Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 4 Tip ‘Layan Korner’ Buat Kaki Leper
Autotainment

#ApaNakBuat: 4 Tip ‘Layan Korner’ Buat Kaki Leper

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAT motor memang suka ‘layan korner’ atau ‘meleper’ dan menjadi antara aksi menunggang paling mengujakan penunggang dan penonton, terutama di trek. Tetapi faktanya, cara mengambil selekoh di trek dengan betul bukan senang dan memang rumit. Jika tersilap langkah, alamatnya tersungkur. Bukan tuan, motor tuan pun boleh punah hingga bercucuran air mata dibuatnya.

Ini boleh terjadi kerana penunggang cuba mengambil selekoh pantas dengan mencondongkan sudut miring, tetapi dek posisi badan yang salah atau terpulas pendikit sebelum masa tepat, memang bye-bye! Tidak kira sepantas mana memecut di laluan lurus, anda belum lagi memenuhi ranking tertinggi tunggangan trek jika tidak menguasai sudut selekoh.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

Jadi, artikel kali ini kami berkongsi tentang tip meningkatkan teknik tunggangan atas trek:

1. BERTAHAN UNTUK DAPATKAN LEBIH CENGKAMAN

Cuba kekalkan posisi motor lebih tegak sebelum masuk selekoh, kurangkan sudut miring dan stres ke atas tayar. Posisi badan ialah kunci utama kerana kebanyakan penunggang gagal mengekalkan jentera secukupnya yang menyebabkan sudut miring berlebihan dan menggelincir, ini sangat bahaya!

2.KURANGKAN MEMBREK UNTUK LEBIH LAJU

Anda perlu membrek di awal selekoh sebelum sektor (kawasan selekoh) supaya anda tahu bagaimana memposisikan badan, membrek, menutup terotel dan fokuskan pada apeks – titik pinggir selekoh paling rapat (lihat foto paling bawah).

Pada tahap ini (sebelum masuk selekoh), jangan takut meligatkan rev. Ini kerana rev tinggi membantu anda mengawal motor dan mengurangkan risiko tercampak tinggi (highside).

BACA >>> #2018ArgentinaGP: Bekas Pelumba Kecam Marquez Sengaja Potong Selekoh Basah

3. TUTUP TEROTEL DI SELEKOH

Sebelum menerkam masuk selekoh, hentikan memulas terotel bermula titik membrek (braking point) hingga ke apeks. Ini akan meningkatkan jarak kelegaan tanah dan membantu anda membelok lebih pantas dan selamat.

Atas trek, anda tentu mahu membaringkan motor semiring mungkin dengan terotel ditutup, mengekang kelajuan dan pada masa sama memecut laju untuk keluar selekoh. Memulas terotel ketika di selekoh akan meningkatkan stres ke atas tayar dan berisiko menyebabkan motor tergelincir.

4. AMBIL TITIK KELUAR, DAN PECUT

Sebaik melepasi apeks, pilih titik keluar dan pecutlah sepantas mungkin. Rasakan cengkaman tayar belakang dan imbangkan tunggangan dengan kawalan terotel.

Anda patut melayan trek dengan satu siri laluan lurus dan disusuli selekoh. Praktiskan skil anda dengan memecut laju, dan membrek kuat atas laluan lurus sebelum meleper mengikut tip yang dihuraikan di atas. Moga berjaya!

BACA >>> 10 Tip untuk Penunggang Perempuan yang Baru Nak Pulas Terotel

SUMBER: MCN

Automotif autotainment Kaki Leper Layan Korner layan selekoh roda2 selekoh tip
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.