Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
Kenderaan Elektrik (EV)

Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!

Abang HirataBy Abang Hirata12/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kia EV2 2026

KIA memperkenalkan model elektrik keenam, Kia EV2 2026 di Pameran Motor Brussels 2026 di Belgium. Di bawah tema ‘The Power of Firsts‘, Kia EV2 tampil sebagai kenderaan elektrik (EV) kompak yang menawarkan ruang luas, praktikal dan pemanduan menyeronokkan, walaupun bersaiz kecil.

Kia EV2  2026 ialah model paling kecil dalam barisan EV Kia, yang direka untuk pemandu EV kali pertama dan pembeli baharu yang mahukan SUV bandar praktikal tetapi tetap versatil sebagai kenderaan utama.

Rekabentuk Kompak

Kia EV2 2026
Kia EV2 2026

Bahagian depan menonjol menerusi lampu vertikal dan signatur Star Map generasi terkini. Dari sisi, jelas kelihatan sosok badan kompak, tetapi lasak dengan braket badan dari fender depan hingga belakang.

Rekabentuk belakang pula menggunakan lampu yang diposisi jauh ke luar untuk memberi efek lebar. Dari sudut ini, permukaan belakang nampak kemas, besar dan unik dengan lampu sebaris braket roda sisi.

Kia EV2 GT-Line 2026
Kia EV2 GT-Line 2026

Bagi pelanggan yang mahukan penampilan lebih ekspresif, varian Kia EV2 GT-Line dilengkapi bampar khas dan beberapa lagi ciri berbeza dengan dimensi panjang 4,060mm, lebar 1,800mm, dan tinggi 1,575mm, manakala jarak roda 2,565mm.

Berdasarkan dimensi itu, Kia EV 22026 berada dalam lingkungan saiz Perodua Ativa yang mana saiz EV Korea tersebut sedikit pendek (-5mm), lebih lebar (+90mm) dan lebih rendah (-60mm). Jarak roda pula lebih panjang (+40mm) berbanding Ativa yang biasanya diterjemah pada ruang kaki lebih luas.

Dalaman Picnic Box

Kia EV2 GT-Line 2026

Bahagian dalaman EV2 direka sebagai ‘Kota Piknik’ (Picnic Box) dengan ruang peribadi tenang dan selesa. Susun atur kabin merangkumi:

  • Unit infotainmen skrin lebar 12.3 inci infotainmen dengan kluster instrumen 12.3 inci, dan panel penyaman udara 5 inci
  • Rekabentuk horizontalmenonjolkan keluasan visual
  • Bahan fabrik yang memberikan rasa hangat dan tekstur selesa
  • Lampu ambien dan boleh disepadu dengan lampu signal belok
  • Susun atur butang fizikal mengikut kekerapan penggunaan untuk mengurangkan gangguan

Ruang simpanan turut diberi perhatian dengan konsol bawah fleksibel, pad pengecas wayarles, pemegang cawan boleh laras dan perehat lengan pintu jenis terpisah.

Ruang, Kegunaan

Kia EV2 2026
Kia EV2 GT-Line 2026

Citri lain Kia EV2 2026 ialah:

  • Anjakan gear elektronik Shift-by-Wire yang memberikan ruang konsol tengah lapang
  • Tempat duduk baris kedua boleh gelongsor dan boleh baring, dengan ruang kaki hingga 958mm
  • Ruang but hingga 403 liter dan frunk

Kia turut menambah sentuhan emosi melalui paparan ‘HELLO 🙂‘ ketika masuk dan ‘HAVE A NICE DAY‘ ketika keluar. Ciri lain ialah:

  • Antaramuka digital peribadi bersama Kia AI Assistant
  • Digital Key 2, kemas kini dalam talian (OTA) dan fungsi Kia Upgrades
  • Sistem audio premium Harman Kardon
  • Port USB Type-C 100W
  • Mod Pet  untuk menjaga keselesaan haiwan peliharaan

Trenkuasa, Pengecasan

  • Dua pilihan bateri: 42.2kWj dan 61.0kWj
  • Jarak WLTP hingga 317km (Standard-Range) atau 448 km (Long-Range)
  • Pengecasan pantas (DC) 10 – 80 peratus dalam 29 minit / 30 minit
  • Sokongan pengecasan AC 11kW / 22kW

