Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Serena S-Hybrid (2022) Versi Dipertingkat Lancar, Harga Mula RM149k!
Roda4

Nissan Serena S-Hybrid (2022) Versi Dipertingkat Lancar, Harga Mula RM149k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan model kenderaan pelbagai guna segmen-D, Nissan Serena S-Hybrid (2022) versi dipertingkat yang hadir dengan sentuhan premium dan sistem keselamatan termaju.

Ada dua varian ditawarkan: Premium Highway Star dan Highway Star. Berikut perinciannya:

BACA >>> Inilah 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Nissan Serena S-Hybrid (2018)
BACA >>> Nissan Serena XV Aero (2022) yang Lebih Aerodinamik Lancar di Jepun, Harga Mula RM107k

HARGA

  • Premium Highway Star – RM162,888
  • Highway Star – RM149,888

* Harga tidak termasuk insurans.

WARNA

Secara am, varian tertinggi Premium hadir dalam warna dwi-tona, manakala Highway Star standard dengan konsep warna badan menyeluruh.

  • Premium Highway Star – Dark Metal Grey (kelabu), Brilliant White (putih), Radiant Red (merah) dan Diamond Black (hitam). Bumbung pula berwarna hitam.
  • Highway Star – Brilliant White (putih), Tungsten Silver (perak) dan Diamond Black (hitam).

TRENKUASA

  • Trenkuasa 4-silinder 16-injap 1,997cc DOHC dengan teknologi CVTC kembar (Kawalan Injap Pemasaan Pemboleh Ubah Berterusan – CVTC) dengan sistem suntikan bahan api yang menawarkan kuasa 148hp @ 6,000rpm dan tork
    200Nm @ 4,400rpm.
  • Ada tambahan unit motor Eko dengan ciri Tenaga Elektrik Regeneratif dan bateri kedua, sistem mula-henti dan Bantuan Tork.
  • Transmisi jenis X-TRONIC CVT dengan Kawalan Syif Adaptif (ASC).

LUARAN

  • Lampu utama projektor LED automatik dengan ciri suluhan tinggi automatik (AHB) dan lampu signatur LED. Ada lampu kabus depan dengan lampu siang (DRL).
  • Pintu sisi kuasa jenis gelungsur bebas tangan dan pintu but kembar dengan spoiler bumbung.

  • Dimensi panjang 4,770mm, lebar 1,740mm, tinggi 1,865mm dan memiliki jarak roda 2,860mm. Radius pusingan 5.5 meter
  • Sistem suspensi jenis strut MacPherson untuk roda depan dan gandar kilas rasuk (torsion beam) di belakang.
  • Rim aloi 15 inci dengan tayar 195/65 untuk varian Highway Star, manakala Premium, 16 inci, dan tayar 205/55.

DALAMAN

  • Stereng kulit dengan butang audio dan ciri Kawalan Jelajah.
  • Kluster meter 7 inci warna penuh dengan Bantuan Paparan Pemanduan Termaju (ADAD).
  • Menggunakan Kunci Pintar (I-Key) dengan butang tekan mula, dan dilengkapi enam unit pembesar suara.
  • Kerusi sifar graviti (gravity zero) untuk pemandu, penumpang depan dan tempat duduk barisan kedua.
  • Ada tujuh soket USB dan kerusi kapten (baris kedua) didatangkan bersama perehat tangan dengan fungis gelungsur.

KESELAMATAN

Serena S-Hybrid (2022) kini didatangkan dengan pakej perlindungan menyeluruh Mobiliti Pintar Nissan (NIM) yang membantu meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang seperti berikut:

  • Amaran Ramalan Perlanggaran Depan Pintar
  • Brek Kecemasan Depan Pintar (IFEB)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Amaran Keluar Lorong (LDA)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Monitor Paparan Keliling Pintar
  • Pengesan Objek Bergerak Pintar
  • Kesedaran Pemandu Pintar
  • 6 beg udara SRS
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)

APA BERBEZA

  • Varian Premium dilengkapi ciri seperti visor pintu, bekas pelapik but belakang (trunk tray), tikar bekas pelapik Tech On (tray mat), monitor bumbung 11.6 inci, perakam video digital (DVR) dwi-saluran, lampu kabin LED dan cermin gelap V-Kool.

  • Semua ciri ditawarkan sebagai pilihan untuk pembeli varian Highway Star.
  • Varian Premium juga dilengkapi unit inforainment skrin sentuh 9 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. (skrin Highway Star 6.75 inci).
  • Premium juga menerima material kerusi kombinasi kulit Nappa (Highway, fabrik).
Nissan Serena S-Hybrid 2022
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Nissan Serena S-Hybrid Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.