• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Pemandu Tesla Salahkan Brek Automatik Punca Rempuh Barel Jalan

#Videotomotif: Pemandu Tesla Salahkan Brek Automatik Punca Rempuh Barel Jalan

August 1, 2019 By AI Leave a Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI insiden kemalangan terbaharu berlaku di Amerika Syarikat (AS) membabitkan kereta elektrik Tesla yang didapati merempuh 11 barel yang disusun sepanjang jalan.

Bagaimanapun pemandu Tesla Model 3 itu menyalahkan sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) kerana tidak menghentikan kenderaan walaupun ada halangan di depan, sebaliknya berterusan melanggar barel-barel atas jalan.

Insiden berlaku kira-kira seminggu lalu di Carolina Utara, sekali gus membuktikan betapa pemandu tidak boleh bergantung harap sepenuhnya terhadap sistem pemanduan automatik walaupun kereta anda itu jenis autonomi penuh sekalipun.

Berdasarkan video berdurasi 21 saat itu, kereta tersebut didapati memandu sebelah lorong kiri (lorong laju) dan ada papan tanda amaran yang memaklumkan lorong depan ditutup. Sekiranya pemandu itu sedar dan beri tumpuan, dia tentu sempat membrek dan menukar lorong sebaik saja nampak papan tanda tersebut.

Apapun alasan diberikan, pemandu tersebut jelas tidak bertindak pantas untuk menghentikan kenderaannya. Mungkin dia percaya sepenuhnya kepada kelengkapan elektronik Model 3. Akibatnya, kereta itu merempuh barel yang diletakkan di tengah lorong laju, dan sebaik berhenti dia sudah melanggar 11 barel sepanjang laluan.

BACA >>> Ketahui 12 Perkara Tentang Tesla Model 3 - Kereta Elektrik (EV) Ini Bakal Jadi Fenomena

Lucunya, video rakaman kamera pemuka (dashcam) itu dimuat naik pemandu kereta itu sendiri. Seperti yang dijangkakan dia menyalahkan Tesla Model 3.

Tulisnya;

"Brek Kecemasan Automatik (AEB) gagal melakukan tugas pada masa yang sangat diperlukan, dengan beberapa kejadian brek yang dialami selama dua bulan setengah memiliki Tesla, saya nampaknya perlu panik apabila ada halangan di depan."

Walaupun agak pelik kenapa  sistem AEB tidak bertindak seperti sepatutnya, tetapi pemandu juga perlu mengawal kenderaan untuk mengelak sebarang halangan. Lagipun, Tesla sendiri sudah memaklumkan sistem bantuan semi-autonomi hanya sistem sokongan dan pemandu perlu bertanggungjawab atas pemanduan.

Tetapi siapa pula yang hendak baca buku manual? 😅

BACA >>> #Videotomotif: Reaksi Luar Biasa, Naluri Ibu Selamatkan Anak daripada Digilis Treler

VIDEO

SUMBER: CarScoops

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: auto terkini, kemalangan, Kemalangan Kereta Elektrik, kereta langgar belakang, Nahas Tesla Model 3, sistem brek kecemasan automatik, sistem pra-perlanggaran, Tesla, Tesla Model 3, video, Videotmotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my