• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ford Paten Teknologi Kesan Penunggang Motosikal di Garisan Tengah Jalan

Ford Paten Teknologi Kesan Penunggang Motosikal di Garisan Tengah Jalan

June 4, 2018 By AI 1 Comment

FacebookTwitter


SEDEKAD akan datang, kereta pandu sendiri akan jadi semakin banyak atas jalan. Hari ini, era pemanduan separa autonomi sudah pun bermula dan perlahan-lahan jadi ciri biasa yang tidak lagi terhad kepada kereta paling mahal dan premium.

Namun, trend sama tidak berlaku kepada industri motosikal. Agak pelik juga kalau ada penunggang yang mahukan motosikal mereka dipandu sendiri. Bagaimanapun itu tidak menghalang pengeluar dua roda membangunkan pelbagai teknologi keselamatan tambahan untuk produk masing-masing.

BACA >>> Mazda Patenkan Rekaan Spoiler Aktif pada Lampu Belakang, Mampu Optimumkan Aerodinamik Kereta

Malah, pengeluar kereta juga tidak mahu ketinggalan untuk turut menaik taraf teknologi kenderaan dengan mengambil berat aspek keselamatan pejalan kaki dan penunggang motosikal atau basikal. Antaranya, beg udara atas bonet seperti dibangunkan Volvo.

TIGA KAMERA KESAN MOTOSIKAL

Terkini, Ford memfailkan paten sistem baharu yang membolehkan kenderaan autonomi mengesan motosikal di lorong tengah. Walaupun situasi penunggang motosikal di lorong tengah mungkin nampak asing di Amerika, ada jutaan penunggang seluruh dunia yang menggunakan lorong tengah setiap hari, termasuk Malaysia. Jadi inisiatif Ford itu adalah masuk akal.

Paten baru Ford itu dibangunkan menggunakan tiga kamera belakang yang disambung ke pengawal berpusat, menyerupai bantuan pemandu termaju (ADA) yang berfungsi memberikan amaran kepada sistem autonomi (autopilot) supaya membrek atau memusingkan stereng apabila mengesan kehadiran motosikal di lorong tengah.

Teknologi itu juga turut berguna untuk kereta semi autonomi atau bukan autonomi yang boleh disertakan sebagai ciri bantuan tambahan.

teknologi-ford-kesan-penunggang-motor
motor-lorong-tengah-2
Motorcycle Commuter Safety

Jika kita mengimbau semula insiden 2016, seorang penunggang motosikal di Norway dilaporkan terlanggar belakang Tesla Model S yang sedang dipandu secara autopilot. Mujurlah dia terselamat, tetapi insiden tersebut menimbulkan kebimbangan umum kerana teknologi autonomi Tesla diterima meluas sebagai antara terbaik di pasaran.

BACA >>> Selepas Puas Pandu Lebih 200,000km, Barulah Teksi Tesla Model S Ini Mahu Dijual

Dahulu, banyak kenderaan daripada pengeluar berbeza menawarkan sistem Amaran Rempuhan Depan (FCW) yang diuji untuk melihat bagaimana sistem itu mampu mengenal pasti kehadiran motosikal dengan tepat. Hasilnya, 40 peratus teknologi FCW gagal mengesan kehadiran motosikal!

Kebimbangan lain pula, disebabkan teknologi pandu sendiri sudah jadi kebiasaan, ada kemungkinan motosikal boleh diharamkan menggunakan jalan raya tertentu. Jadi, sudah tentu usaha Ford melabur dalam teknologi ini dilihat sebagai sangat bagus dan patut dipuji.

SUMBER: RideApart

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Amaran Rempuhan Depan (FCW), autotainment, Ford, motosikal, paten, roda2, teknologi, Teknologi Keselamatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
    Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
  • Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
    Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
  • 34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
    34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
  • Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim
    Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my