Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Pemanduan Selamat (Sempena Cuti Banyak Awal Tahun)
Autotainment

#ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Pemanduan Selamat (Sempena Cuti Banyak Awal Tahun)

Abang HirataBy Abang Hirata28/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HUJUNG dan awal tahun begini biasanya rakyat Malaysia masih lagi dalam mood bercuti. Jika ada yang sudah menyemak jadual cuti umum, pasti tahu musim cuti sebenarnya belum sampai ke penghujung. Ada beberapa lagi cuti umum pada  minggu akan datang seperti Thaipusam, Hari Wilayah dan kemudian Tahun Baru Cina.

Biasanya cuti begini tidak akan dilepaskan rakyat Malaysia untuk memandu ke pusat peranginan atau pulang ke kampung halaman.

Selain itu, sepanjang tiga bulan pertama tahun baharu, negara kita juga masih dalam fasa monsun timur laut. Ini bermakna hujan akan turun lebih kerap dan lebat. Dengan jumlah trafik tinggi dan keadaan cuaca tidak menentu, pemandu perlu lebih berhati-hati di jalan raya.

BACA >>> #ApaNakBuat: Hujan Lebat? Ikut Tip Ini untuk Memandu Selamat!

Kepada mereka yang berkira-kira bercuti sempena kelepasan umum nanti, kami bawakan 5 tip pemanduan GEM Motoring Assist yang mudah dan praktikal untuk diikuti.

1. SEBELUM PERJALANAN, RANCANG DAHULU

Ambil masa merancang perjalanan dan periksa laluan sebelum memandu. Sekarang ini lebih mudah dengan pelbagai aplikasi navigasi dalam telefon pintar. Ini bagi memastikan anda tidak sesat atau memandu tanpa arah sebenar, malah keluar lima minit lebih awal sebenarnya dapat membantu anda terburu-buru dan membuat keputusan berisiko.

Kepada penganut Islam, jangan lupa rancang untuk berhenti solat supaya hati lebih tenteram dan tidak tergesa-gesa mencari tempat solat selepas jauh memandu.

3. TUMPUKAN PERHATIAN


Ketika memandu, jangan hilang tumpuan dek perkara lain seperti penumpang, telefon atau fikiran melayang jauh entah ke mana. Perlu sentiasa waspada tentang keadaan jalan raya dan juga pemandu lain. Seperkara lagi, apabila berlaku kemalangan melibatkan laluan bertentangan, elakkan hilang fokus kerana boleh menyebabkan kesesakan.

3. BERSABAR DAN BERTABAH

Ini penting bagi mengelakkan sebarang insiden jadi lebih parah. Sudah kerap berlaku pemandu bergaduh dan bertengkar akibat provokasi. Tahan diri serta bersabar, biarkan pemandu yang nakal berlalu pergi. Ingat Tuhan dan orang tersayang.

4. GUNA KELAJUAN DENGAN BIJAK

Keputusan untuk memecut, perlahan atau mengikut had laju ialah pilihan anda. Walaupun disuruh penumpang supaya memandu laju, keputusan tetap di tangan anda. Pastikan memilih kelajuan mengikut undang-undang, tambahan pula kos saman AWAS begitu tinggi sekarang. Penting, jarakkan kenderaan anda dengan selamat.

5. SENTIASA WASPADA


Jangan memandu ketika badan terlalu penat. Hampir 25 peratus kemalangan maut atau cedera parah berpunca akibat mengantuk. Apabila terlampau penat atau mengantuk, sila berhenti di mana-mana kawasan selamat, atau tukar pemandu.

Jika di kawasan rehat dan rawat (RnR) di lebuh raya, pastikan berhenti di tempat terang dan berdekatan tumpuan orang ramai. Elakkan berhenti di tempat yang gelap dan tersorok.

BACA >>> 6 Tip Memandu Malam Supaya Kekal Selamat Sepanjang Perjalanan

apa nak buat autotainment GEM Motoring Assist tip tip memandu tip memandu selamat Tip Pemanduan Selamat
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.