Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Nissan Serena S-Hybrid (2014)
Pandu Uji

PANDU UJI: Nissan Serena S-Hybrid (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/06/20141 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1200239P1200163   P1200155

TIDAK sabar rasanya mahu pandu uji sendiri model MPV hibrid pertama di Malaysia, Nissan Serena S-Hybrid. Biarpun sudah agak lama dilancarkan, iaitu penghujung tahun lalu, namun ia tidak menghalang saya merasai sendiri kehebatan yang cuba disampaikan buat peminatnya.

Saya percaya penggemar kereta versi hibrid juga pasti tidak sabar memiliki ahli baru dalam pasaran automotif negara. Sejujurnya, bukan mudah untuk mendapatkan unit pandu uji MPV ini. Tambahan, saya difahamkan model ini mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna Malaysia.

Walaupun sudah lebih enam bulan ia diperkenalkan, akhirnya pihak Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menetapkan tarikh pandu uji buat saya. Tak mengapalah, asalkan diberikan peluang, saya akan cuba ulaskan satu persatu sepanjang sesi pandu uji.

Seperti tarikh dan masa ditetapkan, saya bergerak ke ibu pejabat ETCM yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Sebaik menerima kunci, perkara pertama yang saya buat adalah melakukan ‘tawaf’ pada MPV ini. Bukannya apa, saja nak tengok rekabentuk model ini dengan lebih dekat.

P1200143P1200246   P1200149

P1200165

LUARAN – Kemas

Melihat kembali pada rekabentuk luaran, rupa asalnya tidak begitu jauh berbeza berbanding versi terdahulu. Cuma, kali ini ia hadir dengan rekaan lebih kemas dan menarik.

Bahagian depan kelihatan menyerlah menerusi penggunaan lampu utama dengan lensa dalaman berwarna biru bersama kombinasi lampu LED. Untuk masuk dan keluar juga mudah dengan kehadiran pintu gelongsor berkuasa pada kedua-dua belah sisi.

Dengan hanya satu sentuhan pada hendal pintu, ia mudah untuk membuka dan menutup. Ia menawarkan pembukaan terbesar dalam kategori kelasnya: selebar 802mm dan tinggi 1,308mm.

Operasi pembukaan dan penutupan juga boleh dilakukan menerusi kunci i-key dan butang yang boleh didapati pada papan pemuka di bahagian pemandu. Cuma, saya kurang berkenan pada bahagian belakang yang berbentuk kotak dan kurang menarik perhatian.

Seperkara lagi, alangkah baiknya sekiranya pintu belakang boleh dilaras secara automatik dan ia mungkin menjadikan MPV ini lebih menarik.

P1200191P1200194   P1200227   P1200217   P1200198

DALAMAN – Keluasan Fleksibel

Sebagai sebuah kenderaan MPV, keluasan ruang kabin dan aspek praktikaliti pasti menjadi keutamaan. Rentetan daripada itu, Nissan mendakwa model MPV ini adalah yang paling luas dan fleksibel dalam kelasnya.

Ia mampu menempatkan sehingga lapan orang selain menawarkan 14 konfigurasi – iya tu, bukan salah typho – 14 konfigurasi tempat duduk yang berbeza.

Bermakna, kedudukan kerusi boleh diubah menerusi tempat duduk pintar (Smart Multi Centre Seat) yang boleh ditolak di sepanjang laluan tengah kenderaan.

??????????????????????????

Ia boleh dijadikan ruang tambahan pada baris pertama sebagai tempat duduk ekstra di baris kedua atau dijadikan meja untuk dikongsi bersama penumpang baris ketiga. Kaki mahjong pasti sukalah!

Tidak seperti MPV konvensional lain, tempat duduk ketiga model ini boleh diakses melalui arah berbeza. Sama ada dari tengah atau sebelah kiri, ia boleh dilakukan dengan melipat atau menolak kerusi barisan kedua (sebelah kiri) ke arah tempat duduk sebelah kanan.

Tempat duduk baris ketiga juga direka supaya mudah dilipat ke atas dan disimpan, sekali gus memberikan ruang kargo yang luas. Ini sebagai tambahan kepada ruang storan yang terletak di bawah tray dan boleh senang-senang menempatkan sehingga empat buah basikal.

Selain itu, papan pemuka MPV ini menampilkan Eco Driver Navigator yang memberi panduan kepada pemandu untuk memaksimumkan kecekapan penggunaan bahan api.

P1200249P1200185   P1200172

PRESTASI – Motor Elektrik ECO

Serena S-Hybrid dipacu dengan enjin MR20DD 2.0L 4-silinder DOHC dengan pancitan terus Twin CVTC (Continuously Variable-Valve Timing Control).

Hasil padanan kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini bersama ciri Adaptive Shift Control (ASC), ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 145hp@5,600rpm dan tork pada takat 210Nm@4,400rpm.

Bagi penghasilan sumber kuasa yang mencukupi, model ini turut dibantu dengan Motor Elektrik ECO bagi proses janaan semula tenaga. ECO Motor turut dipadankan bersama satu bateri tambahan untuk meningkatkan lagi kapasiti penyimpanan tenaga.

Sepanjang sesi pandu uji, saya tidak berasa susah untuk mengendalinya terutama ketika memandu dalam keadaan santai. Namun, enjin agak mengaum sekiranya pedal ditekan secara agresif. Maklumlah, guna kotak gear CVT.

Dari aspek penjimatan bahan api pula, saya berpendapat ia agak menjimatkan. Berdasarkan kitaran ujian JC08 Jepun, ia berupaya mencapai jarak 15.2km/L. Realitinya, ia mampu dicapai dan mungkin lebih baik.

KESIMPULAN

Serena S-Hybrid dijual pada harga RM149,500 (termasuk insurans).Hadir bersama jaminan tiga tahun atau 100,000km perbatuan, pengguna boleh memilih empat warna menarik: ungu gelap, hitam, putih dan perak.

Secara peribadinya, saya tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang mengendalikan MPV ini. Jika rekabentuknya lebih mantap, mungkin ia lebih menjadi kegemaran orang ramai untuk memilikinya. Bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mahukan keselesaan, Nissan Serena S-Hyibrid mungkin dijadikan pilihan.

SPESIFIKASI

ENJIN MR20DD 2.0L 4-silinder DOHC dengan pancitan terus Twin CVTC
KUASA MAKSIMUM 145hp@5,600rpm
TORK MAKSIMUM 210Nm@4,400rpm
RODA 195/60 R16
CIRI 2 Beg udara, VDC, HSA dan ISOFIX
HARGA RM149,500

P1200243

P1200253  P1200219  P1200167  P1200157

Edaran Tan Chong Motor ETCM Nissan Serena S-Hybrid Star Highway
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
    Pandu Uji

    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

    18/11/2025
    Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
    Pandu Uji

    #PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

    22/01/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.