Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»9 Fakta Pantas: Geely Icon dengan Sistem Penulen Udara untuk Cegah Covid-19
Auto Terkini

9 Fakta Pantas: Geely Icon dengan Sistem Penulen Udara untuk Cegah Covid-19

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GEELY Auto melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, Icon secara atas talian yang disaksikan jutaan penduduk China.

Icon kali pertama ditayangkan sebagai model konsep pada Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018, dan debut rasmini menerima lebih 30,000 tempahan atas talian. Apa yang menarik tentang SUV dengan rekabentuk futuristik ini?

BACA >>> #AutoChina2018: 10 Fakta Pantas – Geely Concept Icon Mahu Cetus Trend Automotif Baharu

1. Icon kereta pertama dalam segmennya dilengkapi teknologi hibrid ringan 48V. Menggunakan enjin petrol 1.5L Turbo berkuasa 175hp dan tork 255Nm. Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 7.9 saat.

2. Geely menghasilkan kontur pilar bersegi hasil ilham 8-bit daripada arkitektur komputer yang berbeza daripada rekabentuk crossover tradisional. Elemen permukaan dan grafik direka minimal seiring konsep gajet masa kini, iaitu ringkas di luar tetapi tersembunyi teknologi serba sofistikated di dalam.

3. Susun atur lampu depan diletakkan selepas gelung infiniti yang mewakili simbol masa dan menghasilkan rekabentuk terpisah. Bukan saja menarik tetapi juga meningkatkan kecekapan pencahayaan hingga 30 peratus dan meningkatkan penglihatan atas jalan hingga 165 meter.

4. Memilih konsep minimalis, Icon memfokuskan pada teknologi. Hendal pintu tersembunyi akan terkeluar apabila pengguna menghampiri kenderaan sebelum masuk semula apabila meninggalkan kenderaan, sama seperti Range Rover Velar.

BACA>>>#TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 – 7DCT yang Perlu Anda Tahu

5. Kabin sains fiksyen tampil premium dengan kombinasi kulit putih dan coklat berserta padanan sulaman kontras. Rekaan ventilator penyaman udara dan pemegang cawan mengetengahkan konsep infiniti. Ada dua skrin 10.25 inci di depan pemandu dan konsol tengah yang membolehkan pemandu berinteraksi menerusi sistem arahan suara pintar GKUI Geely Smart Ecosystem.

6. Icon didatangkan dengan teknologi pemanduan pintar L2+, terdiri daripada 12 radar ultrasonik, radar gelombang milimeter dan 5 kamera definisi tinggi (HD). Sistem keselamatan pula dilengkapkan ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Brek Kecemasan Automatik Pejalan Kaki (AEB-P), Parkir Automatik (APA) dan lain-lain.

7. Dari segi keselamatan, Icon dipasangkan kamera sensor keselamatan 360ยฐ dengan tambahan 180ยฐ. Ini membolehkan penumpang melihat imej 360ยฐ pada skrin kabin, dan visual 180ยฐ ย untuk pemandu dari sisi, depan atau belakang kereta, sekali gus meminimumkan masalah titik buta.

8. Respons kepada wabak virus Covid-19, Geely Auto membangunkan Sistem Penulenan Udara Pintar (IAPS) lulus N95. Sistem penulen udara ini berfungsi dengan penyaman udara untuk mengasingkan dan menghilangkan unsur atau partikel berbahaya menerusi penstrilan dan menyahbau udara dalam kabin.

9. Icon dijual pada harga AS$16,500 (RM69,490).ย 

BACA>>>15 Fakta Pantas: Tentang Geely Jia Ji yang Perlu Anda Tahu (Foto Luaran + Dalaman)

GALERI

SUMBER: Global Geely

Auto Terkini Concept Icon Geely Geely Auto Geely Icon Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV kompak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.