• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ketahui 12 Perkara Tentang Tesla Model 3 - Kereta Elektrik (EV) Ini Bakal Jadi Fenomena

Ketahui 12 Perkara Tentang Tesla Model 3 - Kereta Elektrik (EV) Ini Bakal Jadi Fenomena

November 27, 2016 By AO 1 Comment

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAMA kenderaan elektrik (EV), Tesla seakan menjadi fenomena baru dalam dunia automotif di Amerika Syarikat (AS). Buktinya, apabila Tesla Motors mengumumkan bakal EV baharu mereka, Model 3 yang hanya di pasaran pada penghujung 2017, syarikat pengeluar itu menerima 276,000 tempahan berserta deposit. Memang fenomena kerana jumlah tersebut bersamaan empat kali ganda jualan kereta Volv0 di AS sepanjang 2015!

Bagi yang tidak tahu, Model 3 ialah EV dalam kategori sedan kompak empat-pintu mewah buatan Tesla Motors. Model 3 didedahkan pada 31 Mac lalu, tetapi versi pengeluaran dijadualkan di pasangan pada penghujung tahun depan. Istimewa mengenai Model 3 ialah kemampuannya bergerak sejauh 346km.

Apa lagi yang istimewa mengenai Model 3? Mari kita baca 12 perkara yang perlu diketahui tentang EV Model 3:

1. HARGA MODEL PALING ASAS, AS$35,000

elon-musk-tesla-motors
Pengasas Tesla, Elon Musk (foto atas) mengesahkan model paling asas (entry-level) Model 3 bakal didatangkan dengan trenkuasa motor-tunggal dan perkakasan untuk rangkaian caj-pantas. Tesla tidak mengumumkan harga model itu, tetapi dianggarkan dijual sekitar AS$35,000 (RM156,467) hingga AS$50,000 (RM223,524) atau lebih.

2. MAMPU BERGERAK 346km SEKALI CAJ

Musk mengesahkan matlamat Tesla bagi kereta asas itu ialah mencapai rating Agensi Alam Sekitar (EPA) dengan jarak pemanduan sejauh 346km atau lebih. Hari ini, rata-rata EV dalam julat harga Model 3 mampu bergerak kira-kira 145km dalam rating EPA. Sama seperti data penggunaan bahan api, perbatuan EV juga berbeza mengikut kelajuan, penggunaan aksesori seperti penyaman udara dan gaya pemanduan.

3. MODEL 3 SANGAT LAJU

"Kami tidak buat kereta yang perlahan," kata Musk dalam satu majlis pelancaran. Motor-tunggal Model 3 mampu memecut 0-100kmj di bawah 6 saat. Beberapa ulasan pandu uji dilakukan mendakwa kelajuan kereta itu adalah sekitar 4.5 saat (0-1ookmj). Bagaimanapun, Musk mendakwa versi pengeluaran adalah lebih pantas.

4. DESAIN DALAMAN SEPERTI KERETA KONSEP

interior-tesla-model-3
Seperti model S dan X, Model 3 memuatkan paparan skrin besar - bentuk horizontal - di tengah papan pemuka . Segala instrumen berpusat di skrin tengah, tetapi Musk memberitahu ada perubahan akan dibuat untuk versi pengeluaran.

5. BOLEH PANDU SENDIRI ATAU AUTO PILOT

Model 3 akan didatangkan standard dengan perkakasan untuk sistem pandu sendiri, Tesla Autopilot  walaupun hanya ciri keselamatan - membabitkan perlindungan rempuhan depan dan sisi - yang akan diaktifkan secara siaga (default). Ciri pandu sendiri seperti penukaran lorong dan kawalan jelajah adaptif akan ditawarkan sebagai opsyen pakej perisian.

6. ADA BUMBUNG PANORAMIK

bumbung-tesla-model-3
Ada banyak kereta baharu konvensional menampilkan bumbung suria kedua untuk penumpang belakang. Model 3 bukan hanya menghasilkan bumbung suria di atas posisi kerusi penumpang belakang, tetapi 'ditarik' hingga menjadi cermin belakang kereta, bermula tengah kereta.

Hasilnya, Model 3 bukan hanya menyediakan satu pemandangan luas, tetapi juga memberikan lebih ruang kepala. Panel bumbung suria besar di atas pemandu dan rekaan papan pemuka rendah menjadi pelengkap sensasi bagi sebuah EV yang hampir keseluruhan bumbung diperbuat daripada kaca.

