Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kajian: Inilah 5 Sebab Utama yang Pengaruhi Pengguna Beli Kereta
Autotainment

Kajian: Inilah 5 Sebab Utama yang Pengaruhi Pengguna Beli Kereta

Han OthmanBy Han Othman10/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENAPA ada pembeli begitu setia dengan jenama kereta tertentu walaupun rekabentuknya tidaklah secantik mana? Keputusan ini diperoleh berdasarkan tinjauan dilakukan firma survei Amerika Syarikat (AS), J D Power untuk mengetahui faktor paling penting yang membuatkan  seseorang itu membeli kereta.

Keputusan ialah berdasarkan respons 26,500 pemilik yang mendaftar kereta baharu sepanjang April dan Mei 2015 di AS.

Penemuan penting lain ialah pendedahan fakta bahawa pembeli jarang buat tinjauan kedai ketika beli kereta baharu. Ini termasuk purata pembeli yang membeli-belah secara fizikal untuk tiga model berbeza sahaja. Jadi, apakah yang pembeli lihat pada kenderaan baharu?

Mari baca 5 faktor utama pembelian kereta di kalangan jenama bukan premium.

BACA >>> #ApaNakBuat: 9 Tip Beli Kereta Sempurna (Ikut Bajet dan Keperluan)

5. PRESTASI

Jenama kereta pilihan orang ramai
Sebanyak 45 peratus responden mendakwa prestasi ialah faktor utama yang dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah kenderaan baharu. Keperluan terhadap prestasi meningkat berbanding 2015 dan ada kemungkinan berkait rapat dengan kejatuhan harga minyak.

4. PERBATUAN PETROL (MILEAGE)

Jenama kereta pilihan orang ramai
Walaupun 54 peratus responden menyenaraikan perbatuan (mileage) petrol sebagai alasan terbesar seseorang itu membeli kereta, tetapi jumlah itu sebenarnya menurun 4 peratus berbanding tahun lalu (2015). Hasil terbaru tersebut paling rendah sepanjang lima tahun lalu yang sebelum ini disenaraikan sebagai faktor penting kepada pembeli baharu.

Perbatuan bahan api juga dicatatkan sebagai alasan yang paling kurang kerap digunakan untuk mengetepikan sesebuah model. Faktor ketidakpedulian mengenai ekonomi bahan api sesebuah kereta boleh saja dianggap berpunca daripada kejatuhan harga minyak global. Ini kerana buat masa sekarang harga minyak mahal tidak lagi isu besar yang menghalang seseorang membeli kereta baharu. Ia sentiasa berubah-ubah.

3. RELIABILITI

Jenama kereta pilihan orang ramai

Tidak seperti perbatuan petrol, sebanyak 56 peratus responden meletakkan reliabiliti kereta baharu sebagai faktor penting dan alasan teratas sebelum mereka membeli kereta baharu. Keprihatinan terhadap reliabiliti meningkat kira-kira 5 peratus berbanding tahun lalu, dan lebih 8 peratus berbanding 2013 dengan 48 peratus pembeli baharu menyenaraikan reliabiliti sebagai alasan utama pembelian.

Dengan begitu banyak panggilan balik kereta disiarkan media dan cabaran pengenalan teknologi baharu, pengguna lebih biasa dengan reliabiliti kenderaan baharu seperti dijangka. Ini memberikan kesan ke atas model yang ditolak pengguna dan model mana satu yang akhirnya mereka beli” –  Naib Presiden Amalan Kualiti J D Power, Dave Sargent

Reliabiliti juga dilihat sebagai satu isu, iaitu sebanyak 24 peratus responden mendakwa mereka mengelak membeli jenama tempatan (AS) kerana isu reliabiliti berbanding hanya 13 dan 12 peratus bagi jenama Eropah dan Asia. Menurut maklumat reliabiliti J D Power, realitinya jenama domestik dan asing adalah kompetitif apabila kedua-duanya menyentuh hal reliabiliti.

2. GAYA DALAMAN DAN KESELESAAN

Jenama kereta pilihan orang ramai
Banyak masa dihabiskan dalam kereta, jadi ruang dalaman patut lebih bergaya dan selesa. Sebanyak 57 peratus responden menyenaraikan faktor ini sebagai prioriti mereka. Ia juga menjadi alasan kedua paling popular dalam kalangan pembeli kereta baharu  bagi mengelak membeli jenama kereta tertentu.

1. GAYA LUARAN

Jenama kereta pilihan orang ramai
Segalanya disimpulkan kepada satu elemen ringkas, iaitu bagaimana sesebuah kereta baharu itu dipandang. Sebanyak  57 peratus responden menyenaraikan faktor ini sebagai alasan utama membeli kereta baharu. Bagaimanapun, data tersebut menurun 1 peratus berbanding tahun lalu.

SUMBER: AutoGuide

autotainment faktor utama beli kereta kebolehpercayaan prestasi tip autmobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

By Shazwan Hisam11/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.