Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»5 Fakta Pantas: Tentang Bogward BX5 di Malaysia yang Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM119k
Roda4

5 Fakta Pantas: Tentang Bogward BX5 di Malaysia yang Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM119k

Han OthmanBy Han Othman09/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) dari China, Bogward BX5 baru saja diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dan pasti ada yang tidak begitu mengenali jenama ini.

Borgward ialah jenama automotif premium yang berasal dari Bremen, tetapi kini berpangkalan di Stuttgart, Jerman. Pengeluar ini menjalinkan kerjasama strategik dengan mendapat pelaburan daripada syarikat China, Foton Motor yang juga subsidiari BAIC, iaitu salah satu gergasi automotif di Negara Tembok Besar itu.

BACA >>> Daimler Mula Bincang Potensi Pasaran di China

BX5 ialah salah satu daripada tiga model SUV generasi baharu diperkenal Bogward selain BX7 dan BX7 TS. Model spesifikasi Malaysia ini didatangkan secara pemasangan tempatan (CKD).

Berikut 5 fakta pantas tentang Bogward BX5:

1. ADA 2 JENIS ENJIN

BX5 versi Malaysia ditawarkan dalam dua pilihan enjin 4-silinder turbocas yang dibangunkan Borgward di Jerman bersama rakan kongsi seperti Bosch, FEV dan IHI.

  • 1.4T GDI 2WD – 148hp @ 5,500rpm, 250Nm @ 1,750-4,000rpm
  • 2.0T GDI 4WD – 221hp @ 5,500rpm, 300Nm @ 1,500-4,500rpm

Kedua-dua enjin dipadankan transmisi tiptronik 6-kelajuan Aisin.

2. ADA 5 VARIAN UNTUK DIPILIH

Daripada dua pilihan enjin di atas, ada 5 varian berbeza, iaitu dua untuk 1.4T dan tiga untuk 2.0T:

  • 1.4T 2WD – FASHION, TS

Ciri: Lampu utama halogen dengan lampu siang (DRL) LED, lampu belakang LED, rim 19 inci dan tayar 235/55, penghidup tanpa kunci @ keyless, unit infotainment skrin sentuh 8 inci, penyaman udara tunggal, kluster meter 4.2 inci, pengimbas tol dan kawalan jelajah.

Varian 1.4T TS mendapat kemasan TS Line, gril ‘diamond’, sil pintu merah, penutup konsol tengah, karpet kaki spesial, visor pintu dan cermin gelap.

  • 2.0T 4WD – LUXURY, TS, CRS

Ciri : Luxury dan TS sama seperti ciri 1.4T dengan tambahan sensor parkir 360º, pintu but elektrik, cermin sisi dengan lampu lantai @ puddle lamp, penyaman udara dual-zon dengan ventilator belakang.

Varian 2.0T CRS mendapat rim 20 inci dengan tayar 245/45, dan karpet kaki spesial, tiada kemasan TS Line. Ada ciri glass coating dan balutan badan (body wrapped) warna kusam.

3.  HARGA KOMPETITIF, BERMULA RM119k

Pemasangan tempatan (CKD) membolehkan BX5 dijual pada harga sangat kompetitif seperti pesaing jenama bukan nasional lain:

  • BX5 1.4T Fashion – RM118,950
  • BX5 1.4T TS – RM130,950
  • BX5 2.0T Luxury – RM138,950
  • BX5 2.0T TS – RM150,950
  • BX5 2.0T CRS – RM156,950

4. CIRI KESELAMATAN LENGKAP UNTUK SEMUA VARIAN

Semua varian memiliki ciri keselamatan standard seperti berikut:

  • 6 beg udara (2 depan, 2 sisi, 2 tirai)
  • Tali keledar 3-poin dengan prategang dan pengehad daya
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Brek Pegun Automatik @ AutoHold
  • Kawalan Traksi
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
  • Kawalan Daki Bukit (HAC)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC), untuk varial 2.0T sahaja
  • Sistem Diferensial Elektronik (EDS)

5. WARANTI 8 TAHUN, TANPA HAD PERBATUAN

Setiap pembelian mendapat pakej Borgward Privileges, terdiri daripada:

  • Waranti 8 tahun tanpa had perbatuan
  • Servis percuma 5 tahun (termasuk kos buruh dan alat ganti)
  • Kad Borgward RedBlack untuk petrol percuma 2 tahun
  • Bantuan jalanan (dengan servis tunda percuma)
  • RedBlack Premier (dapat tunai @ cashback untuk 5 tahun).
GALERI

 

1290 Super Adventure T BAIC Bogward BX5 Bogward Malaysia Foton Motor Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV SUV premium
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
McLaren 788HS 2027
Roda4

Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.