Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Afif Juara Keseluruhan CP150 Cub Prix Musim 2018 – Yamaha Y15ZR Paling Power!
Auto Terkini

Afif Juara Keseluruhan CP150 Cub Prix Musim 2018 – Yamaha Y15ZR Paling Power!

Abang GYLBy Abang GYL18/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

cub prix jempol 2018AHMAD Afif Amran mengesahkan gelaran sebagai juara keseluruhan CP150 selepas muncul naib juara pada perlumbaan pusingan ke-9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu yang hanya memerlukan enam mata untuk dinobatkan sebagai juara dan ia tetap mempamerkan aksi bertenaga apabila berjaya memulakan perlumbaan akhir dari petak pertama.

Afif yang bermula dengan baik berjaya memimpin perlumbaan bagaimanapun berjaya dipintas oleh Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) pada penghujung perlumbaan sekaligus terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 14’58.966s.

Kasma memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 14’58.587s manakala Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing) menghadiahkan podium pertama buat jentera Honda pada musim ini setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa keseluruhan 15’05.163s.

Selepas sembilan pusingan, Afif kini mengumpul 200 mata. Manakala Kasma di kedudukan kedua dengan 161 mata. Tempat ketiga ketika ini milik rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman dengan 116 mata.

“ Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan menghadiahkan gelaran juara kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras sepanjang musim ini.

“ Walaupun terpaksa akur di tempat kedua pada perlumbaan ini, namun saya tetap berpuas hati dapat menamatkan saingan dan mengesahkan gelaran di atas podium.

“ Selepas ini, misi seterusnya ialah memastikan gelaran pasukan terbaik menjadi milik pasukan kami,” jelas Afif yang pernah bergelar juara keseluruhan CP115 musim 2013.

BACA >>> Honda RS150R (2018) Kini Lebih Garang & Sporty – Yamaha Y15ZR Diminta Bertenang!

cub prix jempol 2018KATEGORI CP115

Sementara itu, saingan kelas CP115 menjadi milik duo Motul Zeneos Yamaha YY Pang dan kemenangan menjadi milik Md Fareez Afeez dengan masa keseluruhan 9’30.509s.

Manakala juara keseluruhan, Tengku Amirul Haffirudin di kedudukan kedua dengan masa 9’30.564s. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 9’32.163s.

Kemenangan ini juga meletakkan Fareez muncul naib juara keseluruhan dengan 166 mata manakala Tengku Amirul di tangga teratas dengan 208 mata.

BACA >>> Kit Lampu LED Aftermarket Mirip Model Baharu untuk Yamaha Y15ZR Lama

cub prix jempol 2018KATEGORI WIRA KBS

Bagi kategori WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman meneruskan aksi cemerlang apabila meraih kemenangan keenam berturut-turut sekaligus mengesahkan kedudukan selaku juara keseluruhan bagi musim 2018.

Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing itu menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 9’45.758s mengatasi rakan sepasukan, Md Fadlyshah Redzuan di tempat kedua dengan masa 9’58.005s. Tempat ketiga milik Abdullah Qayyum A Razak (PETRONAS Sprinta YAMAHA) dengan masa 9’58.336s.

Dengan 25 mata yang dipungut, Syarifuddin kekal ditangga teratas dengan 158 mata, 25 mata mengatasi Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH Racing) namun memiliki kelebihan jumlah kemenangan berbanding pencabarnya itu.

Kemenangan ini menyaksikan gelaran keseluruhan kembali ke pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing selepas dimenangi Khairul Idham Pawi pada tahun 2014, Md Harith Farhan Baharin (2015) dan Md Syafiq Ezzariq (2016).

cub prix jempol 2018KEPUTUSAN PUSINGAN 9, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

CP150

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14:58.587s

2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 14:58.966s

3 Azroy Hakeem Anuar (KUL) Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing 15:05.163

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:06.298s

5 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) Weststar Cilik Racing Team 15:10.741s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 200 mata

2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 161 mata

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 116 mata

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 102 mata

5 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 63 mata

CP115

1 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 9:30.509s

2 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 9:30.564s

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 9:32.163s

4 Md Aiman Azman (SGR) Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing Team 9:34.967s

5 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 9:35.841s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 208 mata

2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 166 mata

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 124 mata

4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 103 mata

5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 92 mata

WIRA KBS

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:45.758s

2 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:58.005s

3 Abdullah Qayyum A Razak (SGR) PETRONAS Sprinta YAMAHA 9:58.336s

4 Md Idil Fitri Mahadi (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 9:58.489s

5 Md Syahmi Md Anuar (NSN) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:59.256s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 158 mata

2 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 133 mata

3 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 112 mata

4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 93 mata

5 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 66 mata

afif juara cub rpix 2018 AHMAD Afif Amran juara cub prix 2018 cub prix jempol 2018 PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Der neue elektrische Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+. Exterieur Farbe: Aqua-Mint Uni Interior Polster: ARTICO/Microcut schwarz Energieverbrauch kombiniert: 19,6‒17,4 kWh/100 km | CO₂-Emissionen kombiniert: 0 g/km | CO₂-Klasse: A Die Angaben sind vorläufig. Es liegen bislang weder bestätigte Werte von einer amtlich anerkannten Prüforganisation noch eine EG-Typgenehmigung noch eine Konformitätsbescheinigung mit amtlichen Werten vor. Abweichungen zwischen den Angaben und den amtlichen Werten sind möglich. The new Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ electric. Exterior color: Aqua-mint non-metallic Interior: ARTICO Microcut Black Energy consumption combined: 19.6–17.4 kWh/100 km | Combined CO₂ emissions: 0 g/km | CO₂ class: A The figures are provisional. To date, there are no confirmed figures from an officially recognised testing organisation, nor is there an EC type-approval or a certificate of conformity containing official figures. There may be discrepancies between the figures provided and the official figures.
    Auto Terkini

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV 680hp, 1,759Nm, 0-100km/j 2.7s, Lebih 670km

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.