Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»4 Tip Ubah Suai Motosikal Cara STP – ‘Standard Tapi Perform’?
Roda2

4 Tip Ubah Suai Motosikal Cara STP – ‘Standard Tapi Perform’?

Suffian XBy Suffian X09/09/20199 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODIFIKASI adalah antara faktor yang sangat mempengaruhi corak pembelian motosikal, terutama kalangan penunggang Malaysia. Budaya yang sangat popular di kalangan mereka yang lahir sekitar 80-90-an itu kini melahirkan pelbagai produk aftermarket yang begitu menekankan aspek prestasi.

Trend STP (Standard Tapi Power) masih digilai ramai pemilik motosikal masa kini tanpa mengira usia dan rupa. Kenapa rupa pulak? Kerana apabila motosikal itu kacak, secara automatik pemilik juga menjadi kacak. Tak begitu brader?

Namun, kami di sini bukan ingin berkongsi cara modifikasi ‘Standard Tapi Power’, tetapi trend baru daripada kami sendiri – ‘Standard Tapi Perform’. Apalah guna motor power tetapi gagal dalam aspek reliabiliti, keselamatan, tunggangan dan juga undang-undang. Prestasi sedia ada pun sudah cukup memadai dan mengujakan bagi menikmati perjalanan ke setiap destinasi tujuan.

BACA >>> Al-Kisah Karburetor Motosikal [Siri 1]: Kenapa Enjin Jadi Hambar?
BACA >>> Al-Kisah Karburetor Motosikal [Siri 2]: Bagaimanakah Tuning Enjin dengan Penuh Gaya?

Langkah-langkah penyelarasan karburetor seperti pautan di atas dapat juga memberi kepuasan optimum ketika memulas terotel motosikal kesayangan. Mari kita cuba pula tip modifikasi melibatkan komponen sokongan motosikal yang juga mampu meningkatkan tahap prestasi jentera.

1. NAIK TARAF ALIRAN UDARA


Metod ini ialah strategi paling mudah untuk meningkatkan prestasi sesebuah motosikal. Ada pelbagai penapis udara aftermarket seperti ‘kepala cendawan’ atau mushroom head yang dapat meningkatkan kadar ambilan udara (air intake) hingga 50 peratus berbanding standard. Produk ini menawarkan keseimbangan antara tapisan udara bersih dan kepadatan aliran udara optimum untuk meningkatkan prestasi enjin.

Apapun, ini juga bermakna sistem intake (karburetor/suntikan bahan api) perlu ditala semula untuk melaraskan kembali nisbah campuran udara+bahan api bagi mendapatkan tetapan optimum.

Motosikal berprestasi tidak semestinya bermaksud motor kita menggunakan bahan api lebih, tetapi boleh juga membawa maksud kecekapan, kelancaran dan juga geseran paling minimum, sekal igus membantu enjin beroperasi pada tahap optimum. Ingat, enjin yang cekap dan lancar mampu membawa penunggang lebih jauh!

2. NAIK TARAF MODUL NYALAAN ENJIN


Apakah brader peka dengan potensi modifikasi sistem nyalaan enjin (ignition)? Ya, modifikasi ini membantu menjadikan sistem nyalaan lebih cekap yang diperlukan untuk menjana percikan api bagi mengoptimumkan proses pembakaran enjin.

Komponen utama sistem nyalaan adalah:

  • Distributor
  • Koil nyalaan (ignition coil)
  • Kabel palam pencucuh
  • Pemacu koil (coil driver)
  • Palam pencucuh

NGK gold plated atau platinum plated adalah jenis palam pencucuh terbaik kerana dapat menambah baik operasi jarum nyalaan (ignition needle), sekali gus menghasikan percikan api lebih kuat, dan pembakaran lebih sempurna. Maknanya apa? Maknanya pembakaran yang lebih efisien dapat mengelakkan pembaziran dan penggunaan bahan api.

3. MODIFIKASI SISTEM EKZOS

Perubahan sistem ekzos daripada standard kepada berprestasi turut mempengaruhi profil motosikal dari segi rupa, peningkatan kuasa kuda (hp) dan bunyi. Berat motosikal juga dapat dikurangkan bergantung kepada bahan binaan ekzos yang akan dipadankan bersama motosikal tersebut seperti gentian karbon, titanium dan bahan logam ringan lain.