Kawalan, Keselesaan

Kia EV2 GT-Line 2026

  • Stereng kuasa pacuan motor jenis kolum C-MDPS (column-type motor driven power steering) output tinggi dengan nisbah stereng dioptimum untuk ruang sempit bandar
  • Suspensi belakang gandar torsion beam berpasangan CTBA (coupled torsion beam axle) dengan sesendal hidro (bushings hidro) untuk mengurangkan getaran

Keselamatan, Sistem Bantuan Pemandu

  • Aamran Perlanggaran Depan (FCA) 2.0, HoD, Bantuan Kekal Lorong 2 (LKA 2), Bantuan Pandu Lebuh Raya2  (HDA 2), Bantuan Parkir Pintar Kawalan Juauh (RSPA)
  • Pilar-A lebih nipis dan kaca pintu belakang lebih rendah untuk pandangan lebih jelas
  • Fungsi EV pintar seperti EV Route Planner, Plug & Charge, dan V2L/V2G

Pengeluaran

Kia EV2 GT-Line 2026
Kia EV2 2026

Pengeluaran Kia EV2 bermula suku pertama 2026 untuk varian Standard-Range dan disusuli varian Long-Range dan GT-Line.

Bagaimana dengan pasaran tempatan? Kia antara yang terawal menawarkan EV di pasaran tempatan melalui model EV5 dan kini hanya tinggal EV9. Di bawah pengurusan baharu, Kia Sales Malaysia (KSM), elok jika EV2 dibawa ke dalam negara melalui pakej pemasangan tempatan (CKD) untuk mendapatkan harga menarik.

Spesifikasi Teknikal Kia EV2 (Pra-Homologasi Eropah)

Dimensi

  • Panjang: 4,060mm
  • Lebar: 1,800mm
  • Tinggi: 1,575mm
  • Jarak roda: 2,565mm

Bateri, Jarak Pemanduan

  • Standard-Range: 42.2kWj, jarak hingga 317km (WLTP)
  • Long-Range: 61.0kWj, jarak hingga 448km (WLTP)

Pengecasan

  • Pengecasan pantas (DC) 10 – 80 peratus: 29 minit (Standard-Range); 30 minit (Long-Range)
  • Pengecasan AC 11kW / 22kW): 4:05 / 2:35 jam (Standard-Range); 5:35 / 3:00 jam (Long-Range)

Tayar

  • 205/65 R16 (Standard-Range)
  • 215/50 R18 (Long-Range)
  • 225/45 R19 (GT-Line)

Ruang But

  • 362 liter untuk konfigurasi standard 5-kerusi
  • 403 liter apabila tempat duduk belakang dilungsur ke depan

Kemudahan, Teknologi

  • Digital Key 2.0 untuk akses tanpa kunci
  • RSPA Entry
  • Lampu utama LED MFR
  • Sistem audio premium Harman/Kardon
  • Fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dan Vehicle-to-Grid (V2G)
  • Kemas kini Over-the-Air (OTA) dan Kia Upgrades

Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)

  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan 2 (FCA2)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta R/P (BCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA2) dan Bantuan Susur Lorong 2 (LFA2)
  • Kawalan Jelajah Pintar 2 (SCC2) dan Bantan Had Kelajuan Pintar (ISLA)
  • Bantuan Pandu Lebuhraya 2 (HDA2)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Lintas (RCCA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Parkir (PCA-R)
  • Amaran Keluar Selamat (SEW)
  • Amaran Jarak Parkir (PDW) untuk depan, belakang dan sisi
  • Monitor Pandang Keliling (SVM), Monitor Pandang Belakang (RVM) dan Pemantau Titik Buta (BVM)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
Kia EV2 GT-Line
Kia EV2 GT-Line 2026
Kia EV2 GT-Line 2026
Kia EV2 GT-Line 2026
Kia EV2 GT-Line 2026
Kia EV2 GT-Line 2026
Kia EV2 Standard
Kia EV2 2026
Kia EV2 2026
Kia EV2 2026
Kia EV2 2026
Kenderaan Elektrik (EV) Kia Kia EV2 Kia EV2 2026 Pameran Motor Brussels 2026 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.