• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Evolusi Mazda RX-7, Legenda Kereta Sport Rotari yang Ditunggu-Tunggu Belum Tiba

Evolusi Mazda RX-7, Legenda Kereta Sport Rotari yang Ditunggu-Tunggu Belum Tiba

August 17, 2018 By AI Leave a Comment

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Supra sudah kembali semula. Honda Acura aka NSX pun sudah buat melakukan debut, manakala Nissan Z pula masih belum mahu meninggalkan dunia automotif. Ini menjadikan Mazda RX-7 antara kereta sport Jepun era 1980-90-an yang masih belum memunculkan diri dan pasti dirindukan peminat automotif seantero dunia.

Sayangnya, selepas bertahun khabar angin berlegar, Mazda masih belum lagi memulakan pengeluaran kereta sport rotari itu. Selain berharap dan berdoa (buat mereka yang cukup wang tabungan), perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah mengimbau semula siri Mazda RX versi lama untuk mengembalikan nostalgia dahulu kala.

BACA >>> Honda NSX (2016): 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Legenda Sport Ini

Video Cars Evolution berdurasi 4 minit 31 saat di bawah menceritakan semula sejarah RX-7 bermula tahun debut model itu pada 1978 hingga model terakhir dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1995, hingga versi akhir dipasarkan di Jepun sekitar 2002 menerusi RX-7 Spirit R (sebelum digantikan model RX-8).

Lagi fakta menarik, cuma ada satu model RX-7 Spirit R akhir yang dibuat dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD) dan ia dibina khas untuk ketua Mazda Amerika Utara, Robert Davis, dan kini masih berada di ibu pejabat pengeluar itu di AS.

Sepanjang perjalanan, prestasi model Mazda itu meningkat hampir tiga kali ganda daripada asal 100hp hingga 276hp untuk versi paling akhir. Seiring prestasi, pecutan 0-100kmj turut meningkat daripada cuma 9.2 saat kepada sepantas 5 saat sahaja. Ia jelas evolusi mengagumkan.

BACA >>> #GMS2018: 5 Fakta Pantas Tentang Toyota GR Supra Concept

Kini sudah tiba masa rotari sport berevolusi, dan langkah seterusnya terpulang kepada Mazda. Berikut senarai Mazda RX-7 mengikut tahun seperti dipaparkan video di atas:

  • Mazda RX-7 (1978)
  • Mazda RX-7 GSL (1981)
  • Mazda RX-7 GSL SE (1984)
  • Mazda RX-7 GXL (1986)
  • Mazda RX-7 Turbo II (1988)
  • Mazda RX-7 GTUs (1989)
  • Mazda RX-7 Touring (1993)
  • Mazda RX-7 RS (1996)
  • Mazda RX-7 Spirit R (2002)
Mazda RX-7 (1978)
Mazda RX-7 (1978)
Mazda RX-7 GSL (1981)
Mazda RX-7 GSL (1981)
Mazda RX-7 GSL SE (1984)
Mazda RX-7 GSL SE (1984)
Mazda RX-7 GXL (1986)
Mazda RX-7 GXL (1986)
Mazda RX-7 Turbo II (1988)
Mazda RX-7 Turbo II (1988)
Mazda RX-7 GTUs (1989)
Mazda RX-7 GTUs (1989)
Mazda RX-7 Touring (1993)
Mazda RX-7 Touring (1993)
Mazda RX-7 RS (1996)
Mazda RX-7 RS (1996)
Mazda RX-7 Spirit R (2002)
Mazda RX-7 Spirit R (2002)

SUMBER: YouTube CarsEvolution

Artikel Berkaitan

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: bermaz Motor, evolusi, Kereta Sport, mazda, Mazda Malaysia, Mazda RX-7, Mazda RX-8, Roda4, Rotari, Rotary, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my