Ada dua opsyen untuk modifikasi ini bergantung model motosikal. Brader dapat menukar seluruh sistem ekzos (full system) ataupun menukar peredam bunyi saja (slip on). Namun, dengan hanya modifikasi slip on, lazimnya hanya prestasi pecutan tahap awal (low end) dapat dinikmati .

Malang buat peminat sistem ekzos full system, tidak banyak pilihan yang dapat memenuhi kriteria undang-undang negara kita yang kaya dengan biodiversiti ini. Namun, janganlah brader khuatir sebab identiti ‘Standard Tapi Perform’ akan gugur jika kita tergamak menggunakan ekzos full system. Duit pun tak nak banyak leburkan?

4. BELI RIM, LARAS TEKANAN ANGIN DAN TUKAR BERING TAYAR

Rim sport (sport rim) adalah bahagian wajib buat penggemar modifikasi untuk dipadankan dengan motosikal kesayangan. Ada banyak rekabentuk rim dan pilihan material yang boleh dipandang, dipegang dan dibeli. Kata bijak pandai permotoran, boleh tidak lelap mata dibuatnya kalau hati sudah mengidam sport rim.

Bagi motor STP, brader disarankan memilih sport rim yang kuat dan ringan. Jangan membazir duit beli sport rim ringan sahaja. Silap haribulan rim bengkok terlanggar lubang. Kelak jiwa merana dan menangis kehibaan di depan mesin ATM.

BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Rim Aloi yang Perlu Anda Tahu

Pilihlah tayar yang sesuai dengan rutin harian dan destinasi tujuan. Apa yang pasti, jangan lupa periksa tekanan angin tayar dan sentiasa pastikan sesuai dengan jenis tunggangan. Tayar yang disenggara mantap mampu menyumbang ke arah prestasi jentera dan juga keselamatan diri.

Penunggang juga kerap terlepas pandang tentang perihal bering roda/tayar. Ketahuilah, kegagalan bering tayar ketika sedang menunggang dalam halaju biasa pun sudah mampu menyebabkan kemalangan serius. Walaupun brader mungkin tidak cedera dek kemalangan, brader masih juga perlu membayar kos komponen rosak yang mahal seperti hab roda (wheel hub), gandar (axles) dan lain-lain. Jadi, sentiasalah awasi kesihatan bering roda motosikal kita.

Bagi meningkatkan prestasi, ada segelintir peminat modifikasi memilih menukar bering roda kepada bering halaju tinggi (high speed bearing) atau bering seramik (ceramic bearing). Bering halaju tinggi ini direka untuk mengurangkan kesan geseran dan meningkatkan kelancaran putaran roda. Cubalah! Anda mampu mengubahnya!

autotainment bearing carb carburetor DIY ekzos galas ignition karburetor palam pencucuh pembakaran petrol rim roda2 spark plug talaan tekanan tayar tips tuning
Suffian X

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    9 Comments

    1. Dario on 11/05/2018 08:54

      Good advice…….

      Reply
    2. az on 18/11/2018 14:58

      spoket? huhu

      Reply
    3. iq on 06/12/2018 09:29

      mane lagi bagus spark plug yg iridium atau spark plug yang dinyatakan dlm ni

      Reply
      • Aiman on 27/06/2019 14:38

        Iridium boss padu boss

        Reply
    4. Aaaa on 16/01/2019 09:04

      Apa benda .. bgtw bnda yg smua org dh tau , dhtu ckp gitu² ja , xda explain apa² , mcm angin je lalu info tu , apa yg tips nye klw nk ikut petua mmbr ni moto parak je tpi kenot go , bnyi pn kuat lain mcm tp xleh go, mcm moto keling

      Reply
    5. Shah on 12/09/2019 23:04

      1. Pakai MTC polytron
      2. Try buat plasma ignition

      Reply
    6. Ben j on 29/11/2019 06:38

      Poot???..

      Reply
    7. hue on 22/11/2020 02:23

      buat mcm ni ja dh ckup
      cdi/ecu
      cam
      spoket
      carb nsr

      Reply
    8. Enam Tangan on 08/06/2023 23:23

      Hahahahaha moto keling tu buat aku gelak HAHAHAHAHAHAHA

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.