Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Rotor Brek Karat?
Autotainment

#ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Rotor Brek Karat?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS meninggalkan kereta di luar rumah atau di parkir di kawasan tidak berbumbung dan terkena hujan, permukaan rotor brek (juga dipanggil cakera/disc) boleh berkarat.

Tidak perlu bimbang kerana jika kesan karat itu minimum, ia boleh hilang selepas dilap atau dipandu. Namun, seandainya kesan karat masih ada, kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan perlu dibuat.

KENAPA ROTOR BREK BOLEH KARAT?

Faktor utama ialah jenis material brek cakera. Karat lebih mudah berlaku pada brek besi tetuang (cast iron) kerana pengoksidaan lebih mudah terjadi pada permukaan brek besi apabila terdedah kepada air atau kelembapan.

Sebenarnya, banyak model kereta biasa hingga jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) berstatus premium masih menggunakan cakera brek besi tetuang. Jadi, karat tetap berlaku selepas hujan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

KESAN KARAT JEJAS PRESTASI?

Kebiasaannya, kesan karat pada permukaan cakera brek boleh ditanggalkan selepas memandu seketika dan menekan brek. Bagaimanapun, kesan karat lebih tebal mungkin kekal pada permukaan cakera dan boleh dilihat pada warna yang lebih gelap.

Anda juga tidak perlu bimbang jika bahagian kesan karat dan permukaan cakera sekata kerana masih normal serta tidak menjejaskan prestasi brek.

JANGAN BIAR BREK KEKAL BERKARAT

Proses pengoksidaan dan karat boleh mengakis logam. Jadi, anda dinasihatkan memandu kenderaan lebih kerap dan menekan brek untuk membersihkan permukaan karat pada cakera. Karat boleh mendatangkan masalah jika berada lebih dalam permukaan cakera brek dan mula mengakis struktur rotor.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!

BAGAIMANAKAH BAIK PULIH CAKERA KARAT?

Ada dua cara, iaitu menggunakan alat pengisar untuk membuang kesan karat pada cakera, atau tukar saja set rotor baharu. Kerja mengisar selok-eloknya diserahkan kepada mereka yang mahir di bengkel baik pulih kenderaan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Brek Parkir Kereta yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: AutoDeal

apa nak buat brek cakera Brek Karat Cakera Brek Cakera Brek Karat Rotor Rotor Brek Rotor Brek Besi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.