7. ADA DUA BUT UNTUK SIMPANAN

but-tesla-model-3
Sama seperti kenderaan Tesla lain, Model 3 memuatkan pek bateri di bawah lantai, dengan motor pacuan elektrik dipasang dekat gandar. Ini memberikan lebih ruang kargo di depan atau belakang. Tesla mengesahkan Model 3 ada dua but, tetapi tidak mendedahkan jumlah kapasiti. Apabila kerusi dilipat, Model 3 boleh memuatkan papan luncur sepanjang 7 kaki.

8. TAMPIL SEBAGAI SEDAN, BUKAN HATCHBACK

Walaupun bentuknya seperti Model S, tetapi akses kargo Model 3 tidak seperti sebuah hatch. Tingkap belakang gergasi memerlukan pendakap silang-kereta di bawah kaca, sekali gus tidak menjadikan EV itu sebuah hatch. Menjawab soalan mengenai belakang but yang kecil, Musk berkata, saiz bukaan mungkin diluaskan untuk model versi pengeluaran.

9. DESAIN DEPAN BELUM DIPUTUSKAN

depan-tesla-model-3
Desain depan Model 3 berupa kepingan logam solid yang tidak seperti kereta konvensional (termasuk model Tesla lain) - yang tertera gril atau lambang - dikritik teruk kerana tidak ubah seperti sebuah kereta yang tidak siap.

Walaupun desain depan mungkin tidak cukup nilai estetika, tetapi cukup bagus dengan faktor aerodinamik. Musk berkata, Model 3 mencatatkan pekali seretan (drag coefficient) yang rendah, 0.21 (berbanding Model S, 0.24). Bagaimanapun, bagi menjawab kritikan itu, Musk menegaskan desain depan Model 3 akan direka semula.

10. BAKAL DIKECUALIKAN KREDIT CUKAI

federal-reserved-logoBank pusat Amerika Syarikat (AS), Federal Reserved memberikan kredit cukai hingga AS$7,500 (RM33,528) untuk EV dengan bersyarat. Apabila pengeluar berjaya menjual 200,000 unit EV yang layak, Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) AS akan mengurangkan cukai kredit bermula tiga bulan selepas suku tahun sasaran jualan itu dicapai.

Kredit itu menurun kepada 50 peratus selama enam bulan dan 25 peratus bagi tiga bulan seterusnya sebelum dihapuskan. Pelan pengeluaran Tesla (membabitkan Model S dan X sedia ada) akan cuba melepasi tahap sasaran 200,000 unit sebelum tempahan Model 3 dipenuhi.

Musk berkata, Tesla akan cuba menjadualkan pengeluaran supaya jumlah besar pelanggan baru akan mampu mengambil faedah daripada kredit cukai. Tetapi, bagaimana pula pembeli sedia ada?

"Kami selalu cuba memaksimumkan kegembiraan pelanggan walaupun ia menyebabkan perolehan sedikit terjejas pada suku tahunan pertama. Kesetiaan dibalas kesetiaan!" kata Musk sambil berkata, diskaun akan diberikan kepada pemilik Tesla sedia ada yang tidak sempat menikmati faedah kredit berkenaan.

11. SIAP DIJUAL MENJELANG PENGHUJUNG 2017

Musk yakin Model 3 dapat dikeluarkan menjelang penghujung 2017 seperti yang dirancangkan. Bagaimanapun jumlah pengeluaran besar-besaran hanya dibuat apabila memasuki 2018.

12. MODEL 3 SEDIA BERSAING

chevrolet-bolt
Sebenarnya, selain Model 3, General Motors juga menghasilkan EV, Chevrolet Bolt (foto atas, tetapi jangan keliru dengan Chevrolet Volt) yang mampu bergerak sejauh 322km. Bolt mampu memecut 1-100kmj di bawah tujuh saat (sedikit perlahan berbanding Model 3) dan boleh juga mengecaj pantas sama seperti Model 3. Malah, Bolt semakin menghampiri versi pengeluaran yang dijangka dijual di pasaran menjelang penghujung 2016, iaitu setahun sebelum Tesla Model 3.

SUMBER: Cars.about.com

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Elon Musk, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Pengasas Tesla, Roda4, Tesla Model 3, Tesla Motors

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my