Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/10/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA bersikap acuh tidak acuh dalam hal penyelenggaraan sistem brek kenderaan, anda sebenarnya sedang mempertaruhkan nyawa sendiri. Paling kritikal, brek kereta anda boleh tiba-tiba jadi gagal berfungsi dengan baik pada saat diperlukan.

Padahnya sendiri mahu ingat!

Situasi ini cukup bahaya kerana sistem brek adalah komponen kenderaan yang sangat penting dalam menjamin keselamatan pemanduan. Tahukah anda, segala ciri keselamatan lain boleh jadi tidak berguna sama sekali sekiranya sistem brek kereta bermasalah?

BACA >>> #RetroAuto: Evolusi Sistem Brek, daripada Blok Kayu kepada ABS, EBD dan BA

APAKAH PUNCA BREK BERMASALAH?

Masalah brek berpunca daripada banyak isu, dari kebocoran minyak brek dan pad brek haus hingga kerosakan piston brek.

Masalah haus dan lusuh (wear and tear) pada piston dan pad brek biasanya disebabkan faktor usia dan penggunaan. Ia bergantung kepada berapa kerap dan lama anda memandu. Malah, kereta yang tersadai lama tidak bergerak pun boleh menyebabkan brek rosak, terutama material getah dan plastik.

Contoh pad brek elok dan haus (bawah).

Jadi lakukan pemeriksaaan berkala selepas kenderaan menempuh jarak 10,000km, atau 6 bulan sekali.

Gambarajah sistem brek kereta.

Faktor lain, hos minyak brek tersumbat yang dapat dikesan menerusi  kesan minyak bocor pada hos. Kereta penumpang biasanya menggunakan sistem brek melibatkan tekanan bendalir dari minyak brek menerusi mekanisme pembrekan. Jadi, minyak brek dan hos minyak (yang bersaiz kecil) perlu sentiasa dalam kondisi baik dan kena kerap diperiksa.

BACA >>> #Videotomotif: Pemandu Tesla Salahkan Brek Automatik Punca Rempuh Barel Jalan

Punca lain ialah kedap (seal) piston silinder master yang sudah haus.

Selain faktor usia, kualiti minyak brek yang sudah tidak bagus kerana tamat tempoh atau tercemar turut menjejaskan prestasi membrek. Jadi, anda digalakkan menukar minyak brek setiap 6 bulan atau setahun sekali.

APA HENDAK BUAT JIKA BREK TIDAK BERFUNGSI TIBA-TIBA?

Jangan panik. Segera tekan butang lampu kecemasan (hazard) dan hon supaya kenderaan sekeliling tahu anda sedang dalam situasi kecemasan. Cuba bertenang dan injak brek sambil rasakan sebarang tekanan.

Jika brek rasa lembut dan boleh diinjak sampai ke lantai, minyak brek kereta anda mungkin kurang, atau berlaku kerosakan ke atas silinder master atau kaliper brek.

Penyelesaiannya, cuba mengepam pedal brek untuk mengembalikan tekanan brek dan buat berulang-kali walaupun kenderaan anda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Jika pedal rasa keras, mungkin pedal tersebut bermasalah atau ada objek menyekat pedal brek. Perhatikan sendiri atau minta penumpang sebelah melihat kalau ada sebarang objek menghalang, dan buang segera.

Anda juga boleh tarik brek tangan berkali-kali seperti mengepam (jangan tarik mengejut, jangan lepas butang hujung tuil brek tangan) untuk menghentikan kereta secara perlahan.

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Brek Kereta Kurang Cengkaman dan Cara Atasinya
BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!

SUMBER: Suzuki.co.id

apa nak buat apanakbuat Auto Terkini brek Brek Gagal Berfungsi Brek Rosak Cara Membrek sistem brek Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tahukah anda tip tip automotif tip kereta tips
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

    26/05/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pengeluaran Pasport Baharu Malaysia Ditunda, Tarikh Baru Diumum Kemudian

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Volvo ‘Sekolahkan’ Pemandu Tentang Keselamatan di Litar Sepang

    26/05/2026

    2 Comments

    1. Daniel on 26/03/2021 20:28

      Sya menggunakan myvi lagi best 1.3 manual, masalah ialah, bila sya turun bukit, brake Tak makan, kereta masih jalan wpun teken brake. Sya telah tukar disc rotor n brake pad baru tapi masih sama.. Tapi jika sya brake di jalan rata, brake sgt mengcengkam. Brake belakang pun masih bagus.. Dan lambu ABS menyala x pandai padam wpun kereta dh jalan. APA sebenarnya masalah myvi sya nie?

      Reply
    2. Tiong lemi Tiong on 22/04/2021 15:18

      Kereta jenis rzj 95,msalah kereta sy klau parking 2-3 hari boleh hilang servo break sudah tukar sama dgn master pump jadi msalahnya apa lagi yg perlu sya tukar?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.