Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 20 Tip Pantas Balik Kampung Beraya
Autotainment

#ApaNakBuat: 20 Tip Pantas Balik Kampung Beraya

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/05/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI kita semua maklum, jumlah pengguna jalan raya seluruh Malaysia akan bertambah menjelang dua-tiga hari ini dan kemuncaknya sehari atau dua hari sebelum Aidilfitri.

Punyalah ramai manusia atas jalan sampai kita nak berhenti buang air kat RnR (Hentian Rehat dan Rawat) pun cukup payah. Itu belum kira lagi cari meja nak makan. Kena pula ada kereta kemalangan, memang bercucuran air mata dibuatnya.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kena Langgar, Tapi Kenderaan Tiada Insurans, Boleh ‘Claim’ atau Tidak?

Jadi apa yang patut dan tidak patut dibuat sepanjang balik kampung beraya nanti? Hah, wajib baca sampai habis…

  1. Lampin anak jangan main campak saja. Sudahlah anak berak cirit, bau pula ya rabbi. Jadi, bawa plastik, masukkan lampin ke dalam, ikat kemas-kemas dan buang dengan betul. Simple.
  2. Plastik tu bawalah banyak sikit. Banyak kegunaannya, boleh buat bekas muntah kalau ada penumpang mabuk highway, atau jadikan plastik sampah. Bukannya berat sangat pun.
  3. Bawa air kosong dalam 2 botol besar (1.5 liter * 2 botol). Tujuan? Boleh buat cuci muka, ambil wuduk (darurat), cuci punggung anak, minum, tambah air radiator, simbah muka drebar mengantuk, siram kepala penumpang tahu nak tidur saja, dan macam-macam lagi.
  4. Bawa pengecas telefon dan powerbank. Takkan ini pun nak kena tulis? Telefon bimbit kita mesti kena sentiasa hidup. Bukan untuk gedik berswafoto atau update Facebook/Instagram saja, tapi sebagai persediaan kalau ada kecemasan. Jadi, bateri kena sentiasa penuh.
  5. Bawa bekal makanan dan minuman. Ini opsyen untuk lancarkan perjalanan melainkan kita jenis suka bersesak-sesak di RnR. Bila sudah ada bekal, cuma perlu berhenti dan makan dalam kereta (tanpa perlu huru-hara serbu kaunter makanan RnR). Lepas makan terus gerak. Kenapa nak buang masa?
  6. Bawa jumper sebagai persediaan kalau bateri tiba-tiba kong.
  7. Sila tolong petugas atau cleaner RnR kemas pinggan lepas makan dan hantar ke troli. Kalau meja kita masih tidak berkemas semasa nak makan, bawa bertenang dan terus kemas saja. Hang mengamuk sambil rakam video masuk dalam Facebook tu dapat apa? Benda simple saja pun.
  8. Bawa kain buruk untuk lap apa yang patut. Takkan nak lap guna baju raya! Kalau anak tercirit atau termuntah dalam kereta macam mana? Inilah pentingnya kain buruk. Hah, meja kat RnR tak berkemaskan? Sekarang ambil kain buruk dan lap sendiri. Kalau tetiba ada orang panggil suruh lap, hang terus lap muka depa sambil bisik, dasar pemalas!
  9. Memandu dalam lorong betul. Jangan guna lorong kecemasan melainkan betul-betul mencemaskan. Masing-masing pun nak beraya.
  10. Kalau kemalangan dan kereta masih boleh gerak, ambil saja gambar dan maklumat kereta, termasuk pemandu.Buat repot kemudian. Sembang sikit-sikit sudahlah. Lama-lama bersidang tengah dan tepi jalan tu buat apa? Tengah mengecat kereta ke? Orang nak balik raya hoiii!
  11. Tambah nilai Touch N Go biar cukup. Selit di tempat yang betul dan mudah capai. Tak payah hendak kucar-kacir bila lalu pondok tol
  12. Hendak memotong bagi signal ke kanan.
  13. Kalau tengah sedap laju di lorong paling kanan dan ada kereta di depan, tak payah kelam kabut buka lampu tinggi (high beam) siap kelipkan banyak kali serupa ambulan. Pemandu depan tak buta, kalau buta, dia tak bawa kereta. Cukuplah beri signal ke kanan sebagai isyarat sopan minta izin mahu memotong. Secara normal, pemandu yang reti bahasa akan bagi laluan.
  14. Kalau bawa Myvi Kuning (sekadar contoh), masa memotong bagilah sikit masa pemandu depan hendak masuk lorong kiri semula. Kadang-kadang dia lambat masuk sebab ada kenderaan sebelah kiri dan dia tak boleh terus masuk. Mungkin dia pemandu warga emas. Mungkin dia pemandu yang bawa kereta jenis tak ada ‘pikap’, misalnya kancil manual 4-kelajuan, ataupun Mera. Timbang rasalah sikit. Taulah Myvi kuning power!
  15. Kalau siang hujan lebat, terus saja pasang lampu. Jangan kedekut, lampu mesti dipasang sebab tempias hujan dan cuaca gelap akan mengurangkan pandangan pemandu lain.
  16. Jangan pasang lampu kecemasan (hazard lights) semasa hujan.
  17. Jangan pasang lampu kabus (fog lamps) depan atau belakang sesuka hati. Tak sekolah ke apa?
  18. Berhenti setiap kali selepas dua jam memandu walaupun tidak mengantuk. Keluar kereta dan sedut udara segar sambil regangkan otot dan tulang.  Ambil masa 10 minit. Ini boleh elakkan gejala mengantuk ketika memandu.
  19. Kalau mengantuk, minum Red Bull atau Livita dua botol atau 1 tin secara sekali teguk. Bukan minum sikit-sikit macam minum teh tarik. Tapi ingat, ini cuma tip untuk bertahan daripada mengantuk sebelum sampai ke mana-mana RnR dan tidur.
  20. Penumpang jangan reti tidur saja. Ajaklah pemandu berborak. Boleh menyanyi, bercerita hantu, bergosip artis, atau sekali sekala berlakon kena histeria.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kereta Tiba-Tiba ‘Breakdown’, Ikuti 10 Tip Ini untuk Kekal Selamat

autotainment Bang Nin sembang deras tip balik kampung tip memandu balik beraya tip memandu balik kampung
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.