• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?

#TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?

October 1, 2019 By AI Leave a Comment

230
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA bersikap acuh tidak acuh dalam hal penyelenggaraan sistem brek kenderaan, anda sebenarnya sedang mempertaruhkan nyawa sendiri. Paling kritikal, brek kereta anda boleh tiba-tiba jadi gagal berfungsi dengan baik pada saat diperlukan.

Padahnya sendiri mahu ingat!

Situasi ini cukup bahaya kerana sistem brek adalah komponen kenderaan yang sangat penting dalam menjamin keselamatan pemanduan. Tahukah anda, segala ciri keselamatan lain boleh jadi tidak berguna sama sekali sekiranya sistem brek kereta bermasalah?

BACA >>> #RetroAuto: Evolusi Sistem Brek, daripada Blok Kayu kepada ABS, EBD dan BA

APAKAH PUNCA BREK BERMASALAH?

Masalah brek berpunca daripada banyak isu, dari kebocoran minyak brek dan pad brek haus hingga kerosakan piston brek.

Masalah haus dan lusuh (wear and tear) pada piston dan pad brek biasanya disebabkan faktor usia dan penggunaan. Ia bergantung kepada berapa kerap dan lama anda memandu. Malah, kereta yang tersadai lama tidak bergerak pun boleh menyebabkan brek rosak, terutama material getah dan plastik.

Contoh pad brek elok dan haus (bawah).

Jadi lakukan pemeriksaaan berkala selepas kenderaan menempuh jarak 10,000km, atau 6 bulan sekali.

Gambarajah sistem brek kereta.

Faktor lain, hos minyak brek tersumbat yang dapat dikesan menerusi  kesan minyak bocor pada hos. Kereta penumpang biasanya menggunakan sistem brek melibatkan tekanan bendalir dari minyak brek menerusi mekanisme pembrekan. Jadi, minyak brek dan hos minyak (yang bersaiz kecil) perlu sentiasa dalam kondisi baik dan kena kerap diperiksa.

BACA >>> #Videotomotif: Pemandu Tesla Salahkan Brek Automatik Punca Rempuh Barel Jalan

Punca lain ialah kedap (seal) piston silinder master yang sudah haus.

Selain faktor usia, kualiti minyak brek yang sudah tidak bagus kerana tamat tempoh atau tercemar turut menjejaskan prestasi membrek. Jadi, anda digalakkan menukar minyak brek setiap 6 bulan atau setahun sekali.

APA HENDAK BUAT JIKA BREK TIDAK BERFUNGSI TIBA-TIBA?

tekan-butang-hazard
tekan-hon

Jangan panik. Segera tekan butang lampu kecemasan (hazard) dan hon supaya kenderaan sekeliling tahu anda sedang dalam situasi kecemasan. Cuba bertenang dan injak brek sambil rasakan sebarang tekanan.

Jika brek rasa lembut dan boleh diinjak sampai ke lantai, minyak brek kereta anda mungkin kurang, atau berlaku kerosakan ke atas silinder master atau kaliper brek.

Penyelesaiannya, cuba mengepam pedal brek untuk mengembalikan tekanan brek dan buat berulang-kali walaupun kenderaan anda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Jika pedal rasa keras, mungkin pedal tersebut bermasalah atau ada objek menyekat pedal brek. Perhatikan sendiri atau minta penumpang sebelah melihat kalau ada sebarang objek menghalang, dan buang segera.

Anda juga boleh tarik brek tangan berkali-kali seperti mengepam (jangan tarik mengejut, jangan lepas butang hujung tuil brek tangan) untuk menghentikan kereta secara perlahan.

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Brek Kereta Kurang Cengkaman dan Cara Atasinya
BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!

SUMBER: Suzuki.co.id

230
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, apanakbuat, auto terkini, brek, Brek Gagal Berfungsi, Brek Rosak, Cara Membrek, sistem brek, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), tahukah anda, tip, tip automotif, tip kereta, tips

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Harga Petrol & Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol & Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • Hyundai Asia Pasifik Tutup di Malaysia! Pindah, Buka Kilang RM6.25 Bilion di Indonesia
    Hyundai Asia Pasifik Tutup di Malaysia! Pindah, Buka Kilang RM6.25 Bilion di Indonesia

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my