Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenali 10 Jenis, Fungsi Lampu untuk Kereta
Autotainment

#TahukahAnda: Kenali 10 Jenis, Fungsi Lampu untuk Kereta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEKARANG ini fungsi lampu kereta bukan sekadar penerang tetapi berkembang menjadi aksesori untuk mencantikkan penampilan kereta. Ada banyak jenis lampu kereta yang boleh dijadikan pilihan.

Seiring perkembangan zaman, di pasaran ada banyak jenis lampu untuk kereta dan fungsinya juga pelbagai. Jadi apakah jenis dan fungsi lampu kereta sebenarnya?. Perkembangan teknologi semakin cepat. Jika dahulu memiliki kereta hanya keperluan pengangkutan tetapi kini fungsi kereta sudah berubah.

Ada yang membeli kereta menjadikan sebahagian daripada koleksi dan perkara ini melibatkan cara penyelenggaraan dan penggunaan kereta tersebut. Manakala mereka yang membeli untuk kegunaan pergerakan maka kelengkapan  komponen kereta tentunya sebatas pada keperluan sebagai alat pengangkutan.

Tetapi lain halnya bila fungsi kereta adalah sebagai koleksi, maka komponen yang ditambahkan lebih pada nilai artistik atau keindahan selain fungsi utama. Demikian juga terdapat pada komponen lampu kereta. Lampu merupakan bahagian komponen yang penting.

Selain memberi pencahayaan,  aksesori untuk mencantikkan kereta  juga mempunyai berbagai fungsi, baik bagi pemandu atau orang lain. Ini varian lampu kereta yang biasa dipakai atau dipasang. Jenis lampu kereta ini dibezakan berdasarkan bahan dan juga tingkat intensiti cahayanya.

1. HALOGEN


Jenis lampu halogen ini merupakan model lampu paling banyak digunakan. Biasanya lampu halogen ini dipasang pada lampu utama. Kekuatan yang dihasilkan lampu halogen ini antara 35-55 watt.

Lampu halogen memiliki cara kerja dengan mengoperasikan filamen pada suhu tinggi. Kerana  lampu halogen ini menggunakan filamen seperti lampu pijar pada umumnya, dalam pengoperasian filamen ini dapat menghasilkan cahaya atau pijar yang lebih terang.

2. HID (High Intensity Discharge)

Berbeza dengan lampu halogen, lampu HID dibuat tanpa menggunakan filamen. Cahaya yang dihasilkan dari pengapian gas Xenon yang berada dalam tabung. Meskipun tanpa filamen, cahaya yang dihasilkan lebih terang dibandingkan dengan lampu halogen serta lebih tahan lama meskipun tanpa daya yang tinggi.

Tetapi sayangnya, penggantian lampu jenis ini memerlukan arus elektrik yang berbeza, sehingga prosesnya agak rumit karena harus menggunakan ballast untuk seimbangkannya.

3. LED (High Emitting Diodes)


Lampu LED sudah lama dikenal sebagai lampu penerang dalam ruangan. Pada kendaraan bermotor, lampu jenis ini biasa digunakan untuk brek dan juga pada plat motor. Tetapi sekarang ini, lampu LED juga sering digunakan sebagai lampu utama.

Lampu LED kereta memiliki beberapa kelebihan antaranya dengan tenaga yang lebih kecil, intensiti cahaya yang dihasilkan jauh lebih terang dan kuat berbanding lampu HID. Lampu ini juga mempunyai ketahanan yang lebih baik dan lama. Alasan lampu ini banyak digunakan kerana pemasangannya mudah dan tidak memerlukan ballast.

Namun demikian, untuk pemasangannya membutuhkan penambahan relay dan kit penukaran yang biasanya sudah merupakan satu paket dalam pembelian lampu LED. Lampu LED sendiri ada pelbagai jenis antaranya:

  • LED Limited, biasa digunakan sebagai lampu utama kerana memiliki daya yang tinggi.
  • LED Cree, merupakan lampu tambahan yang biasa digunakan pada brek dan juga lampu membelok.
  • LED COB (chip and board), lampu ini merupakan susunan deretan chips dalam satu papan dan biasa digunakan sebagai lampu platform kabin.

