• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Patenkan Teknologi Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKA) untuk Motosikal

Honda Patenkan Teknologi Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKA) untuk Motosikal

July 25, 2022 By Shawkath Leave a Comment

465
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA adalah antara pengeluar motosikal yang sudah memulakan usaha pemindahan teknologi keselamatan kereta untuk motosikal. Terdahulu, pengeluar itu pernah mempatenkan beg udara untuk skuter, dan terbaharu, sistem Bantuan Kekal Lorong (LKA) untuk motosikal.

LKA adalah sistem keselamatan yang berfungsi memastikan kenderaan kekal dalam laluan dipandu atau tunggang sama ada di lebuh raya atau jalan raya biasa.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ubah Suai Ekzos Tidak Boleh Tambah Kelajuan Motosikal?
BACA >>> Honda Failkan Paten Paling Radikal, Motosikal Kawalan Minda!

Sistem itu menggunakan kamera dan sensor untuk memantau garisan di kiri dan kanan jalan dan mentafsirkan maklumat tersebut sebagai panduan mengekalkan kenderaan dalam laluan asal.

Berdasarkan foto paten, Honda nampaknya mahu memperkenalkan teknologi LKA untuk model sportbike yang membolehkan  teknologi berkenaan dapat dinikmati ramai penunggang berbanding menumpukan motosikal tourer sahaja.

Jurutera Honda kini berusaha memperhalusi sistem tersebut yang mana teknologi itu boleh disepadukan pada sebarang model motosikal masa depan.

Sama seperti damper stereng, sistem LKA akan dipasangkan pada klamp tripel (triple clamp) dengan komponen penggerak pada rod damper. Saiz sistem juga direka cukup kompak.

Sistem LKA boleh digunakan pada mana-mana motosikal asalkan ada ruang khas memasang unit kamera dan radar untuk memenuhi kriteria sistem.

Sistem penggerak stereng bukan hanya satu motor, tetapi menggunakan seunit sensor tork magnetostriktif untuk mengukur input pada bar.

Ini membolehkan motor mengesan sama ada input pengemudian terhasil akibat impak jalan raya atau penunggang sama ada sengaja atau tidak. Pembetulan lintasan atau trajektori motosikal akan dibuat berdasarkan beberapa kriteria.

BACA >>> Honda Patenkan Beg Udara Vertikal untuk Motosikal
BACA >>> Honda Patenkan Tongkat Sisi Motosikal Guna Konsep Mekanikal Baharu

Pertama, kamera perlu mengesan sama ada motosikal tersasar dari lorong tunggangan dan memastikan tiada input dari bar hendal.

Sistem akan bertindak secara lawan kemudi (countersteer) untuk membantu motosikal kembali ke lorong asal. Kawalan itu sukar dirasai dan akan dinyah aktif apabila tunggangan beralih ke lorong asal.

Sistem stereng itu juga ada hubungan dengan unit unjuran inersia (IMU) yang lazimnya dipasangkan pada kebanyakan motosikal perdana. Sama seperti terotel elektronik, sistem LKA boleh ditambah baik dengan teknologi termaju untuk motosikal seperti stereng kuasa.

Malah sistem radar membolehkan ia disepadukan dengan ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

BACA >>> Honda Patenkan Winglet Cermin Sisi untuk CBR1000RR
BACA >>> Kawasaki Patenkan Teknologi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk Motosikal
BACA >>> Ford Paten Teknologi Kesan Penunggang Motosikal di Garisan Tengah Jalan

SUMBER: RideApart

Related

465
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Kekal Lorong Motosikal, Honda Motosikal, roda2, Teknologi Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my