Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»6 Rookie Debut Vios Challenge Sempena Festival Toyota GAZOO Racing, Hujung Minggu Ini
Auto Terkini

6 Rookie Debut Vios Challenge Sempena Festival Toyota GAZOO Racing, Hujung Minggu Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ENAM graduan Program Pembangunan Bakat Muda GAZOO Racing akan menyertai saingan pusingan Musim Keempat (S4) Festival Toyota GAZOO Racing di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini, pada 26 hingga 28 Mac 2021.

Kumpulan pelumba muda itu akan memandu jentera lumba sedan dalam Toyota Vios Challenge untuk bersaing sesama sendiri dalam kelas Rookie. Menariknya, enam graduan baharu tersebut juga akan berlumba bersama barisan pelumba elit dan profesional berpengalaman dalam kelas Super Sporting yang sebilangan ialah tenaga pengajar mereka.

BACA >>> Inilah 6 Rahsia Kenapa Toyota Vios (2019) Kekal Relevan

Enam graduan program itu terdiri daripada:

  1. Mika Hakimi, 17 tahun
  2. Naquib Azlan (20)
  3. Amer Harris (17)
  4. Jwan Hii (18)
  5. Putera Adam (14)
  6. Troy Eimann (16)

Berikut reaksi pelumba apabila ditanya mengenai kebimbangan masing-masing dalam debut perlumbaan Toyota Vios Challenge, minggu ini:

Jwan Hii

“Saya rasa lebih teruja berbanding bimbang. Perlumbaan kereta sedan memang berbeza dengan apa yang saya biasa buat. Saya yakin Pusingan Pertama (Round 1) akan menyuntik keyakinan dan saya tak sabar nak beraksi.”

Jwan berpendapat mana-mana pelumba yang dapat menyesuaikan diri di SIC akan mendapat kelebihan kerana keserasian adalah antara kunci utama bergelar pelumba. Jwan tidak melihat sesiapa sebagai pencabar terdekat dalam kelas Rookie kerana baginya semua pelumba sama.

“Saya teruja ke grid lumba bersama antara pelumba terpantas Malaysia. Tidak takut dan tidak sabar melihat prestasi sendiri dengan mereka selepas beberapa bulan buat persiapan,” kata Jwan.

Troy Eimann

Trey mengakui bimbang kerana inilah perlumbaan pertamanya tahun ini, tetapi berharap dapat bersaing hingga ke garisan penamat.  Dia percaya ada peluang selepas mendapatkan tunjuk ajar dari pelumba profesional kelas Super Sporting ketika sesi latihan.

“Putera, Mika dan Jwan dilihat sebagai pencabar. Ketika latihan, saya rasa kami semua menunjukkan keupayaan sama dan konsisten. Ini akan jadi saingan sengit,” kata Troy.

Bagaimanapun, dia optimis dengan kelebihan sendiri di kawasan selekoh pantas, seperti Turn 5 dan Turn 6 di SIC. Dia mahu mendapatkan keputusan baik dan cuba menamatkan perlumbaan lima teratas.

Amer Harris

Bagi Amer pula, dia tidak gementar, tetapi teruja melihat keupayaan diri beraksi dengan pelumba lain, lebih-lebih lagi bertarung bersama pelumba Super Sporting.

Walaupun dia ada pengalaman berlumba di SIC ketika menyertai Formula 4, anak muda itu mengakui ada perbezaan memandu jentera formula satu tempat duduk dan kereta sedan seperti Vios.

“Ini peluang terbaik untuk belajar sebagai rookie. Walaupun mungkin perlumbaan pertama, tetapi saya percaya kami ada kejutan tersendiri. Apabila di litar, biasanya kami akan lupa semua benda dan  fokus terhadap diri sendiri. Tiada masa fikirkan orang lain jika mahu menang perlumbaan,” jelas Amer.

Amer melihat Naquib sebagai pencabar disebabkan memiliki ketangkasan yang menyamai kemampuannya tetapi itu bukan penghalang untuk cuba memenangi setiap perlumbaan.

Naquib Azlan

Naquib berpengalaman memandu di trek SIC, termasuk berlumba dengan mesin simulator. Ini memberinya keyakinan tetapi:

“Rasa gementar pasti ada sama ada suka atau tidak kerana tiada sesiapa antara kami pernah menyertai perlumbaan kereta sedan. Saya akan fokus apa perlu dibuat dan tidak terlalu fikir pasal aspek gementar,” katanya.

Naquib melihat peluang ini sebagai penghormatan beraksi bersama kumpulan pelumba berpengalaman kelas Super Sporting dan berhajat mempamerkan bakat dimiliki.

“Jurulatih sudah membantu kami memahami cara sebenar pemanduan kereta dan cara menjadi seorang pelumba kereta,” katanya.

BACA >>> #PanduUji: Adakah Toyota Vios (2019) dengan Rupa Moden Masih Relevan?

Mika Hakimi

Bagi Mika, ini peluang terbaik kerana perlumbaan hujung minggu ini akan membantu menambah lagi pengalaman berlumba. Impiannya ialah muncul dalam ranking lima pemenang teratas.

Mika lebih yakin berkongsikan misi utamanya, iaitu turun trek dan buat yang terbaik. Dia juga mengakui ada sasaran, tetapi impiannya tidak membuatkannya bimbang atau takut. Dia akan lakukan apa terdaya dan cuba belajar apa yang boleh.

Dia secara jujur mengatakan tidak tahu siapa pencabar terdekat kerana ia masih terlalu awal untuk memikirkan soal itu. Sebaliknya, pencabar terdekat hanya akan dinilai selepas tamat Pusingan Pertama.

Putera Adam

Putera sudah bersedia berlumba di sisi jurulatih dan pengajar di SIC selepas banyak menimba pengalaman daripada mereka. Baginya, ia suatu detik menyeronokkan.

“Sudah pasti ada rasa gelisah dan saya sebenarnya sedang merasainya. Saya hanya boleh bayangkan hari perlumbaan. Saya percaya dengan kekuatan mental yang ada dan ini akan memastikan pemikiran tersebut tidak menjejaskan pretasi di litar nanti.

“Saya melihat Amer sebagai pencabar utama sepanjang musim ini. Kami berdua sudah bersaing sejak berlumba kart tetapi saya tetap menghormatinya sebagai pemandu,” kata yang mahu memijak berada di tangga podium.

Auto Terkini sukan permotoran Toyota Toyota Gazoo Racing Toyota Vios Toyota Vios Challenge Toyota Vios Challenge Musim Ke-4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.