Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 10 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal
Autotainment

#ApaNakBuat: 10 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/12/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN kita ada pelbagai alasan untuk menunggang, keputusan memiliki motosikal sendiri ialah komitmen kedua terbesar ke arah menjadi seorang penunggang berdedikasi selepas belajar tentang cara dan teknik menunggang.

Dengan anggapan anda sudah lulus apa yang diperlukan sebagai penunggang, termasuk memiliki sut keselamatan yang berpadanan, anda kini menggalas tugas berat untuk mencari motosikal paling sesuai dengan keperluan diri.

Hmm… dilema jugakan?

BACA >>> Lupakan Motor dan Kereta, Mungkin Sekarang Masanya Anda Beli Jet Honda!

1. DI MANAKAH MAHU MULA?

Langkah pertama perlu kita pertimbangkan ialah memilih jenis motosikal. Proses ini membabitkan pelbagai pilihan kerana pengeluar menghasilkan bermacam-macam kategori motosikal yang terdiri daripada aneka segmen dan sub segmen motosikal.

Di Malaysia, antara segmen  motosikal ialah moped yang terdiri daripada kapcai dan skuter, diikuti sportbike, terutama jenis streetbike. Segmen lain juga tidak kurang meriah daripada kategori motosikal besar sama da dalam versi off-road, dual-purpose, streetfighter, dan cruiser.

Sebaik saja membuat pilihan segmen, proses berikut masih memeningkan kepala kerana melibatkan pelbagai opsyen. Jika minat anda lebih kepada segmen tertentu, misalnya moped ataupun sportbike, anda sebenarnya masih perlu berdepan masalah lain seperti dilema memilih antara kapcai atau skuter, dan enjin besar atau kecil.

Usaha pencarian ini seharusnya membawa anda kepada segmen yang paling diminati dan memenuhi keperluan. Pastikan anda tahu apa yang dimahukan.

2. ERGONOMIK

Usaha memastikan ergonomik sesebuah motosikal bersesuaian dengan tubuh ialah perkara yang agak sukar juga dan bukanlah semudah disangka. Kita boleh mencuba atau menunggang uji sesebuah motosikal itu di premis jualan, tetapi apa yang sering jadi masalah ialah cinta dan tunggang uji pandang pertama tidak semestinya berkesan, apatah lagi sesudah memiliki motosikal tersebut.

Apa yang kerap berlaku, pemilik mendakwa mereka tersalah beli dan ini memang meletihkan. Lihat seperti gambar di atas. Walaupun kedua-dua motosikal dalam kategori sama – sportbike/streetbike – tetapi ergonomik tunggangan adalah berbeza. Ya, topik ini begitu kompleks hingga muncul pelbagai laman web yang menawarkan banyak informasi bagi menyelesaikan masalahan seperti ini.

Nasihat kami, anda perlu ambil berat tentang ergonomik motosikal yang bersesuaian dengan kemampuan dan keupayaan diri. Bayangkan kita menunggang motosikal idaman dalam jangka masa panjang. Adakah beban berat badan yang perlu ditanggung pergelangan tangan membuatkan anda selesa (untuk sportbike/superbike) menunggang?

Ini kerana ketika menunggang lama, anda berisiko rasa tidak selesa dan pergelangan tangan mula sakit. Adakah bar hendal sesuai dengan capaian kedua-dua tangan? Anda perlu jujur dengan diri dan sila pastikan kesan jangka masa panjang yang sanggup dihadapi. Sekiranya pilihan itu dirasakan terbaik dan optimum untuk fizikal diri, yakinlah bahawa anda sedang buat pilihan yang terbaik.

BACA >>> Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko Yang Bakal Anda Hadap

3. PASTIKAN TINGGI PELANA SELESA, MEMUASKAN

Isu ergonomik sering dikaitkan dengan ketinggian pelana, terutama mereka yang bertubuh rendah. Bagi topik ini penunggang wanita dilihat mengalami masalah hingga ada sesetengah pengeluar motosikal menghasilkan rekabentuk jentera dengan pelana rendah yang khas untuk penunggang wanita. Apapun jantina anda, ketinggian pelana harus dipertimbangkan untuk mendapatkan tunggangan yang selamat dan selesa.

4. VISOR ANGIN: MOTOSIKAL NAKED DAN FAIRING

Tidak ketinggalan juga faktor perlindungan angin yang turut dikaitkan dengan ergonomik.

