Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Nissan Serena S-Hybrid (2022)
Autotainment

5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Nissan Serena S-Hybrid (2022)

ShawkathBy Shawkath01/12/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Serena bukan model kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu di pasaran tempatan. Malah kenderaan itu sudah dipandu ramai individu berkeluarga di negara ini sejak 1997. Apatah lagi pernah merangkul gelaran MPV bukan nasional paling laris di Malaysia.

Sebagai makluman, Serena ialah model MPV famili pertama diperkenalkan Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Ketika Serena S-Hybrid dilancarkan, model itu ialah MPV hibrid pertama dipasang di Malaysia dan masih kekal sebagai MPV hibrid pemasangan tempatan (CKD).

BACA >>> Nissan Serena S-Hybrid (2022) Versi Dipertingkat Lancar, Harga Mula RM149k!
BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza

Nissan Serena S-Hybrid 2014
Nissan Serena S-Hybrid 2018
Nissan Serena S-Hybrid 2022

Tahun 2001 menyaksikan kemunculan Serena generasi kedua sebagai MPV dengan dua pintu gelangsar pertama Malaysia yang bersaiz lebih besar.

Versi hibrid pertama negara, Serena S-Hybrid pula diimport masuk pada 2013 sebelum model CKD dilancarkan setahun kemudian kepada mereka yang mahukan sebuah MPV mesra alam.

Pada 6 Julai 2022, ETCM melancarkan Serena S-Hybrid (2022) versi dipertingkat yang didatangkan dengan pelbagai penambahbaikan bagi memenuhi keperluan pembeli  berkeluarga.

1. 25 TAHUN SERENA DI MALAYSIA

ETCM menaik taraf Serena S-Hybrid dengan meningkatkan ciri keselamatan dan keselesaan untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia. Selain itu, Serena ini turut menerima transformasi rekabentuk yang menyerlahkan gaya MPV famili berstatus premium.

Menariknya, ETCM menumpukan kepada tiga elemen utama bagi memastikan Serena edisi hibrid ini menawarkan pakej MPV terbaik kepada pembeli. Jangan lupa, ETCM sudah menjual model ini di Malaysia sejak 25 tahun lalu dan pasti tahu apa dimahukan pelanggannya.

2. PAKEJ SMART 360º SAFETY SHIELD

Serena S-Hybrid (2022) menerima penambahbaikan ciri keselamatan moden membabitkan teknologi bantuan pemandu termaju baharu seperti berikut:

1. Amaran Perlanggaran Depan Pintar (IFCW) dan Brek Kecemasan Depan Pintar (IFEB)

  • Sistem akan memantau dua kenderaan di depan untuk membantu mengurangkan risiko insiden perlanggaran berganda.
  • IFEB pula mengaktifkan brek bagi mengelak rempuhan berlaku, dan mengurangkan stres ketika memandu dalam trafik sesak atau laluan sibuk.
2. Amaran Titik Buta (BSW)

  • Secara am, sistem ini membantu memberikan amaran awal mengenai kehadiran kenderaan lain berada dekat, dalam kawasan titik buta atau ketika hendak menukar lorong pemanduan.
  • Ketika memandu pada halaju 32kmj ke atas, sistem BSW akan mengawasi zon titik buta pada jarak kira-kira 3 meter x 3 meter menggunakan sensor radar pada bampar belakang.
3. Amaran Keluar Lorong (LDW)

  • Anda akan diberi peringatan secara visual dan bunyi amaran jika sistem mengesan kenderaan tersasar keluar lorong.
  • Peringatan akan dinyah aktif apabila menggunakan lampu signal belok.
4. Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)

  • Ketika mengundur pada kelajuan bawah 8kmj, sistem RCTA akan membantu pemandu mengesan kehadiran kenderaan lain yang dipandu bawah 30kmj. Jika ada, sistem akan beri amaran secara audio dan visual.
  • Sistem RCTA sebenarnya membantu anda mengundur kenderaan dengan lebih yakin, terutama di lot parkir yang sesak atau ada situasi yang menghalang pandangan.
5. Monitor Paparan Keliling Pintar dengan Pengesan Objek Gerak Pintar
  • Ciri ini menghasilkan paparan maya Bird’s Eye 360° untuk melihat persekitaran luaran sekeliling MPV.
  • Amaran audio dan visual akan dikeluarkan jika sistem mengesan pergerakan sekeliling kenderaan.
6. Kewaspadaan Pemandu Pintar (Intelligent Driver Alertness, IDA)
  • Ciri ini membantu memberi amaran jika mengesan kondisi pemandu mula lesu atau hilang fokus ketika memandu.

3. REKABENTUK LEBIH PREMIUM

Jika membandingkan Serena S-Hybrid (2022) dengan model terdahulu, perubahan paling ketara ialah rekabentuk gril depan V-Motion dengan corak Majestic krom.

