• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Patenkan Winglet Cermin Sisi untuk CBR1000RR

Honda Patenkan Winglet Cermin Sisi untuk CBR1000RR

April 25, 2019 By Aryon Leave a Comment

689
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, winglet aerodinamik mula jadi topik hangat dibincangkan untuk menambah baik prestasi sesebuah motosikal. Berita tentang komponen tambahan ini sudah kedengaran sejak sedekad lalu.

Namun, ia hanya mula digunakan secara rasmi tahun lalu pada Kejuaraan Superbike Dunia 2018 selepas dibenarkan homologasi perlumbaan. Model superbike kelas perdana, Jentera Ducati V4 R dan Aprilia RSV4 1100 Factory, kedua-duanya dilengkapi winglet sport.

BACA >>> Imej Paten Yamaha NMAX (2019) Bocor, Rupa Depan Dikemas Kini Baharu

Terbaharu, Honda juga bakal menggunakan komponen sama yang akan dipasangkan pada CBR1000RR baharu. Namun, berbeza model pesaing yang meletakkan winglet pada fairing depan, sebaliknya Honda memasangkan peranti itu pada cermin sisi. Hmmm...

Sebenarnya winglet cermin sisi berbentuk lebih kurang sama juga ada dipasangkan Kawasaki pada Ninja H2R. Jadi kita boleh menjangka Honda mungkin menjadikan winglet itu lebih kepada peranti tambahan, dan bukan utama.

Tidak diketahui adakah winglet pada cermin sisi dapat memberikan manfaat aerodinamik signifikan untuk mendapatkan kelebihan daya mendap (downforce) ketika memecut. Sebagai rujukan, winglet Panigale V4 R menurut Ducati dikatakan menjana daya mendap 30kg pada kelajuan 270kmj.

Honda khabarnya bakal memperkenalkan CBR1000RR pada 2020 yang dikemas kini sepenuhnya. Namun berita itu masih di peringkat spekulasi.

BACA >>> Honda CBR1000RR Fireblade SP dengan DNA Lumba Kini di Pasaran, RM114,999

SUMBER: RideApart

689
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aerodinamik, Auto Terkini, Honda, Honda CBR1000RR, paten, Peranti Aerodinamik, winglet, Winglet Cermin Sisi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • SAV Terbabas Langgar Lopak Air Di LPT2, Warga Singapura Maut
    SAV Terbabas Langgar Lopak Air Di LPT2, Warga Singapura Maut
  • Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
    Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
  • Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
    Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
  • Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
    Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my