Jentera naked bike mampu memikat peminat dengan penampilan rupa mekanikal yang terdedah berserta rekaan estetik, tetapi ketiadaan fairing atau deflektor angin pada motosikal jenis ini menyebabkan tunggangan jauh jadi agak membebankan. Menunggang secara berlawan dan berhadapan rintangan angin kuat memang meletihkan.

Sekiranya anda berhasrat menunggang dalam jangka masa lama, meredah perjalanan jauh atau perlu berhadapan situasi cuaca tidak menentu, anda perlu menimbangkan dengan serius tentang motosikal fairing. Setidak-tidaknya, pasanglah barang aftermarket seperti visor angin (windscreen).

5. BAGASI

Beg bagasi datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, dan sesetengahnya mampu dibesarkan, dikecilkan atau dibuka semata-mata untuk menjimatkan ruang sekiranya tidak digunakan. Sudah semestinya, motosikal yang ringkas itu menarik.

Namun motosikal juga simbol kebebasan. Lari dari kesibukan kota ialah salah satu cara paling mudah dinikmati, iaitu berekspedisi menunggang motosikal dengan memuatkan sedikit barangan peribadi ke dalam beg bagasi. Sekiranya perjalanan jarak jauh itu suatu kemestian, beg bagasi sudah jadi satu keperluan.

6. BANTUAN ELEKTRONIK

Kawalan Traksi (TRC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sudah jadi ciri biasa bagi motosikal moden masa kini. Bantuan elektronik amat berguna sekiranya pembelian anda adalah lebih kepada tunggangan dalam cuaca basah. Namun, sekiranya anda ialah penunggang tegar dan tidak perlu bergantung kepada teknologi, ketahuilah semua ciri teknologi itu seperti TRC dan ABS boleh dimatikan fungsi semudah menekan butang.

7. GAYA

Ya, gaya. Ia ialah alasan terbesar kebanyakan penunggang untuk terjebak dalam aktiviti dan pemilikan motosikal. Memandangkan gaya ialah sesuatu yang memang subjektif, nasihat terbaik daripada kami ialah pilihlah motosikal yang menarik dan segak. Itulah idaman semua pemilik.

BACA >>> Mahu Bergaya Tapi Bajet Ciput? Pilihlah 4 Sportbike Bawah RM13k Ini

8. BUNYI


Antara tarikan utama motosikal ialah melibatkan bunyi. Bagi sesetengah orang, lagi tercemar bunyi, lagi menarik motosikal itu. Tetapi, tidak semua orang sukakan bunyi keterlaluan dan ada garis pemisah ketara antara bunyi ekzos mantap dan menyakitkan hati. Selain menggunakan mata ketika mencari motosikal idaman, gunakan juga telinga untuk mendapatkan pilihan jentera dua roda terbaik.

Perbezaan bunyi motosikal juga begitu ketara antara enjin 1 silinder, 2 silinder, 4 silinder, V-Twin atau crossplane. Harus diingat, di Amerika, ada beberapa kes dilaporkan yang melibatkan insiden jenayah berikutan bunyi ekzos yang mengganggu ketenteraman awam.

9. HARGA

Mengapa faktor harga berada dalam senarai paling bawah ketika mencari motosikal? Ini kerana selain tunggangan harian ke tempat kerja yang tidaklah terlalu cerewet untuk memilih, seringkali kapcai dan skuter jadi pilihan. Namun pemilihan motosikal dalam artikel ini lebih bertujuan menyasarkan pembelian berdasarkan minat.

Kepada mereka yang mampu, sudah semestinya harga bukan jadi masalah. Namun kepada mereka yang kurang mampu, jangan terkejut kerana golongan ini sanggup menabung untuk memiliki motosikal diminati. Jadi, harga mungkin jadi isu ketika membuat perbandingan antara genre sama tetapi pengeluar berbeza berasaskan ciri ditawarkan.

10. PENJIMATAN BAHAN API


Seperti faktor harga, golongan penunggang motosikal kurang menitik beratkan faktor penjimatan bahan api. Namun, anggapan kebanyakan penunggang baharu bahawa semua jenis motosikal besar adalah kuat makan minyak, itu sebenarnya tidak tepat. Apapun, untuk lebih meyakinkan, semak kadar penggunaan bahan api setiap model yang sudah disenarai pendekkan terlebih dahulu.

SUMBER: Thoughtco.com

autotainment panduan beli motor roda2 sebelum beli motosikal tip tip beli motor tip motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.