Serena S-Hybrid (2022) memaparkan perincian rekabentuk lebih menarik dengan konsep baharu palang krom yang memisahkan lampu signal belok dan lampu utama. Palang itu mirip rekaan angka 7 yang mengapit frem gril depan krom.

Ada tujuh garis krom pada gril yang disusun secara horizontal dengan logo Nissan ditengah. Sebelum ini, gril Serena cuma dihiasai dua palang horizontal besar dengan logo sama. Satu lagi pembaharuan ialah bampar baharu yang melengkapkan imej menyeluruh rupa depan MPV ini.

4. RUANG KABIN MEWAH

Dalam kabin, Serena S-Hybrid (2022) mengetengahkan konsep dwi-tona kelabu gelap dengan kerusi dibalut material kulit Nappa, termasuk ada dua pilihan warna kerusi, coklat dan hitam. Kerusi S-Hybrid nyata mewah selepas diberikan sulaman corak premium.

Ada tiga barisan tempat duduk untuk kegunaan tujuh penumpang dengan format susunan 2-2-3 berserta 13 konfigurasi tempat duduk yang boleh diubah suai pengguna mengikut keperluan.

Barisan tempat duduk kedua boleh direbah rata untuk membentuk katil. Malah anda boleh menggerakkan kerusi barisan kedua sama ada ke depan-belakang, atau kiri-kanan, juga mengikut keperluan.

Setiap kerusi barisan depan dan kedua dilengkapi perehat lengan untuk keselesaan penumpang. Penumpang barisan ketiga pula diberikan dua ciri menarik, iaitu:

Pertama, ada suis Butang Kawalan Pintu Gelangsar Berkuasa di sebelah kiri. Kedua, ada pedal khas di belakang kerusi barisan kedua untuk memudahkan penumpang belakang (baris ketiga)  keluar dari kabin.

Ciri itu dipanggil Kawalan Gelangsar Kerusi Kedua Guna Pedal Kaki. Caranya adalah memijak pedal yang mana kerusi barisan kedua boleh diluncurkan ke depan, manakala penyandar akan condong sedikit ke depan.

MPV ini juga efisien penggunaan bahan api dengan menawarkan purata pemanduan pada 14.2km per liter! Penjimatan penggunaan petrol sudah pasti menjadi antara ciri didambakan pemilik MPV besar seperti ini.

Konsep kerusi Sifar Graviti (Gravity Zero) pula membantu mengurangkan kesan letih dan lesu, sekali gus menjadi ciri yang cukup bermanfaat jika memandu jauh, tertuma ketika sedang meredah kesesakan pulang ke kampung pada cuti perayaan.

5. KESELESAAN SEISI KELUARGA

Serena S-Hybrid (2022) juga dilengkapi dua pintu gelangsar elektrik bebas tangan. Apa perlu anda buat adalah meletakkan kaki seketika di bawah pintu gelangsar dan pintu itu akan terbuka automatik. Malah pintu juga boleh ditutup semula dengan melakukan gerakan sama sama.

Fungsi pintu automatik itu memudahkan akses keluar masuk, terutama jika anda membawa anak kecil yang perlu didukung dengan sebelah tangan lagi memegang payung ketika hujan, atau jika kedua-dua tangan sedang membimbit beg barang selepas selesai membeli-belah.

Pintu belakang juga unik kerana menawarkan dua konsep bukaan ke atas, iaitu separuh dan bukaan penuh. Ini satu-satunya MPV dengan pintu dwi-buka untuk kelebihan akses mengambil barang di belakang, terutama di kawasan parkir sempit.

Ada tujuh port USB disediakan dalam kabin, iaitu satu di setiap kerusi kiri dan kanan (enam port), manakala port ketujuh terletak di tengah papan pemuka. Jadi tidak perlulah berebut hendak mengecas peranti pintar masing-masing.

MPV ini turut dilengkapkan unit infotainmen skrin sentuh premium 9 inci yang siap terbina sistem konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Sebagai pengguna bijak, ada dua perkara utama perli dititikberatkan ketika merancang membeli MPV famili, iaitu pakej keselamatan komprehensif, dan juga aspek keselesaan penumpang. Jawapannya, Serena S-Hybrid (2022) ialah MPV famili yang wajib anda pandu uji dan pertimbangkan.

BACA >>> Inilah 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Nissan Serena S-Hybrid (2018)
BACA >>> 7 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Nissan Serena S-Hybrid (2018)
BACA >>> Nissan Serena S-Hybrid Talaan IMPUL – MPV Sporty Versatil
BACA >>> PANDU UJI: Nissan Serena S-Hybrid (2014)

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV MPV Keluarga Nissan Nissan S-Hybrid Roda4
Shawkath

Artikel Berkaitan

Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
PHEV

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!

22/02/2026
Auto Terkini

Toyota bZ Woodland 2026 – EV segak untuk Amerika Syarikat!

18/02/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.