BACA>>>DreamEDGE Tayang Lampu Depan, Belakang Kereta Nasional Ketiga


JENIS LAMPU MENGIKUT FUNGSI

Selain dibezakan berdasarkan material lampu kereta juga dibezakan mengikut fungsi. Ini pembahagian lampu mengikut peranan:

1. Lampu Siang (Daytime Running Lamp)

Merupakan lampu yang harus dinyalakan ketika kenderaan berjalan, meskipun cuaca terang dan disiang hari. Lampu ini berada pada lampu kepala dan akan langsung menyala apabila penghidup ditekan. Agar lebih jimat, lampu kota sering menggunakan lampu jenis LED.

2. Lampu Belakang (Tail Lights)

Lampu belakang berwarna merah yang merupakan isyarat pada kenderaan belakang, bahawa kereta akan berhenti. Lampu ini terletak di bahagian belakang kereta dan berada satu suis dengan lampu senja. Lampu yang digunakan biasanya adalah jenis lampu LED kerana terkesan mewah dan futuristik.

3. Lampu Suluh Rendah (Low Beam)

Fungsi utama dari lampu dekat untuk menerangi jalan depan kereta dalam jarak pendek sekitar 5 meter. Low beam biasa        digunakan pada malam hari di jalan yang ramai serta terang atau cukup pencahayaannya.

4. Lampu Suluh Tinggi (High Beam)

Sebaliknya dari lampu dekat, lampu jauh digunakan saat perjalanan malam hari dengan situasi jalan sepi serta gelap. Jarak jangkauan dari lampu ini sekitar 10 meter. Jenis high beam yang digunakan biasanya dari halogen dan berada satu suis dengan lampu dekat

5. Lampu Kabus

Seperti namanya, lampu ini digunakan pada saat perjalanan dalam suasana kabus tebal. Terletak di bagian bawah bampar dengan warna lampu kuning terang. Jangan tersilap guna pula lampu kabus belakang di siang hari dan terang.

6. Lampu Brek

Lampu brek mempunyai ciri khas iaitu biasanya berwarna merah. Lampu ini terletak di belakang yang bertujuan memberi tanda pada pemandu lain kereta anda akan berhenti. Lampu ini akan menyala terang saat pedal brek dipijak. Jadi sentiasa perhatikan kesemua lampu brek anda menyala begitu juga lampu brek ketiga.

7. Lampu Signal

Lampu signal merupakan lampu isyarat pada kenderaan lain bahawa kereta akan membelok ke kanan atau kiri. Lampu ini diharuskan berwarna kuning sebagai tanda kenderaan di belakang untuk pelan-pelan dan hati-hati. Sayangnya ramai yang masih tidak tahu fungsi lampu ini dan membelok hanya dengan niat.

8. Lampu Hazard/Kecemasan

Lampu ini hanya dinyalakan apabila kereta berada dalam kecemasan dengan cara menyalakan lampu isyarat kiri dan kanan serentak. Tekan sahaja punat tanda tiga segi untuk menghidupkan lampu ini. Namun, ingat jangan pula gunakan lampu ini ketika hujan lebat.

9. Lampu Undur

Bentuk dari lampu undur adalah berwarna kuning keputihan yang akan menyala apabila gear ditukar kepada R.  Posisi lampu ini berada di bahagian belakang kereta sehingga kenderaan yang ada di belakang tahu akan situasi kenderaan di depan.

10. Lampu Kabin

Satu-satunya lampu yang berada di dalam dalam kereta yang digunakan untuk penerangan malam hari. Lampu kabin biasanya berwarna kuning redup agar tidak mengganggu pandangan kenderaan yang ada di belakangnya.

Ternyata ada banyak sekali jenis lampu untuk kereta, baik dilihat dari bahannya, mahupun dari kegunaannya. Bagi pecinta automotif, bebas untuk memilih jenis lampu untuk mencantikkan kereta asalkan tetap sesuai dengan peraturan yang ditetapkan.

BACA >>> #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?
BACA >>> #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?

SUMBER: Suzuki.co.id

autotainment Autotainment. Tahukah Anda Lampu lampu depan lampu halogen lampu HID lampu kabus belakang lampu kabus depan lampu LED TahukahAnda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Steinwinter Supercargo 1983
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

    05/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.