• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Failkan Paten Paling Radikal, Motosikal Kawalan Minda!

Honda Failkan Paten Paling Radikal, Motosikal Kawalan Minda!

December 10, 2020 By Aryon Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA memfailkan salah satu daripada paten paling radikal tahun ini, iaitu idea motosikal yang boleh dikawal secara terus menggunakan kuasa minda.

Begini, semua motosikal moden hari ini sudah dikawal dengan kuasa minda. Setiap kali kita berfikir, otak akan menghantar mesej kepada anggota badan yang mengawal motosikal. Berdasarkan paten terbaharu itu pula, Honda nampaknya menemui cara lebih berkesan untuk melakukan situasi berkenaan dengan menggunakan signal dari otak yang secara langsung mempengaruhi motosikal.

Idea gila-gila itu tidaklah semudah kita fikirkan 'kiri' dan motosikal akan membelok ke kiri, tetapi lebih kepada menukar tetapan dan sistem bantuan jentera. Dalam helmet penunggang terdapat set sensor neural yang mampu mencerap minda dari otak penunggang sebelum menghantar mesej kepada komputer dalam motosikal.

BACA >>> Skil Stoppie Bantu Hentikan Motor Saat Kecemasan (Jangan Sampai Gigi Berterabur)

Mesej itu akan diuraikan dan tetapan disesuaikan mengikut apa dimahukan penunggang. Teknologi itu juga mampu melakukan sesuatu yang sangat ekstrem dan menyalahi undang-undang jalan raya seperti wheelie, stoppie (wheekang), burnout (mengasapkan tayar) dan drift.

Justeru motosikal dengan dilengkapi ciri kawalan minda itu akan memiliki sistem pengumpulan data yang sangat sofistikated dan bukan sekadar tentang unit unjuran inersia (IMU).

Sebelum seseorang penunggang berani mengangkat roda depan atau belakang ke udara, semestinya set pengiraan kompleks dalam otaknya diperlukan. Ini kerana komputer akan menganalisis kelajuan, jarak dengan kenderaan berdekatan atau selekoh, sudut miring atau apa saja bentuk pengiraan, termasuk sudut kepala stereng.

Semua persoalan tersebut dijawab dalam jangka masa saat terpisah. Rasanya boleh tak kita yakin dengan motosikal kawalan minda ini?

BACA >>> ABS Wheelie Bar - Peranti Belajar Wheelie Cara Selamat, RM1.2k

SUMBER: VisorDown

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Honda, Motosikal Kawalan Minda, paten, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my