Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»8 Kereta Konsep Rotari Terbaik Pernah Dihasilkan Mazda
Autotainment

8 Kereta Konsep Rotari Terbaik Pernah Dihasilkan Mazda

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA ialah pengeluar automotif yang bertanggungjawab mempopularkan enjin rotari walaupun enjin itu asalnya direka jurutera Jerman, Felix Wankel.

Sejak 1967, Mazda sudah membina lebih dua juta unit kereta yang dipacu enjin rotari dengan Mazda RX-8 menjadi model rotari terakhir jenama itu pada 2012. 

Selain terkenal sebagai pengeluar kereta hebat seperti RX-7, ada banyak model konsep dihasilkan Mazda yang tidak berjaya memasuki peringkat pengeluaran. Mari kita lihat lapan model konsep paling menarik pernah dibuat pengeluar Jepun itu.

BACA >>> Evolusi Mazda RX-7, Legenda Kereta Sport Rotari yang Ditunggu-Tunggu Belum Tiba
BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 5]: Enjin Rotari – Pakej Enjin Kecil dengan Kuasa Besar

8. MAZDA RX-500 (1970)

Kereta ini diperkenalkan pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 1970 sempena sambutan hampir setengah abad penubuhan Mazda. Dikuasakan enjin tengah 982cc dwi-rotor berkuasa 250hp. Enjin kereta ini mempunyai rev tinggi hingga 15,000rpm dan mampu mencapai kelajuan maksimum 241kmj.

Menariknya, kereta ini hadir dengan rekaan pintu rama-rama yang hanya dipopularkan Lamborghini Countach empat tahun kemudian. 

7. MAZDA MX-03 (1985)

Ini model konsep paling berteknologi tinggi pada 1980-an. Kereta ini hadir dengan ciri moden seperti stereng empat roda dengan rekaan seperti yok pesawat udara, paparan dongak (HUD), dan ciri pelik seperti cermin sisi hanya di sebelah pemandu. 

Model ini menggunakan enjin 2.0L dwi-rotor berkuasa 319hp dengan kelajuan maksimum 290kmj dan mampu memecut 0-100kmj kurang lima saat.

6. MAZDA MX-04 (1987)

Diperkenalkan pada Pamera Motor Tokyo (TMS) 1987. Model ini menggunakan enjin depan dan pacuan roda belakang (RWD). Ciri menarik model ini ialah panel badan gentian kaca boleh ditukar dan dicabut mengikut cita rasa pemilik.

Ini membolehkan pemilik menukar bentuk kereta coupe ini kepada roadster tanpa bumbung dan cermin depan. Menarikkan?

BACA >>> #RetroAuto: Mazda Miata – Roadster Popular Unik Lebih Tiga Dekad

5. MAZDA RX-01 (1995)

Juga diperkenalkan pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 1995. Kereta konsep ini adalah cubaan Mazda untuk kembali kepada elemen asal kerana RX-7 yang keluar ketika itu sudah jadi model sofistikated.

Kereta ini menggunakan enjin depan rotari aspirasi natural (NA) berkuasa 223hp yang juga digunakan RX-8 pada 2003. 

4. MAZDA TAIKI (2007)

Berbanding model konsep seperti RX-01, MX-04 dan MX-03 yang praktikal dan boleh digunakan, tetapi Taiki ini hanya sekadar konsep sahaja. Rekabentuk model ini lain daripada lain dengan bentuk air mata (teardrop) di belakang dan roda belakang tertutup. Model ini sepatutnya menggunakan enjin rotari versi ‘Renesis’ yang juga digunakan pada RX-8.

3. MAZDA FURAI (2008)

Antara model konsep Mazda paling terkenal kerana rekabentuk yang sangat cantik. Kereta ini menggunakan enjin tiga rotor berkuasa 456hp dan menggunakan bahan api bio-etanol. 

Menariknya, Top Gear pernah menjadi satu-satunya media yang diberikan peluang memandu uji kereta ini, tetapi malangnya terbakar di trek ketika penggambaran berlangsung.

BACA >>> Kereta Sport Mazda dengan Enjin Rotari Bakal Kembali?

2. MAZDA LM55

Mazda antara pengeluar terawal menghasilkan model khas untuk digunakan dalam permainan video Gran Turismo di bawah program Vision Gran Turismo. Nama kereta ini diambil daripada nombor 55 milik jentera Mazda 787b  yang menang perlumbaan enduran 24 Hours of Le Mans 1991. 

Asalnya, tiada versi sebenar dibuat untuk model konsep ini. Namun, versi saiz sebenar pernah dipamerkan di Goodwood Festival of Speed 2015. 

1. MAZDA RX-VISION (2015)

Antara kereta konsep Mazda tercantik dan turut diperkenalkan pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2015. Ini model terawal menggunakan falsafah rekabentuk ‘Kodo Design’ yang ada pada semua model baharu Mazda. 

Kereta ini dibina untuk menempatkan enjin rotari Skyactiv-R. Khabarnya versi pengeluaran bakal dihasilkan, tetapi masih tiada berita hingga kini.

BACA >>> Mazda VISION COUPE – Bangkitkan Semangat Masa Lalu untuk Masa Hadapan
BACA >>> #TahukahAnda: Rupanya Inilah Maksud Sebenar di Sebalik Pelekat Kereta Jepun

SUMBER: TopGear

Enjin Rotari Wankel Lamborghini Countach mazda MAZDA FURAI MAZDA LM55 MAZDA MX-03 MAZDA MX-04 MAZDA RX-01 MAZDA RX-500 Mazda RX-7 Mazda RX-8 Mazda RX-Vision MAZDA TAIKI Rotari Rotary
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Steinwinter Supercargo 1983
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

    05/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.