas. Anda sebenarnya bukan saja menyebabkan silau terhadap kenderaan depan, tetapi juga kenderaan dari arah bertentangan. Jangan pentingkan diri!

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenali 10 Jenis, Fungsi Lampu untuk Kereta
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
BACA >>> #TahukahAnda: 11 Aksesori Wajib Ada dalam Kereta yang Mesti Anda Beli

SUMBER: MockTheoryTest

cara elak kemalangan arah depan Teknik memintas kenderaan tips memotong kenderaan lain
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.